Thursday, February 28, 2013

Halal Products @ Cash & Carry

Masih ingat dengan pasaraya makro tempat beli barang secara borong? Sekarang dah tak ada pasaraya makro, dah jadi tesco extra rasanya.. haa konsep cash and carry tu lebih kurang makro lah. Pasaraya ni dibuka untuk org yg terlibat dgn bisnes aje mcm katering dsb. Yang istimewanya ahli RAC (Royal Automobile Club) dapat juga bershopping di sini. Boleh rujuk kat laman web RAC di SINI dan di SINI. Senang saja bila nak bayar cuma tunjukkan kad RAC anda itu.

Tujuan ke sini nak cari halal meat pie dari mrs macs dan kebetulan jumpa beef patties so beli sekalilah senang anytime nk makan beef burger :)
p/s: Senarai produk halal Mrs Macs boleh dirujuk di SINI. (scroll bahagian paling bawah)

Terdapat beberapa cawangan Cash & Carry di WA ini iaitu:
8 Geddes St 
BALCATTA 
WA 6021 
PH: 08 9344 7411 
Fax: 08 9344 3182 

dan
Baile Rd 
CANNING VALE 
WA 6155 
PH: 08 9311 6222 
Fax: 08 9311 6221
Website: http://www.cashandcarrywa.com.au

Apa yang menariknya, dalam halalbooklet yang dikeluarkan oleh WAHA, cash and carry Balcatta mendapat pengiktirafan halal di bawah kategori restaurant, cafe & takeaway. Boleh rujuk di SINI. Ada sesiapa yang pernah ke cawangan ini dan tahu ada kafe ke kat situ? ;)
Cash & Carry Canning Vale

Beef patties
Halal
Beli satu kotak pie ada 1 dozen

Halal certified dari masjid Perth

Dipek secara individu

Setiap pie halal ada logo halal.. jgn tersilap ambik pulak


Inilah pie nya..

Wednesday, February 27, 2013

JJCM: East West Cuisine @ Raine Square, Perth CBD

Satu hari kebetulan nak ke Raine Square, singgah makan di kafe ni yang terletak di ruang bawah bangunan kompleks beli belah tersebut. Makanan di sini adalah berkonsepkan makanan asia dan makanan barat, sesuai dengan namanya. Selain itu boleh juga order makanan cina dan jepun yang akan disediakan mengikut kehendak pelanggan.

Untuk menu self serve, anda hanya perlu membayar sebanyak $8. Kemudian anda diberikan pinggan plastik dan ambillah sebanyak mana yang anda suka dari makanan yang terhidang setakat muat pinggan plastik tersebut. Setahu saya cuma boleh ambil sekali saja, tak boleh ulang2 macam buffet tu. Banyak pilihan makanan yang ada sampai tak tahu nak pilih.

Kedai ini turut mendapat pengiktirafan halal dari WAHA (Western Australia Halal Authority). Senarai lengkap boleh dirujuk di SINI. Anda boleh muat turun atau dapatkan booklet halal terbaru dari WAHA yang telah diedarkan di beberapa tempat seperti halal butcher.

Alamat:
East West Cusine (Raine Square)
TW 20-21, 300 Murray St,
Perth WA 6000

satu lagi cawangan:
Rocks Asia Cafe Shop T133,
Rockingham Shopping Centre,
Rockingham

Untuk maklumat lanjut dan menu boleh rujuk websitenya di sini: http://www.eastwestcuisine.com.au

Cashier dan disebelahnya kaunter made to order

Pilihan makanan yang ada


Ayam goreng, keropok dan entah apa lagi mcm cucur aje
Makan keropok aje
Nak makan nasi dgn lamb, tp takde lamb. Cuma ada lauk ayam, daging, fish fillet

Tuesday, February 26, 2013

Bubur Pulut Hitam Durian

Hari Ahad lepas beli durian, tak banyak pun cuma sebiji pun dah cukup sebab durian siam tu besar saiznya. Tunggu malam sikit baru belah nak makan sbb durian ni durian frozen kenalah tunggu cair dulu. Itu pun masa belah isi didalamnya masih sejuk macam ais, makan pun sebijik cam mkn aiskrim durian!

Durian yg beli sebelum ni manis sgt tak mcm yg baru beli
Bila dah try, frustlah pulak. Bukan setakat sejuk, tawar pulak tu. Haiyaa.. so nak habiskan mmg tak boleh. Daripada dibuang saja, terus timbul idea nak buat bubur pulut hitam durian ni. Bukan setakat habis, periuk pun licin! Skrg ni masih terliur bila teringat, so weekend ni kalau rajin kena cari durian lagi ler nampak gayanya :D
Sedapnya...

Mmg feeling habis la.. manis bubur campur durian ni :)

Monday, February 25, 2013

Asam pedas ikan tailor (bluefish)

Menu dinner kali ini: asam pedas ikan tailor atau dikenali sebagai bluefish. Ikan ni dalam bahasa melayu tak taulah apa namanya.. ada sesiapa yg tahu? Adakah kat tempat kita ada ikan mcm ni? Info tentang ikan ni boleh dirujuk di SINI.

Ikan ni dipancing oleh kawan suami sy. Dia pancing banyak sgt agaknya sampai tak larat nak mkn so dia bg beberapa ekor kat kami.


Ni gambar ikan.. sumber dari google. lupa amik gambar ikan yg real

Thursday, February 21, 2013

Scones dan red seedless grapes

Tadaaa... akhirnya baru letak gambar scones. Scones ni tak cantik mcm kat cameron highlands tu tp rasanya sgt sedap bila digandingkan dengan jem strawberi dan krim.. hmmm lazat sekali.

