Thursday, October 31, 2013

13th Give Away (GA) - Tea Cosy

Berminat dengan GA ini? Hadiahnya kali ini ialah tea cosy. Apa itu tea cosy?

tea cosy (American Englishtea cozy) or tea warmer is a cover for a teapot,[1] traditionally made of cloth. It insulates a teapot, keeping the contents warm. Their use predates the invention of vacuum bottles as a means of keeping hot liquids hot. Tea cosies may have padded inserts that can be removed and washed. (source: wikipedia)


Dari koleksi Johnson Bros

Born to shop :)



Terma dan syarat:

1) Penyertaaan dibuka kepada semua. Setiap seorang cuma satu penyertaan sahaja diterima.

2) Hadiahnya satu unit tea cosy untuk seorang pemenang bertuah! 

3) Tinggalkan address blog anda beserta email address di ruangan komen post ini. Jika anda tiada blog, cuma letakkan email address anda sahaja. 

4) Tarikh tamat GA ialah: tepat jam 12 tgh malam pada 15 November 2013. Pemenang akan diumumkan pada
 16 November 2013.

5) Pemenang akan dipilih secara rawak melalui www.random.org. Pemenang yang berjaya akan dihubungi melalui email. Sekiranya pemenang yang terpilih tidak menjawab email dalam masa tiga (3) hari, kemenangan adalah terbatal dan undian akan dibuat sekali lagi.

Wednesday, October 30, 2013

Pulut kuning, ros kuning, ros merah jambu :)

Jom ceriakan hidup dengan warna-warna ini :)
Pulut kuning

Kari ayam

Ros kuning

Basah ditimpa hujan

Walaupun dah lama kembang, masih utuh walaupun warnanya sedikit pudar

Yang baru berkembang dengan warna kuning terang

Warna merah jambu yang sangat menyerlah

Warna merah jambu lembut yang sangat sesuai menghiasi jambangan di hari perkahwinan? Sama serinya :)


Tak jemu memandangnya

Satu lagi pokok yang tidak jemu berbunga

Tetap cantik di mata

Tuesday, October 29, 2013

Banana Bread

Jom tengok roti pisang yang saya buat baru-baru ni.. tujuannya untuk menghabiskan stok pisang yang dah masak ranum. Saya gunakan 4 biji pisang yang menghasilkan roti yang sangat 'kaya' dengan pisang sampai dah jadi kek pisang :)
Saya gunakan hampir 1 cawan gula, tapi terlupa pula adalah lebih elok kurangkan kandungan gula kerana dah gunakan 4 biji pisang yang manis.
Minta tolong adik untuk tolong lenyek pisang, lepas tu dia nak tolong sampai kek siap :)

Dah siap bakar

Memang berat dan lembap, penuh dengan pisang

Rupanya tak cantik, tapi rasanya sangat sedap!

































Resepinya saya ambil dari http://www.simplyrecipes.com/recipes/banana_bread/

Banana Bread Recipe

  • Prep time: 5 minutes
  • Cook time: 1 hour
  • Yield: Makes one loaf.

INGREDIENTS

  • 3 or 4 ripe bananas, smashed
  • 1/3 cup melted butter
  • 1 cup sugar (can easily reduce to 3/4 cup)
  • 1 egg, beaten
  • 1 teaspoon vanilla
  • 1 teaspoon baking soda
  • Pinch of salt
  • 1 1/2 cups of all-purpose flour

METHOD

No need for a mixer for this recipe. Preheat the oven to 350°F (175°C). With a wooden spoon, mix butter into the mashed bananas in a large mixing bowl. Mix in the sugar, egg, and vanilla. Sprinkle the baking soda and salt over the mixture and mix in. Add the flour last, mix. Pour mixture into a buttered 4x8 inch loaf pan. Bake for 1 hour. Cool on a rack. Remove from pan and slice to serve.

Monday, October 28, 2013

School's 60th anniversary celebration

Pada hari Sabtu lepas, persatuan ibu bapa (Parent and Citizen) dan pihak sekolah telah bekerjasama menganjurkan sambutan ulang tahun sekolah yang ke 60. Ada persembahan, gerai-gerai jualan dan juga permainan untuk kanak-kanak. Menariknya barangan jualan dibuat atau disumbangkan sendiri oleh pelajar dan ibubapa. Contohnya ada kelas yang membuat jualan pokok-pokok, di mana setiap pelajar diberikan 2 biji pasu kira-kira dua bulan yang lalu untuk menanam pokok. Pokok ni akan disumbangkan untuk jualan hari tersebut. Gerai yang ada juga dijaga sepenuhnya oleh ibu bapa secara sukarela.

Jom kita tengok gambar...
Kami sumbangkan 4 pasu pokok parsley dan coriander :)

Ruang dataran (oval) ini dikhaskan untuk orang luar yang berminat berniaga

Pakaian dengan tema persembahan masing-masing. Flinstone dan casual

Gerai tupperware pun ada

Gerai lain yang ada..

Kraf jahitan

Balang kaca

Aiskrim azzura yang halal.. dapat juga makan aiskrim

Gerai fresh produce dan tanaman

Cards herbs

Bouncing castle

Adik dan kawan-kawan baiknya

Aktiviti kegemaran, rock climbing

Kelakar pulak flinstone pakai selipar buat rock climbing :p

Berlumba pecahkan belon

Gerai buku terpakai

Gerai mewarna rambut.. siap ada 2 dayang-dayang lagi tu kan hehehe

Dah siap rambut kaler purple siap spike lagi :p

Lepas tu tengok persembahan nyanyian penyanyi kegemaran adik

Mata tak berkelip-kelip tengok budak ni nyanyi he he

Satu ikat lavender cuma 50 sen. Murah kan?
Abang ni je la kerjanya..

Ceria

Sunday, October 27, 2013

Pasar Malam @ Curtin University

Jom tengok sekitar pasar malam yang diadakan di Curtin University pada hari Jumaat lepas. Seronok betul dapat beli makanan kegemaran yang sedap-sedap terutamanya cendol!
Datang awal sikit tak ramai orang

Gerai student undergrad jual murtabak, cucur udang, cendol

Huu rasa cam nak beli semua

Cendol pun sedap. Siap beli lebih lagi he he

Skodeng adik-adik tengah buat cendol

Ni haa...

Jom ke gerai student postgrad pulak. Sini pun ada murtabak, roti jala, ais krim goreng dan macam2 lagi!

Kawan tengah menggoreng aiskrim

Samosa, laksa sarawak pun ader

Sempat lagi berposing

Signboard pasar malam

Ada beberapa gerai satay kat sini dan panjang juga queuenya

Spring @ twist potato

Indian food

Beriani dan aneka kari

Ni gerai org Malaysia juga rasanya

Masih belum ramai orang, senang nak membeli makanan

Dah mula ramai, terutama yang menunggu untuk membeli satay

Persembahan pun ada

Gerai pelajar Malaysia menjual burger ramly, teh tarik dan satay

That Little Gerai? cam nama TLG kat AU5 lah

Gerai char kuey teow. Dah tengok gambar baru perasan. Alaa melepas pulak :p

Gerai aiskrim Mexico.. siap dengan basikal roda 3

Gerai minuman

Comel je gerai ni :)