Wednesday, July 31, 2013

Cekodok

Bila tengok ada pisang yang dah masak ranum, mesti teringat cekodok. Apa lagi, terus laju membuatnya.. Inilah hasilnya, sekejap saja licin dimakan oleh budak berdua kat rumah ni selepas berbuka puasa :)
Cekodok sedang digoreng.. 

Sudah siap

Terubat rindu dekat cekodok

Tuesday, July 30, 2013

Bunga Ros dan Sotong Goreng Celup Tepung

Semasa beli pokok bunga ros mini warna pink ni, ada satu kuntum saja yang berkembang. Lama juga saya tunggu dia kembang betul-betul macam bunga lain tapi tak menjadi juga. Bila dua kuntum lagi kembang baru perasan rupanya setakat ni saja kembangnya.. Dah tu kelopaknya tebal berlapis-lapis. Walaupun begitu bunga ni tetap cantik dan istimewa bagi saya disebabkan warna dan juga keunikan kembangnya itu.

Tepung magik ini pula dibawa oleh kawan saya sepasang suami isteri yang saya anggap macam adik-adik saya jugaklah. Diorang datang ke sini tidak berapa lama dulu atas urusan kerja dan kemudian menziarahi kami. Terima kasih atas ingatan bawa ole-ole yang sangat best ni, dah cuba goreng sotong dan ayam guna tepung ni memang betullah sedap.. :)
Cantik kan?

Bunga ros aiskrim lagi

Tepung Magik

Terima kasih Hannani :)


Sotong goreng celup tepung yang sedap


Rangup sebijik macam makan kat kedai makan seafood

Monday, July 29, 2013

Homemade Cendol

Sudah lama rasanya tak makan cendol. Bulan puasa macam ni mulalah tekak minta macam-macam. Kebetulan terbaca blog Kak LG yang ada buat cendol baru teringat dekat acuan cendol yang diberikan oleh kawan kami sebelum ni.. Haa apa lagi kan, terus mulakan operasi. Nasib baik ada 2 orang pembantu yang sangat bagus. Cendol ni disediakan oleh grand masterchef sebenarnya, saya cuma jadi penyelia he he he
Seronok dapat menolong
Acuan cendol dari tempurung kelapa
Budak kecik ni cakap macam germs.. pulak dah :p



Amacam ok tak?


Cendol pulut simple aje
Air cendol tak perlu ais musim sejuk ni



Cuma tambah santan dan air gula merah.. nikmat tak terkata. Alhamdulillah

Sunday, July 28, 2013

Serunding daging

Alhamdulillah kali ni dapat juga buat serunding. Pertama kali buat serunding sebenarnya dan inipun diusahakan oleh grand masterchef. Saya cuma tolong carikkan daging aje dan menyibuk-nyibuk hehehe

Sebelum ini saya ada pesan serunding ayam dari kawan saya yang balik bercuti baru-baru ini tapi yang dicari tiada. Mahu tak mahu kalau nak makan juga kenalah buat sendiri kan? Lagipun kalau nak beli serunding daging memang tak lepas sampai ke sini (melainkan ada yang terlepas pandang) sebab produk daging dan tenusu dari negara kita tak boleh dibawa masuk. Padahal kita pun banyak juga makan daging lembu import dari Australia kan? Entahlah.. :p

Yang penting serunding untuk dimakan dengan ketupat dah siap! :)
Serunding daging menggunakan 2kg daging
Sedaplah resepi chef Klate nih ;)

Dapat lebih dari satu balang sederhana besar.. 


Thursday, July 25, 2013

Willetton Seafood Oriental Shop, Willetton

Kedai seterusnya terletak kira-kira 6km dari Market City. Walaupun namanya kedai seafood, barangan yang dijual adalah lebih kepada barang runcit sama seperti kedai oriental yang lain. Lupa saya nak maklumkan yang kedai sebegini ada juga bahagian dingin beku menjual makanan frozen, makanan laut dan sebagainya. Kami ke sini ingin mencari ikan kembung tapi tak ada, akhirnya beli ikan bawal untuk dibuat kari. Oh ya, dengarnya kedai ini adalah cawangan Chan Brothers yang terletak di Myaree.

