Sunday, March 31, 2013

Pemenang 10th GA...

GA Ke10 telah ditutup secara rasminya.. Terima kasih kepada anda yang sudi menyertainya kali ini. Tahniah kepada 2 pemenang bertuah ini. Kepada yang lain jangan putus asa, doakan semoga kami sekeluarga murah rezeki dapatlah saya buat GA dengan hadiah yang menarik lagi..

Untuk makluman, saya terpaksa kurangkan jumlah penyertaan yang layak kerana ada penyertaan yg tidak lengkap iaitu tiada maklumat email address. Maaf ya.

Jom kita tengok siapa pemenangnya...



















nk jgk cba nsb ni~ hihi

blog : http://journaloffeena.blogspot.com/
email : fins_5288@hotmail.com
















http://superdreamland.blogspot.com/
anazaysdreamland@gmail.com

Saturday, March 30, 2013

Pre-Order Corelle dibuka semula...

Berita baik untuk sesiapa yang berminat untuk menempah Corelle, Kitchen Aid Hand Mixer, pie maker dan bermacam lagi produk yang menarik.. boleh tempah dari kawan saya yang akan balik bercuti bulan ini ya..

Jika berminat boleh ke blog http://sweet-downunder.blogspot.com.au/ dan hubungi beliau sendiri untuk tempahan. Sementara tu jom kita tengok antara barang yang boleh anda order.. ;)

Corelle Winter White Frost


Kitchen Aid Hand Mixer


Cupcake Ferris Wheel Holder


Thursday, March 28, 2013

Chicken wings dan ketam

Dua menu yang simple... tapi tak buat hari yang sama. Chicken wings ni buat bila tiba2 rindu chicken wings kat pizza hut tu dan juga chicken wings yg jual kat gerai tepi jalan.. sedap cicah dgn sos. nyam nyam

Ketam ni bukan sebarang ketam, ketam ni datangnya dari Swan River.. Ketam Swan River jauh lebih besar dari ketam yg ditangkap di laut dan ikut rezeki juga.. Ini first time dapat 2 ekor. Asalnya 2 ekor menyepit umpan di pancing, tp seekor dah terlepas pulak. Seekor lagi dapat masa turunkan drop net.

Masa nak amik gambar tak jumpa pula pembaris. Panjang dari hujung tajam ke hujung tajam kira2 18 cm. Lebar sepitnya lebih dr 2cm dan panjang sepit kira2 1 kaki atau 30cm! Mkn seekor pun tak habis, kena share.. mungkin sbb isinya yg banyak dan padat.. atau dah tak larat nak mkn ketam agaknya :p

Ketam dalam baldi sederhana


Memang besar!

Wednesday, March 27, 2013

Buah-buahan dan bunga ros dari Manning Farmers Market

Jom tengok apa yang saya beli di Farmers Market...
Buah tin @ fig yang sangat manis


Sejambak bunga ros.. soft pink

Kurma cina 

Sebelum ni jumpa yang bentuk bujur. Ini pulak bulat2. Rasanya sama.. rangup dan manis
Bahagian dalam
Kymba kena kurung dalam ni, kalau tidak, tak boleh naik kereta nanti dia panik


Bunga yang dah disusun ke dalam jug putih tinggi

Masa ni masih belum kembang

Menyerikan meja makan

Sekarang ni dah kembang

Baunya sangat harum

Cantik kelopaknya


Tengok ni hati jadi berbunga-bunga :)



Tuesday, March 26, 2013

Farmers Market on Manning

Sabtu lepas kami telah ke pasar tani: Farmers Market on Manning yang diadakan setiap hari Sabtu di Manning Road, Bentley. Rasanya ini kali kedua atau ketiga kami ke sini. Awal-awal dulu sangat tak selesa bila ke tempat macam ni bila ada yang bawa anjing. Tapi sekarang nak buat macam mana kan, banyak tempat yang benarkan bawa pets ni termasuklah sunday market. So kena belajar-belajarlah bersilat elak dari anjing. Sentiasa peka jangan sampai bertembung atau lalu dekat-dekat dia.. hehehe..

Jom kita tengok gambar-gambar.. kalau ada yang bawa anjing, kami pula bawa kymba tapi letak dalam cat carrier. Suka jugak kymba jalan-jalan ni, dia tak heran pun dengan anjing. Malah ada beberapa orang yang tegur betapa comel dan besarnya kymba ni, ada yang kata mcm rupa harimau :p
Pintu gerbang.. suka tengok pokok-pokok bunga ros kat sini



Banyak gerai di sini menjual hasil tani yang ditanam secara organik

Gerai bunga mestilah ada


Gerai jual telur agaknya?

Buah fig atau buah tin.. sekejap aje laku

Hiasan orang-orang

Produk dari kebun buah zaitun

Sayuran segar

Roti pun ader

Keledek, kentang, tomato, tembikai dll

Tomato lagi

Sangat teruja jumpa kurma cina ni sangat sedapp

Yellow nectarines

Geram tengok mangga

Nectarines lagi

Kat bahagian tengah disediakan tempat untuk duduk dan makan2

Pokok-pokok yang dijual

Baby carrots

Beetroot

Sayuran segar

Broccoli

Kymba yang duduk diam seronok berjalan-jalan

Minum kopi sambil gebang-gebang