Entry khusus berkenaan nougat GB. Baru2 ni ada yang bertanya samaada nougat ni halal atau tak. Sepertimana gambar di bawah, mmg tertera logo halal di pek nougat. Bagi yang ingin membeli nougat, kalau boleh beli sedikit dulu dan test ya, sbb yg plastik maroon ni adalah jenis
original crunchy. Saya suka beli yg pek biru sbb lebih lembut
(soft). Ada juga yg
mixed. Terdapat beberapa saiz pek dari kecil sampailah yg besar, kalau tak silap saya paling besar pek 1kg. Kalau nak beli bawa balik, bolehla beli yg 1kg tu.
Sy pernah juga contact kilang tanya harga dan di mana nak dapatkan nougat. Sy dimaklumkan bahawa harga nougat di kilang tak semestinya murah. Ada 3 kedai yg menjual nougat dgn harga paling murah berbanding kilang. 2 kedai ni berada di Myaree dan 1 lagi kedai di Nedlands. Beza harga nougat di antara kedai2 ni adalah serendah 50 sen sehingga hampir $2.
Kedai2 berikut adalah:
Chan Brothers Oriental Supermarket (bersebelahan dengan Bunnings Myaree)
Unit 7,1, Marshall Road Myaree WA 6154
Tel: (08) 9317 6383
Yee Seng Oriental Supermarket (berdepan dengan Spice Express)
36 Hulme Court Myaree WA 6154
Tel: (08) 9330 9096
Kongs Oriental Supermart (terletak selang beberapa kedai dari Ararat Kebabs)
Broadway Fair Shopping Centre
88 Broadway Nedlands WA 6009
Tel: (08) 9386 1939
Jangan risau kerana selain dari tempat2 di atas, nougat ni senang didapati di kedai2 oriental lain atau di pasaraya seperti Coles dan Woolworth, walaupun agak mahal sedikit. Cubalah cari dan kalau rajin, boleh bandingkan harga sbb harganya sentiasa berubah2 disebabkan oleh persaingan.
Bg yg dtg melancong, nougat ni sesuai sangat dibawa balik sbg ole2 :)
|
Mula2 sy try beli original crunchy ni. Kalau tak silap yg ni harganya dalam $4.50 |
|
Tapi tak tahan la keras pulak, dah la gigi tak berapa kuat he he |
|
Logo halal yg tertera |