Tuesday, April 30, 2013

The Old Cheese Factory - Balingup

Mulanya saya ingatkan yang ini galeri atau muzium pembuatan cheese. Rupa-rupanya sudah menjadi galeri menjual barangan seni dan kraftangan. Jom kita tengok apa yang ada di sini.
Bahagian depan.. bila masuk dalam rupa-rupanya sangat luas

Mesin penimbang

Kraf pottery

Pottery lagi

Rambang mata melihatnya.. tapi saya terperasan satu barang yang saya minat kat sini. Ada sesiapa yang dapat meneka? Hantarkan email beserta jawapan anda (boleh juga bulatkan jawapan dalam gambar dan hantarkan gambar) ke email address saya: pandorra_75@yahoo.com. Orang pertama yang berjaya meneka akan mendapat hadiah dari saya. Tarikh tutup penyertaan ialah pada jam 8.00 malam, hari Khamis 02.05.2013 ;)

Sayang betul tak ingat nak beli tea towel kat sini

Kraf dari kayu

Kraf kayu dan lukisan

Produk jem dan sebagainya

Comel kan bekas menyimpan kentang dan bawang ini?

Fridge magnet - saya cuma beli FM kedai ini

Macam-macam lagi hiasan

Patung kucing dan binatang lain yg comel, sesuai untuk taman

Poskad dan hiasan untuk digantung

Baju untuk kanak-kanak pun ada

Pening kepala nak memilih mana yang berkenan :)

Monday, April 29, 2013

Balingup Lavender Farm

Selepas berjalan-jalan di pekan, kami meneruskan perjalanan ke Balingup Lavender Farm yang terletak tidak jauh dari situ. Waktu kami ke sini, musim lavender berbunga telah tamat dan tidak banyak gambar yang dapat diambil. Waktu paling sesuai menurut pemiliknya ialah sekitar bulan Disember dan Januari. Bunga lavender dituai pada bulan Januari dan selain mempunyai kawasan yang luas dengan tanaman pelbagai spesis lavender, pemiliknya juga mengusahakan produk dari lavender antaranya bunga kering, losyen, minyak lavender dan juga cenderahati berasaskan lavender. Selain itu aiskrim perasa lavender turut dijual di sini.

Jom kita tengok gambar.
Masuk dalam kedai dah boleh bau aroma lavender

Bantal, sabun, hiasan.. semuanya konsep lavender

Taman bunga dan ladang lavender di sebelah kanan




Meja dan kerusi untuk bersantai sambil minum atau makan aiskrim

Sangat tenang rasanya

Pemandangan rumah pemiliknya

Pintu masuk kedai cenderahati


Beli bunga kering untuk hiasan dan ole-ole untuk cikgu kelas

Sunday, April 28, 2013

Jalan-jalan di Pekan Balingup

Balingup is a town located in the South West of Western Australia, 241 kilometres (150 mi) south of the state capital, Perth, and 31 kilometres (19 mi) southeast of the town of Donnybrook. The town takes its name from Balingup Pool, located on the Balingup Brook which flows through the town. The name was first recorded by a surveyor in 1850, and is said to be derived from the name of Noongar warrior, Balingan.

The town is on the South Western Highway. It originally had a station on the railway line, opened in 1898, the same year the town was gazetted. Balingup was known in the twentieth century for fruit and vegetable growing, and more recently for beef cattle and dairy farming. There are two long-established religious communities. Balingup hosts annual rural festivals, primarily the Small Farm Field Day (late April) and Medieval Carnivale (August). (sumber: wikipedia)

Jom jalan-jalan dan tengok apa yang ada di pekan kecil ini.

Mula-mula kita ke visitor centre. Menariknya tempat kecil macam ni pun ada visitor centre.

Patung lembu menunjukkan penternakan lembu adalah aktiviti pertanian yang utama di sini

Cenderahati yang dijual

Tshirt pun ada

Kedainya tak banyak, tapi sangat menarik. Contohnya The Village Peddlers ini

Ini dari kedai barang antik

Pekan ini terkenal dengan art & craft, sampaikan bench ini pun mempunyai seni

Terdapat beberapa buah cafe dan tavern di sini

Cafe berwarna merah

Terdapat patung orang-orang di beberapa tempat sepanjang jalan, menjadi trademark pekan ini

Kedai-kedainya terletak di bangunan lama seperti ini. Macam pekan koboi

Satu lagi bench yang mempunyai seni mosaic

Tempat makan di hadapan kafe

Patah balik dan berjalan di hadapan kedai antik

Cuma tengok barang dari luar sahaja

Masuk kedai antik ini pula yang menjual barangan rumah

Geram tengok barang-barang yang ada

Kedainya luas hingga ke bahagian belakang.. ruang pameran terbahagi kepada bilik-bilik

Minat dengan pan in. 

Cerek klasik yang sangat lawa

Suka dengan tea cosy itu

Berkenan dengan kabinet sisi ini

Blue transferwares

Pokok hydrangea hidup subur di tempat redup antara 2 bangunan rumah kedai

The Village Peddlers, kedai menjual produk kraf dan barangan keluaran tempatan

Quilt pun ada

Berwarna-warni

Adik sibuk tengok kalau-kalau ada yang dia berkenan :)

Playground untuk kanak-kanak pun ada di pekan ini

Jom layan bunga pulak

Pokok bunga

Taktahu ini bunga apa

Cantik bangunan ini, rasanya ini pejabat hartanah

Bunga lagi, tak habis-habis


Playground ini sangat bersih. Ada kemudahan BBQ dan picnic bench yang sangat selesa

Lukisan orang asli.. mungkin menunjukkan peta di sini?

Pemandangan kedai antik dari kawasan playground

Picnic bench. Boleh nampak jalan utama di hadapan pekan.

Kafe merah dan set catur

Memang aman damai suasananya