Tuesday, November 26, 2013

Promo single

Promo single terbaru Ajek Hassan. Dapat info ni dari beliau sendiri bila pegi Makan2 Cafe 2 minggu lepas. Katanya lagi akan jadi lagu tema drama yang akan keluar tak lama lagi.

Teaser: Dalam hati tiada untukmu

Sunday, November 24, 2013

Coconut shake dan produk gourmet garden

Musim-musim panas ni memang sedap kalau dapat minum air tebu atau kelapa. Kelapa fresh yang diimport dari Thailand memang senang diiperolehi tapi setakat ni air tebu cuma ada yang dalam tin ajelah. Bila dapat air kelapa, apa lagi terus buat coconut shake. Lagipun masa nilah nak guna milkshake maker :)

Produk gourmet garden ni pula sangat memudahkan kerja-kerja dapur. Bila nak pakai, cuma picit aje dari tiub. Saya terbeli baru-baru ni bila tengok dapat buku resepi percuma dengan pembelian dua produk ini. Sebelum ni tengok tak beli pun, tapi sebab dah dapat buku resepi terus beli :p

Nota:
Alhamdulillah tetamu kami selamat sampai ke Perth. Jadinya minggu ni agak sibuk jadi pemandu pelancong Bila ada masa terluang saja boleh update blog, bergantung kepada keadaan..
Coconut shake

Letak banyak aiskrim vanilla

Sejuk dan menyegarkan :)

Milkshake maker yang sangat berguna

Gourmet garden: pes bawang putih dan halia
Halal



Buku resepi percuma dengan pembelian dua produk jenama ini
Oklah tu kan, dah cuba memang senang sangat tak payah tumbuk2 dah :)

Thursday, November 21, 2013

Sepetang di Kuala Lumpur...

Bawa anak-anak main bowling. Bila nak balik, hujan turun dengan lebatnya. Terpaksalah minum petang di kopitam, mm sedapnya kopi ais dan roti bakar. Malam pula makan di Restoran Tat Nasi Ayam di Setapak.

Nota: Mood takde idea nak menulis gara-gara cuaca panas :p
Kali pertama dapat peluang main bowling

Seronok tak terkira. Kalau boleh hari-hari nak main bowling :p

Kopi ais yang sedap tak hingat.. Kat Perth mana ada kopi cenggini

Yang ni tak pasti, tak ingat ada menu roti bakar atau tak kat kedai mamak

Sedapnya nasi ayam kat sini, stail nasi ayam utara

Boleh pilih nak ayam/nasi lebih. Tapi set biasa ni pun dah cukup kenyang 

Menu Western food pun ada

Ada lak yang nak makan lamb chop :)

Wednesday, November 20, 2013

Food and Orchids

Makanan sedap-sedap dan orkid cantik-cantik yang menggamit rindu :)
Rindu makan kat kedai tak jauh dari rumah mak saya.. makanan sedap terutama tomyam. Kangkung belacan pun best

Paprik campur dan sup daging..

Nasi kandar pun apa kurangnya. Lauk sotong semestinya!

Chicken from le poulet roti pun sedap mcm ayam KR

Bunga orkid yang ditanam oleh emak saya

Cantik kan?

Macam-macam warna!

Corak macam ni pun ada, so sweet

Yang ni pun cun :)

Tuesday, November 19, 2013

Kafe Mama's Home Delight

Satu lagi kafe yang sempat dikunjungi.. Kami sempat cuba western food di sini, memang sedap!

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk facebook Mama Home Delight atau Laman Web.

Alamat:
No.7, Ground Floor,
Persiaran Mahsuri 1/3,
Sunway Tunas, 11900 
Bayan Lepas, Penang
Waktu urusniaga

Set nasi arab untuk makan tengahari atau malam

Hiasan dinding ala Inggeris yang cantik


Chicken chop yang sedap

Lamb chop pun sedap

Set sup dan garlic bread yang sangat disukai budak-budak.. siap minta tambah lagi :)

Monday, November 18, 2013

Laili's - Mayang Pasir, Bayan Baru

Kami terjumpa kafe ini secara tidak sengaja ketika mahu membuat pusingan U untuk ke kedai makan lain. Tengok dari luar nampak menarik sebab kemas dan bersih, jadi apa salahnya mencuba kan?

