Thursday, January 30, 2014

Garden Updates and new backyard fence

Musim panas (summer) ni tak banyak gambar pokok dan bunga kerana cuaca panas sehinggakan rumput pun menjadi kering dan perlu disiram. Tapi kat sini tak boleh siram sesuka hati atau setiap hari ya. Ada hari tertentu yang dibenarkan untuk menyiram pokok. Giliran rumah kami ialah pada hari Khamis dan Isnin sahaja. Untuk menyemak watering days untuk rumah anda yang berada di sini sila layari laman web INI.

Aktiviti petang juga adalah terhad, biasanya selepas pukul 6 petang baru cuaca agak sejuk sedikit. Waktu itu kami sekeluarga biasanya cuma 'mengemas' laman di bahagian depan dan belakang. Kebetulan ada longgokan mulch percuma di rumah sebelah. Mulch ini digunakan untuk menutup tanah di sekeliling pokok-pokok bagi mengelakkan rumput dari tumbuh dan juga supaya tanah kekal lembap dan tidak cepat kering.

Terkini pemilik rumah bersebelahan telah datang membuat kerja-kerja pembaikan rumah termasuk menebang pokok dan memasang pagar yang baru.

p/s: Green waste verge collection ialah hari di mana pihak majlis perbandaran akan datang mengutip sampah berupa batang pokok yang ditebang dan daun-daun kering dari rumah penduduk. Seminggu sebelum kutipan berlangsung, penduduk dibenarkan memotong daun/ranting pokok di rumah masing-masing dan dilonggokkan di tepi jalan.

Abang siap dengan wheelbarrow dan penyodok

Adik tolong angkut mulch. Muka masam tu sebab kena larang main kayu

Musim ini juga ada green waste verge collection



Pokok ini telah ditebang.. gambar ni diambil waktu musim bunga (boleh tengok kat SINI)


Walaupun cantik terpaksa ditebang kerana akarnya menjalar dan merosakkan rumah
Penebang pokok profesional

Lengkap dengan peralatan keselamatan dan penutup telinga
Pokok yang ditebang terus masuk mesin dan diproses menjadi serpihan (mulch)





Pagar baru semasa dalam proses pemasangan
Sudah siap! Baru ada privacy. Agak panas sikit kerana pokok di atas sudah ditebang
Lepas ni boleh sambung tanam sayur dan berBBQ :)


Pokok lemon yang berjasa meneduhkan pokok lain dari sinaran mentari

Banyak buah lemon dah masak :)


Wednesday, January 29, 2014

Table lamps and teapot/coffeepot

"One man's trash is another man's treasure."

Jom tengok koleksi barang terpakai yang saya perolehi tidak lama dulu iaitu teko, dan yang terkini (lampu meja).

Teko corningware ni ikut nasib juga bukan selalu boleh nampak dijual di Sunday Market. Kalau cuba mencari setiap minggu pun belum tentu ada. Lampu pula saya beli masa ternampak iklan di internet. Kebetulan tuannya ingin berpindah rumah agaknya. Rumah beliau terletak di kawasan yang eksklusif, tak pernah perasan pun ada perumahan di situ tapi beliau sangat peramah menjemput saya dan anak masuk ke rumah dan menunjukkan sendiri sepasang lampu yang dijual dengan harga murah ini. Kalau anda suka masuk ke kedai Laura Ashley atau Living Quarters (ada lagi ke Living Quarters kat Parkson?) sudah tentu anda berkenan dengan lampu ini.

Lampu meja di sebelah kiri, koleksi terbaru

Suka dengan bentuk ukiran ini

French provincial?

Suka dengan setiap perincian.. yg nampak comot itu bukan habuk ya

Terendaknya macam pernah tengok kalau tak silap dari koleksi Laura Ashley?