Anggur red seedless ni pula dibeli kat supermarket aje. Mmg manis. Ada satu lg anggur warna hitam pun sangat sedap dan maniss, kat kedai dilabel sebagai black midnight. Bila tanya orang kat ladang anggur, dia ckp nama apa ntah.. nak tengok kat ladang dia pun dah tak ada sbb ada satu pokok aje dan mak dia dah petik awal2. Sy pun asyik tak sempat amik gambar sbb lebih rajin mkn tgk2 dah habiss :p
Scones dgn jem dan whipped cream


Jem  homemade diberi oleh kawan, bukan yg beli ni..
Red seedless

Fresh


Geram tengok.. Makanlah buah2an tempatan!

Untung sini banyak anggur manis2..

Tgk tu ada yg missing dah kena ngap :D

Wednesday, February 20, 2013

Jem dan doilies

Memandangkan dah jauh berjalan untuk memetik anggur, kami singgah sekali lagi ke Cottage Tea Room. Kali pertama singgah dulu teringin nak beli jem strawberi tapi dah habis pula. Kami bgtau nak dtg lagi dan pemilik kedai kata dia akan dapatkan stok jem lagi. Sepertimana dijanjikan, mmg ada stok homemade strawberry jam yang kami kehendaki :)

Selain dari itu saya beli satu set doilies (3 helai doilies dgn saiz berbeza). Dah boleh hidang scones ni.. doilies dah ada, jem dah ada, whipped cream pun dah ada. :D
Jom tengok gambar2..
Tengok jam ni teringat jam KHM farm kat cameron highlands
Senang nak buatnya.. tunggu musim strawberi nanti ;)


Bestnye dpt buat jam sendiri dan lekat label.

Letak kat rak bersawang pulak

Inilah doiliesnya.. atau alas pinggan

Ada 3 jenis saiz. Ini yang paling besar


Ini yang paling kecil

Ada 3

Jom kita tengok corak kain yang digunakan

Suka dengan kait dihujungnya.. :)

Tuesday, February 19, 2013

Wrought Iron Rack

Hari yang sama kami ke ladang anggur, pemilik ladang sedang sibuk di bangsal dengan berbagai barangan kelengkapan rumah dan sebagainya (tgh susun2, buang sawang dan basuh beberapa barang). Bila ditanya rupanya dia nak buat garage sale esoknya dan pelawa saya tengok kalau ada barang2 yg sy berkenan. Mulanya sy cuma ambil satu botol kaca dan satu bekas kaca berlabel coffee dengan harga $1 setiap satu.

Kemudian mata saya terpandang pada satu besi bercorak terlipat di pintu bangsal.. sangat tertarik mcm dapat bayangkan apakah bendanya. Bila tanya2, dia pun angkat besi tu letak ke atas meja dan pasangkan besi itu menjadi rak seperti gambar di bawah. Saya pun laju je tanya: berapa? Dia pun menjawab harganya dan saya terus cakap "saya nak!". Kemudian dia pun terkejut dan berkata yg dia berharap dalam hati yang saya akan berkata "tidak". Entahlah betul atau tak dia nak jual barang tu sbb nampak mcm dia sayang nak lepaskan rak tu. Sy cakap kalau keberatan tak mengapalah. Tp dia kata tak mengapa, sy boleh beli rak tu dan dapat botol yg sy nak sebelum tu percuma..tp ms nak bg rak tu, nampak dia mcm tak nak lepaskan aje hehe..ntah2 dia cuma nak basuh aje tak, tak sangka saya nak beli. :p

Hmmphh tak kreatif betul cara saya cerita kan? tu yg maleh tulis panjang2.. ha jom tengok koleksi saya yang terbaru.. ;)
Ok jugak ye kan? Boleh letak2 rempah2 atau apa2 barang

Kononnya dia nak basuh sawang, tp saya bawak balik dgn sawang2 :)
Sangat menarik




Pandangan sisi

Cemana ok tak? setuju dengan hiasan di atas? :p

Monday, February 18, 2013

Grape picking lagi...

Aktiviti mengutip anggur lagi.. Ini kali kedua kami ke sini. Kali pertama kami datang boleh tengok entry kat SINI dan kat SINI.

Kenapa nak pergi lagi? Sebabnya ialah nak petik anggur hijau pulak yang panggil white seedless.. (kalau tak silap namanya in english white sultana atau raisins camtulah). Anggur ni tak sesuai untuk penghidap kencing manis sbb terlalu manis mcm gula. Saya dah try, mmg betul manisss sangat! Selain dari tu ada anggur hitam dari jenis merlot. Saiznya kecil2 saja, tp bijinya agak besar. Anggur ni agak manis juga tapi tak semanis yg white seedless tu dan biasanya dibuat wine. Mengikut kata tuan ladang, dalam masa seminggu dua nanti ada orang yg akan dtg memetik anggur tu untuk dibawa ke kilang. Saya petik juga 2-3 gugus sekadar untuk makan.
Anggur merlot

Geram tengok

Siap bawa air lagi. Pastu tak tahan panas lari masuk dalam bangsal

Bangsal tuan punya ladang

Jom kita tengok gambar puas2

Siap ada sarang labah2

Ni yg sy petik.. sambil makan, sambil shoot gambar sampai bergetah tangan jdnya

Nak petik kena terbongkok2 sikit masuk bawah pokok

Kasi clear sikit :)

White seedless

Budak rajin menolong tp tak rajin makan :p

Buah dah tinggal hujung2 dah nak habis

Gerammm



Ok tunggu musim anggur tahun depan pulak ;)