Tuesday, April 29, 2014

Red Velvet Cake

Pertama kali buat kek Red Velvet.. sebelum ni saya buat dalam bentuk cupcake aje..rasanya tak banyak beza kecuali masak dalam cake pan dan gunakan 2 jenis cheese untuk frosting. Kena buat kek yang special lah untuk besday orang tersayang :)

Tapi kek buat sendiri ni biasalah kan, comot-comot aje bolehlah setakat nak makan sendiri. Lagipun bab hias-hias ni saya memang tak pandai dan terpaksa minta tolong grand masterchef hias sendiri :p. Dari segi rasa mm memang sedaplah sebab ikut resepi.. Resepi saya ambil dari JoyofBaking. 
Pertama kali beli mascarpone cheese.. ada logo halal pulak tu

Potong untuk buat lapisan. Patutnya ada 4 lapisan tapi saya buat 3 je

Sapukan  frosting

Cuma sapu frosting di bahagian atas sebab takut muak bila terlalu banyak cheese

Sepotong kek

Oklah kan, comot-comot pun.. :p





Red Velvet Cake:

2 1/2 cups (250 grams) sifted cake flour

1/2 teaspoon salt

2 tablespoons (15 grams) regular or Dutch-processed cocoa powder

1/2 cup (113 grams) unsalted butter, at room temperature

1 1/2 cups (300 grams) granulated white sugar

2 large eggs

1 teaspoon pure vanilla extract

1 cup (240 ml) buttermilk

2 tablespoons liquid red food coloring

1 teaspoon white distilled vinegar

1 teaspoon baking soda

Cream Cheese Frosting:

1 - 8 ounce (227 grams) cream cheese, room temperature

1 - 8 ounce (227 grams) tub of Mascarpone cheese, room temperature

1 teaspoon pure vanilla extract

1 cup (115 grams) confectioners' (icing or powdered) sugar, sifted

1 1/2 (360 ml) cups cold heavy whipping cream (double cream) (35-40% butterfat)


Red Velvet Cake: Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C) and place rack in center of oven. Butter two - 9 inch (23 cm) round cake pans and line the bottoms of the pans with parchment paper. Set aside.

In a mixing bowl sift together the flour, salt, and cocoa powder. Set aside.

In bowl of your electric mixer, or with a hand mixer, beat the butter until soft (about 1-2 minutes). Add the sugar and beat until light and fluffy (about 2-3 minutes). Add the eggs, one at a time, beating well after each addition. Scrape down the sides of the bowl. Add the vanilla extract and beat until combined.

In a measuring cup whisk the buttermilk with the red food coloring. With the mixer on low speed, alternately add the flour mixture and buttermilk to the butter mixture, in three additions, beginning and ending with the flour.

In a small cup combine the vinegar and baking soda. Allow the mixture to fizz and then quickly fold into the cake batter. 

Working quickly, divide the batter evenly between the two prepared pans and smooth the tops with an offset spatula or the back of a spoon. Bake in the preheated oven for approximately 25 - 30 minutes, or until a toothpick inserted in the center of the cakes comes out clean. Cool the cakes in their pans on a wire rack for 10 minutes. Place a wire rack on top of the cake pan and invert, lifting off the pan. Once the cakes have completely cooled, wrap in plastic and place the cake layers in the refrigerator for at least an hour (or overnight). (This is done to make filling and frosting the cakes easier.)

Cream Cheese Frosting: In the bowl of your electric mixer, or with a hand mixer, beat the cream cheese and mascarpone cheese until smooth. Add the vanilla and confectioners sugar and beat until smooth. Using the whisk attachment, gradually add the heavy cream* (See Note) and whip until the frosting is thick enough to spread. Add more sugar or cream as needed to get the right consistency.

Assemble: With a serrated knife, cut each cake layer in half, horizontally. You will now have four cake layers. Place one of the cake layers, top of the cake facing down, onto your serving platter. Spread the cake layer with a layer of frosting.  Place another layer of cake on top of the frosting and continue to frost and stack the cake layers. Frost the top and sides of the cake. Can garnish the cake with sweetened or unsweetened coconut.

Serves 10 - 12 people.