Menu makanan terdiri dari makanan timur dan barat, termasuklah makanan Arab. Hmm menarik tu dan banyak pilihan. Kafe ini baru saja dibuka tahun ini dan semasa kami ke situ, baru seminggu dua beroperasi. Apa yang kurang menarik ialah sikap beberapa pelanggan yang merokok di dalam kedai. Memang merosakkan mood dan suasana betul lah. Ini bukannya kedai mamak, lagipun tiada bekas abu rokok disediakan. Kesian betul dengan tuan punya kedai.

Apa pun jom layan gambar.
Tengok menu pun rasa macam nak cuba macam-macam :)

Baru dibuka memang bersih, harap kekal macam ni

Macam teringin set ayam penyet. Ikan bawal pun menarik tu kan? Harganya pun berpatutan

Set kebab pun ada

Nampak sedap ni tapi dah order nasi takut tak termakan yang ni

Nasi Kabsa

Nasi Maqluba

Anak minta spaghetti bolognese yang dihidangkan dengan potongan roti

Nasi maqluba kambing

Lasagna pun nampak menarik

Ayam penyet. Oklah bagi saya

Sunday, November 17, 2013

Restoran Seri Idaman, Teluk Tempoyak - Penang

Minggu ni agak sibuk kerana kami akan menerima tetamu selama dua minggu berturut-turut. Walaupun tetamu hanya akan datang hari Jumaat, banyak urusan perlu dibuat terutama mengemas rumah, membeli stok makanan yang mencukupi dan beberapa urusan lagi. Ye lah kan, mana sempat nak pegi beli barang dapur kalau dah jadi tourist guide dan sibuk dengan urusan masak memasak. Kalau tak sempat update blog nanti faham-fahamlah ya :p

Jadi kali ini saya buat housekeeping ajelah kat blog. Minggu ni cuma dapat update gambar tempat makan menarik yang kami terjah sewaktu balik bercuti tidak lama dulu.

Entry restoran sebelum ini boleh dilihat di SINI. Ikutkan menu yang kami pesan biasanya sama aje, tapi masih suka letak post kat sini sebab tiap kali tengok memang terliur, terus terasa rindu nak balik kampung.. rindu sebab nak makan! hahaha

Kalau jalan-jalan ke Penang jangan lupa singgah makan kat sini ya!
Restoran ni dibuka dari tengahari sampai ke malam

Waktu sampai ni selepas maghrib tak ramai orang

Kaunter bayaran

Haa cerah sikit

Sampai kat sini mula-mula tuju ke bahagian makanan laut

Pilih dulu ikan atau makanan laut yang kita nak. Kemudian pekerja akan timbang

Dan tanya masakan apa yang kita nak

Pari bakaq? Asam pedaih? Boleh ajaaa

Kalau nak mi udang, pilih la berapa ekor udang yang kita nak dalam mi tu. 2-3 ekor cukuplah sebab udang ni besar!

Sotong ni cam memanggil-manggil.. menjelma menjadi sotong celup tepung :p

Haa peminat ketam dah booking 3 ekor, tu pun kena runding sekejap sebab mula2 dia nak 10 ekor! Hahaha

Ketam nipah ni kan?

Siput lala? retak seribu? tak ingat nama sebenar

Sebelum sampai sini lagi dah terbayang kerang bakar

Harga makanan laut. Dengan sukahati convert ke AUD. Ahh baru berapa dollar! :p

Sudah canggih sekarang, tak perlu melambai-lambai minta nasi tambah hehe

Kerang bakar sampai dulu!

Kangkung goreng belacan yang dirindui (kangkung mahal kat sini)

Sup daging

Tom yam ayam

Mi udang yang penuh dengan sayur.. jenuh nak habiskan memang banyak!

Ketam rebus untuk mat ketam :)