Apa yang paling saya suka tentang barang terpakai di sini ialah mudahnya mendapat/membeli barang yang rata-ratanya sangat elok. Selain dari
Sunday Market/Rotary Market, barang terpakai boleh didapati dari
garage sale, Op Shop (kedai barang terpakai seperti
Salvos, Good Sammy dan lain2), dari tepi jalan (juga dipanggil
verge collection iaitu semasa pembuangan barangan perabot dan barang elektrik yang tidak diperlukan lagi) dan juga melalui iklan di internet.
Barang yang dibuang di tepi jalan atau dihalaman rumah berhampiran jalan boleh diambil secara percuma sahaja. Walaupun biasanya kadangkala seperti agak lusuh atau berkarat, jika anda bernasib baik masih boleh dapatkan yang elok dan masih berfungsi. Contohnya basikal, barang elektrik seperti kipas angin dan
heater serta perabot. Seronok bukan?
Perabot ikea di bawah saya beli melalui internet. Harganya adalah sangat murah berbanding yang baru dan hampir tiada kesan telah digunakan. Saya berkenan dengan
side table macam di bawah ni, rasanya macam pernah tengok.. rupanya memang ada di
HOMESTAY di Busselton.
|
Cantik kan? Baru dapat satu, kena cari lagi satu baru lengkap sepasang :) |
|
Ikea Hemnes bedside table |
|
Lacinya bersih dan nampak baru cuma ada kesan watermark sedikit atau mungkin kesan tapak lampu di permukaan meja |
|
Stornas buffet.. ni gambar hiasan, buffet yang sy beli dah kena isi barang. Mmg nampak baru macam ni :) |