Hari Khamis lepas kami telah menerima kunjungan kawan yang selama ini dikenali melalui blog iaitu
Kelly Walther yang datang bersama Kak Hally dan anak-anak. Pertama kali saya dapat bertemu dengan Kelly yang datang bercuti ke sini.. Kelly ni sangat ramah orangnya, seronok sekali dapat sembang ramai-ramai terutama bila ada
Kak Hally yang begitu pekat dengan loghat Perak. Anak-anak Kak Hally pun cantik dan berbudi bahasa. Saya cuma sempat masak yang ringkas saja iaitu nasi ayam
perghh beserta
dessert kek epal dan
brownies. Lupa pula ambil gambar
brownies. Untuk resepi boleh klik
KEK EPAL atau
BROWNIES.
Suka sangat tengok Esah dan Jah makan nasi ayam sampai bertambah-tambah. Esah banyak betul makan sambal cili nasi ayam sebab tak pedas langsung! Hehehe
p/s: Esah dan Jah adalah nama timangan yang kami beri :)
Resepi Nasi Ayam (saya rujuk dari blog
Kak Azie Kitchen dan tambah/sesuaikan mengikut citarasa saya)
Rebusan/Stok Ayam
Ayam
Bawang putih
Halia
Sedikit garam
Rebus ayam dengan bawang putih, halia dan sedikit garam sehingga mendidih dan ayam empuk.
Keluarkan ayam dan sejukkan seketika di dalam bekas
Perapan ayam
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Kicap manis
Garam
Madu
Lumur ayam dengan bahan perapan. Simpan ayam di dalam peti sejuk selama kira-kira satu jam atau lebih. Lebih lama lebih bagus.
Nasi ayam
5-7 cawan beras dibasuh dan disejat
Sedikit mentega
Bunga cengkih
Bunga lawang
Kayu manis
Buah pelaga
Daun pandan disimpul
Sedikit serbuk kunyit sebagai pewarna
Panaskan mentega, tumis bahan diatas (kecuali serbuk kunyit) sehingga wangi. Masukkan beras. Masukkan separuh dari air rebusan ayam di atas. Tambah air sekiranya belum cukup. Masukkan serbuk kunyit dan kacau sehingga larut. Masak seperti biasa dalam
rice cooker.
Sup Ayam
Air rebusan ditambah sedikit air
Cengkih
Pelaga
Bunga lawang
kulit kayu manis
Bawang putih
Karot
Sedikit kobis
1 ketul kiub ayam
garam secukup rasa
Sambal cili
Cili merah
Bawang putih
gula
garam
cuka
Blendkan semua bahan dan pastikan secukup rasa
Sambal kicap
Kicap manis
Cabai melaka
garam
gula
Blendkan semua bahan dan pastikan secukup rasa
|
Selamat datang ke rumah :) |
|
Hidangan yang ringkas aje |
|
Salad mesti ada |
|
Ayam |
|
Sup istimewa |
|
Masa untuk silakan tetamu duduk |
|
Pencuci mulut iaitu kek epal yang dimakan bersama double cream |