Note: You must use a brand of heavy cream that whips very easily to stiff peaks. If you are using a brand of heavy cream that does not whip easily to stiff peaks then whip the heavy cream separately to stiff peaks and then fold it into the cream cheese mixture.


Monday, April 28, 2014

Satay.. satay...

Memandangkan tak kenyang makan satay kat kedai haritu, terpaksalah buat sendiri. Lagipun kos beli bahan mentah tak mahal mana dan boleh makan sampai kenyang.. Senang-senang je boleh makan satay untuk dinner sampai lunch esoknya pun tak habis-habis. Maunya tak habis bila buat saiz besar-besar makan dua cucuk pun dah kenyang :p

Kalau sesiapa yang teringin satay lepas ni pegi cari satay ok? Kat tempat kita memang mewah dengan makanan, kat pasar malam pun senang cari.. tak macam kat sini ;)

p/s: Tetiba teringat satay station dengan mi rebus yang sedap tu, satay kajang hj samuri dan satay kat simpang 4 depan menara celcom tu ;)
Jom bakar satay

Kambing bakar pun ada ni :)

Satay ayam lengkap dengan ketupat nasi, timun dan kuah kacang segera

Satay daging dan ayam

Sunday, April 27, 2014

Easy Chicken Burger

Selama ni kalau nak makan burger mesti kena beli daging burger dulu.. tapi bila makan burger di Mochachos baru terfikir: kalau letak chicken fillet atau potongan ayam pun ok aje kan.. cuma mungkin masa makan tu berterabur sikit lah ayam tu kan.. comot jadinya. hehehe..tak kisahlah setakat nak makan sendiri. Yang penting mudah, sedap dan kenyang.

Selain dari roti boleh juga balut macam kebab tu.. hmm bukan idea baru pun, tapi kalau mati kutu nak masak apa bila buat macam ni pun ok sangat.. semua orang suka :)
Kepingan dada ayam diperap dengan sos nando's dan bakar dalam magic pan

Beli roti dan salad dalam paket

Susun aje sesedap rasa.. jangan lupa sapu butter pada roti dan bakar sekejap atas pan

Tangkupkan dia... tadaaa..

Lupa lak letak sos cili dan mayonis. Sos ikut kegemaran masing-masing ;)

Tuesday, April 22, 2014

Time-Out

Kymba's selfie.. kymba tengah lepak-lepak sambil dengar lagu :)

Oh ya memandangkan ramai yang bertanya tentang stok bahan makanan di sini, selepas ini saya akan buat entry yang khusus terutamanya jenis makanan yang boleh didapati di pasaraya biasa di sini seperti Coles, Woolies dan IGA. Salah satu soalan popular yang sering ditanya ialah: senang ke nak dapatkan beras di sini? Jawapannya senang sangat kerana semua pasaraya dan kedai runcit menjual beras. Orang-orang di sini kuat makan nasi juga ya, tambahan pula ramai orang dari Asia tinggal di sini.

Jika ada lain-lain pertanyaan, tinggalkan komen dibawah dan saya akan masukkan info/jawapan dalam entry tersebut nanti.

Kymba nak dengar lagu kejap



Thursday, April 17, 2014

Long holiday

Hujung minggu ini adalah cuti panjang bermula hari Jumaat sehinggalah ke hari Isnin atau Selasa. Jumaat ni adalah sambutan Good Friday. Sabtu hingga Selasa ialah Easter. Hari ni tengok ramai orang berpusu-pusu ke pasaraya untuk membeli-belah sebab Jumaat pasaraya tutup. Kita pun kalut juga, tengok orang memborong coklat dan sebagainya. Sempat lagi meminjam dvd movie dekat kiosk supaya anak-anak tak keboringan melepak kat rumah.

Selepas easter hari selasa, ada 2 hari bekerja iaitu Rabu dan Khamis. Walaupun begitu, ada juga yang telah mula bekerja pada hari Selasa lagi. Hari Jumaat depan cuti umum Anzac Day pula. Kalau kat tempat kita dah tentu amik cuti 2 hari dapat 10 hari. Wow! Apapun biarlah diorang dengan sambutan perayaan diorang kan.. tapi kita yang tengok coklat ni meleleh air liur juga. Jadi rembatlah seketul dua untuk di nyam nyam..

