Wednesday, November 26, 2014

Homestay @ short term accommodation

Pada kunjungan kami ke Perth baru-baru ini (terasa macam 'balik kampung' pulak).. dah tentu kena cari tempat penginapan. Kalau sebelum ni kami tinggal di motel, kali ini cuba cari tempat lain pula.

Semasa ke Busselton, kami menggunakan perkhidmatan Stayz untuk mencari homestay. Kini saya cuba menggunakan Airbnb pula.

Apa yang saya dapati beza antara keduanya ialah jika menggunakan Stayz, pelanggan perlu membayar bond untuk tujuan tempahan, dan membayar jumlah penuh sewaaan biasanya seminggu sebelum tempoh menginap. Bayaran bond akan dipulangkan dalam tempoh 7-14 hari selepas check out jika tiada kerosakan yang disebabkan kecuaian sewaktu anda menginap.

Manakala bagi Airbnb anda perlu membayar jumlah sewaan sepenuhnya termasuk bayaran admin kepada Airbnb semasa membuat tempahan.

Jika anda ingin menggunakan perkhidmatan Airbnb, anda perlu mendaftar sebagai pengguna dan menunjukkan bukti pengenalan diri seperti pasport dsb serta membina profil anda untuk disemak oleh tuan rumah. Jika tuan rumah bersetuju barulah dia akan menyewakan rumah tersebut kepada anda.

Jom tengok tempat kami berteduh selama beberapa hari.. maaf gambar ada yg tak tersusun :)


Kami menginap di apartment di tingkat 3 dan tiada lif.. jadi kena menapak naiklah.. takpe le eksesais hihi

kerusi dan meja bersantai di balkoni yang mengadap jalan raya
Adik bergambar dengan kereta sewa. Tempat letak kereta disediakan

Bilik air yang lengkap dan bersih

Bilik tidur utama

Kelengkapan dapur yang lengkap.. hehe ayat mcm kelakar 


Suka minum kopi di sini

Meja makan yang cantik dan terletak bersebelahan tingkap

Tuan rumah sediakan biskut

Jus, susu, air mineral, sos.. yang asas

Panduan pelancong yang sangat lengkap dan informatif

Bilik air dengan spa bath

Dapur yang lengkap dengan oven, dishwasher bahkan mesin kopi

Adik dari mana tu? Teka lahh

Laundry area siap dengan mesin basuh dan dryer

Ruang tamu dengan sofa L

TV dan kemudahan wifi

Inilah dia bilik tidur kedua yang terletak di loft, perlu naik menggunakan tangga yang ditarik turun mcm gmbar adik kat tangga tu

Hiasan berkonsep pantai

Gantungan di dinding

Cantik kan?


Bersih aje.. periuk sudip pinggan mangkuk semua disediakan

Berhampiran dengan hentian bas pulak tu

Sambil minum kopi, seronok jenguk kot luar tingkap
Macam ni lah suasana di waktu malam di kawasan ni.. sangat indah :)

Sunday, November 23, 2014

Kenangan di Perth

Jom layan sedikit gambar jalan-jalan ke Perth :)
Baru sampai.. amik kereta sewa dari lapangan terbang
Welcome!



Coklat gergasi he he he
Cherries, in season

Snack buah-buahan segar

Anggur seedless yang manis pun ada





Ke Farmers Market
Buah-buahan segar

White nectarines
Strawberi masih banyak
Macam nak beli satu tray tapi takut tak habis
Segar dan manis
Ais kacang di Perth

Milo dinosaur
Mesti singgah makan di D'Nyonya :)





Rootbeer float




Bunga hydrangea di Sunday Market
Warna paling laku ialah warna biru
Jalan-jalan Sunday Market

Soto di Spice Express
Menu istimewa hari minggu ialah rojak

Mi goreng seafood dan nescafe ais

Thursday, November 20, 2014

KLIA2: KUL - PER

Sedikit selingan tentang lapangan terbang baru, KLIA2.. Memang canggih dan selesa betul berbanding LCCT.. Apa yang sangat bagusnya tu ialah kerana tak payah berpanas atau berjalan di luar bangunan untuk menaiki pesawat, tapi masih perlu berjalan kaki jauh di dalam bangunan. Hehe.. untuk pelepasan antarabangsa pastikan anda beri masa antara 20-30 minit untuk berjalan kaki ke pintu pelepasan. Buggy disediakan sebagai pengangkutan tetapi terhad dan anda kena tunggu pula.

Oh ya, pastikan sampai awal untuk check in kerana mungkin anda perlu beratur panjang jika ada beberapa saja kaunter yang dibuka. Selain dari itu, kemudahan di situ adalah sangat bagus, banyak pilihan kedai makan, tapi bukan gerai makan lah ya..
Pertama kali kami cuba makan di The Loaf


Anak-anak nak makan spaghetti bolognese
Cuba laksa utara yang agak sedap!

Ingat nak order teh ais tapi tak ada, pening sekejap nampak sarsi terus order

Spaghetti disediakan dengan sepotong roti bakar

Dah sampai ke pintu pelepasan, adik bawa bantal kesayangannya
Abang tak habis2 dengan gajetnya


Ok dah jom boarding
Ni gaya apalah pulak. Masing2 taknak duduk tepi tingkap