Apa yang paling saya suka ialah kedai ini ada menjual ubi sengkuang. Kalau saya teringin nak makan rojak, mesti saya cari ubi sengkuang dekat kedai ni. :)

Alamat kedai:
183 High Road Willetton Western Australia 6155
Kedai ni terletak tak jauh dari IGA Willetton

Jom tengok apa yang ada di dalam kedai

Produk yang sama dari Asia Tenggara

Puding dan serbuk agar-agar

Terliur dah tengok sotong bergula ni

Aneka rempah

Makanan dalam tin, produk Thailand

Wednesday, July 24, 2013

Jom beli buah dan sayur - Market City, Canning Vale

Seperti dijanjikan, entry seterusnya ialah tentang kedai sayur di seberang jalan dataran.. Jom lintas jalan dulu.. Kat sini kalau ada zebra crossing ni pandai-pandailah kereta kena berhenti ya.. Kalau kat tempat kita boleh buat camni? Silap-silap nak melintas pun kena berlari-lari tambahan kalau ada pemandu yang malas berhenti.

Cuba tengok auntie tu melintas jalan. Kalau membeli belah dengan banyak di sini jangan pelik kalau barang kita diletakkan di dalam kotak. Jimat beg plastik, kitar semula kotak kosong.. ;)

Sebelum ni kami bawa beg troli aje tapi bila dapat kat 2 'pemandu' tak berlesen ni habis dah tercabut tayar kat beg tu. :p
Simpan barang dapur kat kereta dulu, jom melintas ke kedai sayur

Bukan setakat sayur, buah-buahan pun banyak

Pilihlah epal dari pelbagai jenis.. 

Labu dan ubi 

Jagung dan bendi

Capsicum

Buncis dan lobak 

Karot dan lain-lain


Bawang

Epal lagi

Halia dll

Ni lah kedainya

Kat bahagian luar pun ada buah yang dah dipek

Tuesday, July 23, 2013

Membeli barang keperluan dapur di kedai Oriental - Market City Gourmet Foods

Kedai Oriental di Market City ini merupakan antara kedai oriental yang besar di Perth serta menjadi tumpuan pelanggan terutamanya setiap hujung minggu. Kedai ini dibuka setiap hari dan hujung minggu agak sibuk kerana setiap hari Sabtu ada pasar segar menjual daging dan ikan di pasar bersebelahan manakala pada hari Ahad pula ada Sunday Market di kawasan berbumbung. Boleh klik SINI untuk lihat maklumat tentang Sunday Market.

Selain itu ada beberapa kedai lagi di kawasan ini yang membentuk seperti dataran. Bertentangan dengan kedai ini ialah kedai sayur dan makanan laut. Saya akan masukkan gambar kedai sayur dalam entry seterusnya selepas ini.

Jom tengok barang apa yang ada di sini. Pendek kata tak susah juga lah nak dapatkan produk-produk dari Asia terutama dari Malaysia dan Indonesia. Kalau rindukan makanan ringan seperti maruku pun ada dijual di sini.

Alamat kedai:
Market City Gourmet Foods
Shop 4 Market City
280 Bannister Road
WA 6155
Laman web: http://www.perthmarket.com.au/
Segala jenis sos, kicap, sambal dan sebagainya boleh didapati di sini

Perencah adabi pun ada.. sayur goreng, mi bandung, rempah kari dan lain-lain

Sardin, sotong, kerang dalam tin dan lain-lain

Ketupat dan fucuk..sedap buat sayur fucuk dengan suhun..  :)

Beras dan kelengkapan memasak.. periuk kukus pun ada

Mangkuk kecil boleh buat masak lompang. Tak beli sebab dah bawa acuan plastik dari Msia

Petai dalam tin, cili jeruk semua ada. Tengok tu dah sambar dapur satay dah :)

Maruku dan snek makanan ringan

Budak-budak kalau tengok ni mesti suka..

Tat nenas! Dulu sy suka tolong mak sy buat tat jenis ni jugak.. 

Ni lah rupanya kedai yang dimaksudkan itu