Oh ya dah mood cuti ni mungkin tak sempat update blog nanti. Sibuk nak habiskan arnab-arnab ni bukannya senang.. hmmm dan mungkin ada plan nak jalan-jalan juga untuk menenangkan fikiran he he..
Arnab emas

Dah kenyang makan tergolek macam Kymba..
Cat scratching post yang tumbang angkara kymba gendut :p


Wednesday, April 16, 2014

Satay on Charcoal @ E-Shed, Fremantle

Ada gerai satay baru dibuka di E-shed rupanya iaitu Satay on Charcoal.. Jom terjah! Hmm sedap juga bila dah cuba, tambahan pula perut dah lapar kan..

Lepas makan dan dah kenyang jangan lupa singgah pula beli ole-ole di kedai Megabes :)

Alamatnya:
FC42 E Shed Market, Peter Hughes Drive, Fremantle, Western Australia 6160
Facebook: SatayOnCharcoal

Lama tak makan satay.. haa apa lagi

Menu yang ada selain satay

Lauk untuk nasi lemak dan juga kuih

Macam biasa kena tunggulah sekejap diorang bakar satay

Harga

Minuman

Menu mi

Menu aneka nasi

Appetizer

Teh ais

Satay daging

Satay ayam

Nasi goreng kampung

Tuesday, April 15, 2014

Breakfast on weekend

Sesekali hujung minggu seronok juga dapat bersarapan di luar. Tapi tak banyak pilihan yang ada di sini, dah tu kedai roti canai pun buka jam 10.00 pagi. Kalau hari Sabtu, sementara tunggu kedai buka singgah pasar tani dulu lah.

Hari Ahad pula sarapan di rumah dulu kemudian terus ke Sunday Market. Lepas tu tetiba ada yang teringin minum kopi dan sarapan sekali lagi dengan waffles.. Layan ajelah selera anak-anak musim cuti sekolah ni :)

Beli roti pisang pulak kali ni
Kat sini kalau kat kafe memang ada disediakan roti pisang ni. Menarik sekali


Beli strawberi segar dari pasar tani

Bakar roti sekejap dan sapu dengan mentega.. hmm sedapnya


Layan anak-anak teringin makan waffles

Cappucino sorang secawan untuk abah dan mama :)



Monday, April 14, 2014

Cuti sekolah dah bermula...

Cuti sekolah sudah bermula dan sekolah akan dibuka pada hari Rabu, 30 April. Menarik sekali bila sekolah dibuka pertengahan minggu. Biasanya guru-guru akan bekerja sehari lebih awal sebagai persediaan sekolah,

Gambar di bawah ialah salah satu aktiviti sekolah. Hari terakhir sekolah pada hari Jumaat lepas merupakan hari Crazy hair/hat day. Pelajar dibenarkan ke sekolah dengan fesyen rambut atau topi yang pelbagai  gaya serta digalakkan memberi gold coin donation ($1 atau $2) pada hari tersebut untuk tabung sekolah. Macam-macam cara kutipan tabung sekolah dibuat di sini kan?

Kemudian gambar-gambar loom bands, demam atau kegilaan yang sedang melanda di sini, dengarnya di Malaysia pun macam ni ya? Ada pelajar sekolah yang menjual hasil kerja masing-masing dengan harga serendah 40 sen mengikut design.

Akhir sekali ialah contoh hasil seni. Suka sekali tengok aktiviti seni di sini. Sangat unik dan fun!
Terjumpa topi wizard aje boleh laa

Siap tambah janggut palsu lagi he he

Batman dengan design loom bands

Satu lagi design

Yang ni macam lain pulak

Ingat hobi budak perempuan aje rupanya budak lelaki pun minat

Hasil seni..Cikgu amik gambar sambil suruh buat muka terkejut

Kemudian tampal kat lukisan.. hahaha memang kelakar :D

Sunday, April 13, 2014

RV Cupcake in a Jar

Agak lama juga terpesona tengok kek dalam balang @ jar ni.. tambah-tambah kek rainbow yang nampak berlapis-lapis kan. Kemudian ternampak kek RV pula dalam jar, terus rasa terpanggil-panggil nak buat. Bila nampak bekas bentuk tulip, sebijik macam dalam gambar tu dijual di sini haa apa lagi .. macam pucuk dicita ulam mendatang terus dapatkan balang dan buat kek ni. Kemudian barulah dapat tidur dengan lena hehehe..