Tak jemu mata memandang

Tengok lebih dekat

Suisnya terletak di bawah mentol lampu

Teko kopi corningware dibeli dari sunday market

Ini pula teko untuk teh


Tuesday, January 28, 2014

Mini burger dan Nescafe Dolce Gusto Mini Me

Nikmati hidangan yang ringkas, mudah dan mengenyangkan di rumah. Cuma gunakan potongan daging ayam atau lembu untuk membuat burger mini yang lazat! Sesuai untuk hidangan di rumah, sebagai snek ataupun bekal anak ke sekolah. Mudah bukan? Sebab tu saya suka cari produk dalam tin ni di Forest Lakes Fresh sebab kadang-kadang tak ada idea nak buat bekal ke sekolah bolehlah buat pizza segera atau mini burger. ;)

Mesin kopi ni adalah gajet terbaru di dapur saya untuk peminat kopi. Walaupun kopi di sini taklah mahal sangat tapi takkan setiap kali nak minum kopi kena ke kedai kan? Untunglah ada Nescafe Dolce Gusto Mini Me, produk keluaran deLonghi yang tersohor dalam pembuatan mesin kopi. Nak minum cappucino, espresso, cafe au lait, americano hatta hot chocolate tidak ada masalah cuma isi air, masukkan pod dan tekan butang. Voila!


Luncheon Meat ayam dan daging. Stok yang perlu ada dalam pantry

Saya lebih suka sosej dalam tin ini berbanding yang dibeli di kedai daging. Boleh buat pizza segera seperti di SINI.



Burger segera cuma perlukan english muffins.. ala2 McD

Sapu butter dan toast sekejap dalam pan
Open sandwich..guna kepingan roti sandwic dan boleh tutup dengan satu kepingan roti lagi
Potong luncheon meat kepada kepingan (saya goreng dulu dalam pan bersama sedikit butter)

Tambahkan salad dan tomato, jadilah mini burger yang lazat. Oh ya, jangan lupa letakkan sos kegemaran anda dan/atau tambah keju ;)



Nescafe Dolce Gusto Mini Me

Dapatkan jenis kopi kegemaran anda

Kalau di tempat kita tak silap saya sekotak ni dalam RM27?

Cappucino

Coffee for two <3

Taburkan serbuk coklat di atas cappucino jika suka.. mm sedapnya

Monday, January 27, 2014

Forest Lakes Fresh

Jom ikut ninja pergi shopping kat kedai he he he
Kebiasaannya jika ingin membeli belah barang dapur dari negara kita, kami akan menuju ke kedai oriental/asia yang berdekatan dengan rumah. Tak susah sekiranya ingin mendapatkan produk seperti mi segera, kicap manis/masin, perencah dan sebagainya untuk memasak. Setiap kedai ada keistimewaan sendiri. Ada yang mempunyai banyak pilihan, ada pula yang lebih murah dari kedai lain.

Kedai dalam entry kali ini pula ada keistimewaannya yang tersendiri. Ianya terletak di Forest Lakes Forum, Thornlie yang turut menempatkan kedai makanan segera ala KFC iaitu Chicken Treat yang halal. Jadi bila saja nak ke Chicken Treat untuk beli ayam goreng mahupun roast chicken, bolehlah terus ke kedai oriental ni sekali.

Keistimewaan yang terdapat di sini berbanding kedai oriental yang lain ialah adanya produk ayam dan daging dalam tin yang halal. Pemiliknya juga sangat peramah, faham dengan keperluan kita kepada produk halal dan juga sangat pemurah kerana ada saja gula-gula dan sebagainya untuk kanak-kanak.

Jom tengok gambar!

Alamat kedai:
Forest Lakes Fresh
Forest Lakes Forum
Forest Lakes Drive
THORNLIE WA 6108  

Luncheon Meat sesuai untuk sandwic

Sardin dari Malaysia, yang menariknya ada jenama Rex

Rempah ratus

Mi segera dari pelbagai negara

Buah-buahan segar

Minyak masak, mamee, puding, minuman dalam tin/kotak

Strawberi dan nectarines

Dua jenis anggur

Tetiba dapat ni percuma.. murah rezeki :)

Mangga

Suka betul dengan nectarines ni

Mi kering dan bihun

Aneka pes dan produk daging dalam tin lagi

Menarik

Pemiliknya yang peramah


Masa nak membayar sempat lagi bagi barang percuma kpd pelanggan setia :)