Rancangan asal nak bagi cupcake RV untuk dijual disekolah semasa hari mengundi. Tapi tak jadi sebab orang-orang kat rumah ni memang peminat kek RV nombor satu. Akhirnya habis dimakan ahli keluarga sendiri aje la.. :)

Resepi RV cupcake saya rujuk dari JoyofBaking. Saya buat adunan 2 kali ganda untuk menghasilkan 24 cupcakes. Idea RV cupcakes in a jar pula saya dapat dari MyBakingAddiction.

Red Velvet Cupcakes:

1 1/4 cups (125 grams) sifted cake flour

1/4 teaspoon baking powder

1/4 teaspoon salt

1 tablespoons (10 grams) regular or Dutch-processed cocoa powder

1/4 cup (57 grams) unsalted butter, at room temperature

3/4 cups (150 grams) granulated white sugar

1 large egg

1/2 teaspoon pure vanilla extract

1/2 cup (120 ml) buttermilk

1 tablespoon liquid red food coloring

1/2 teaspoon white distilled vinegar

1/2 teaspoon baking soda




Cream Cheese Frosting:

8 ounces (227 grams) cream cheese, room temperature

1/2 teaspoon pure vanilla extract

1/2 cup (60 grams) confectioners' (icing or powdered) sugar, sifted

2/3 cup (160 ml) cold heavy whipping cream (double cream) (35-40% butterfat)


Red Velvet Cupcakes:
Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C) and line 12 muffin tins with paper cupcake liners.

In a large bowl sift together the flour, baking powder, salt, and cocoa powder.

In the bowl of your electric mixer, or with a hand mixer, beat the butter until soft (about 1-2 minutes). Add the sugar and beat until light and fluffy (about 2-3 minutes). Add the egg and beat until incorporated. Scrape down the sides of the bowl. Add the vanilla extract and beat until combined.

In a measuring cup whisk the buttermilk with the red food coloring. With the mixer on low speed, alternately add the flour mixture and buttermilk to the butter mixture, in three additions, beginning and ending with the flour.

In a small cup combine the vinegar and baking soda. Allow the mixture to fizz and then quickly fold into the cake batter.

Working quickly, divide the batter evenly among the 12  muffin cups and smooth the tops with an offset spatula or the back of a spoon. Bake in the preheated oven for approximately 18 - 23 minutes, or until a toothpick inserted in the center of the cupcakes comes out clean.

Cool the cakes in their pans on a wire rack for 10 minutes and them remove from pan. Let cool completely before frosting. Either spread the frosting with a knife or offset spatula, or use a large 1M Wilton open star decorating tip to pipe the frosting.

Cream Cheese Frosting: In the bowl of your electric mixer, or with a hand mixer, beat the cream cheese until smooth. Add the vanilla and confectioners sugar and beat until smooth. Using the whisk attachment, gradually add the heavy cream* (See Note) and whip until the frosting is thick enough to pipe. Add more sugar or cream as needed to get the right consistency.

Makes 12 cupcakes.

Note: You must use a brand of heavy cream that whips very easily to stiff peaks. If you are using a brand of heavy cream that does not whip easily to stiff peaks then whip the heavy cream separately to stiff peaks and then fold it into the cream cheese mixture.


Saya buat buttermilk sendiri dengan mencampurkan 1 sudu besar jus lemon dengan 1 cawan susu dan dibiarkan selama 5-10 minit.

Balang Weck berbentuk tulip buatan Jerman yang sesuai untuk jem dan sebagainya

Cupcake RV

Kek RV yang dipotong dan dimasukkan dalam bekas, diselang seli dengan lapisan cream cheese :)

Warna merahnya tak berapa menyerlah kerana saya letak sedikit saja pewarna

Tabur dengan gula sprinkles bentuk love

Ros merah penyeri meja makan

Hidangan untuk tetamu yang bertandang iaitu laksa perth :)