Thursday, May 29, 2014

Autumn Fruits

Jom tengok buah-buahan yang senang didapati sekarang... lewat musim luruh ni ada banyak buah limau mandarin dan pisang kaki (persimmon). Pisang kaki biasanya senang beli di kedai oriental ataupun IGA. Tak nampak pula kat Coles atau Woolies. Tak lupa juga buah berangan (chestnut). Oh ya..Sekarang musim yang sesuai untuk melawat ladang pisang kaki kerana daun-daun pokok sudah bertukar warna menjadi oren.

Cashier kat kedai oriental bagi petua untuk masak buah berangan: masukkan buah berangan dalam bekas tahan microwave, tambah sedikit air, masukkan ke dalam microwave dan set selama setengah jam.

Limau mandarin siap dengan daun sekali
Buah berangan besar-besar

Pisang kaki second grade

Masih elok cuma ada blemish pada kulit

































Daun mula bertukar warna masa kami ke sini kira-kira 2 minggu lepas

Mungkin sekarang semua dah bertukar warna


Jadi warna oren macam ni

Sama warna dengan buah

Erra Fazira pun pernah datang ke sini rupanya ;)

Tuesday, May 27, 2014

Rustic French Living

Jom jalan-jalan ke France!

Acah aje, cuma jalan-jalan ke kedai barang-barang dari France. Kebanyakan barangan di sini adalah barangan terpakai yang dibeli dari pasar barangan terpakai di sana. Pemilik kedai sendiri yang pergi mencari dan membawa balik produk hiasan rumah untuk dijual di sini. Sesuai sangat dengan namanya Rustic French Living.

Kedai ini terletak di sebuah pekan kecil di Boyanup, kira-kira 2 jam perjalanan dari bandar Perth. Kami sengaja melencong ke sini dalam perjalanan pulang dari Busselton tempohari kerana sangat tertarik dengan barangan di sini.
Kedai terletak di tengah-tengah pekan Boyanup

Geram tengok barangan dipamerkan di meja ini

Suka semuanya

Jom tengok lebih dekat

Robe, cadar dan quilt

Kusyen cantik-cantik

Bakul dan sebagainya

Table linens

Embroidered monogram linens yang klasik dan elegan

Jaket yang sangat cantik

Pokok zaitun sebagai hiasan

Bila ambil gambar baru nampak lebih jelas

Mug dan teko

Menawan kalbu

Buku berkenaan Paris dan sebagainya

Kalau boleh nak duduk sini lama-lama dan belek satu-satu

Beli yang ni aje, tengok siap balut dengan cantik. Terasa hati berbunga-bunga :)

Kusyen yang cantik walaupun made in china tapi susah nak jumpa

Serta sehelai napkin beserta 2 bilah pisau ikan (fish knives)

Napkin ini usianya lebih dari 100 tahun!

Gambar pada fabrik kusyen

Suka sangat

Monogram.. macam huruf H? atau adakah ini SP?

:)

Monday, May 26, 2014

Satay on Charcoal @ South Perth

Satay on Charcoal kini sudah dibuka di South Perth - mengambil alih tapak perniagaan yang asalnya adalah Tina's Kitchen. Rindulah nanti pada mi rebus Tina's Kitchen tapi terubat pula dengan makan satay.. Haa apa lagi, jom terjah ke sini pulak. Memang sedap satay kat sini, menepati selera kami sekeluarga..kuah kacangnya pun sedap!

Jika Satay on Charcoal di E-Shed Fremantle dibuka selama tiga hari seminggu dari hari Jumaat hingga Ahad, cawangannya di South Perth pula dibuka setiap hari mulai 5.00 petang sehingga lewat malam.

Alamat:
Shop 16, 6 Mends St South Perth
Facebook: SatayOnCharcoal


Kedai yang telah diubahsuai

Team Satay on Charcoal
Lauk untuk nasi lemak serta kuih



Teh O untuk adik yang tak lekang dengan helmet
Nasi goreng kampung
Sedap minum teh tarik musim sejuk macam ni, nyaman sekali :)

Lamb satay
Nasi lemak biasa. Boleh tambah lauk
Chicken satay untuk saya. Yummm!




Sunday, May 25, 2014

School camp

Minggu lepas kelas anak saya dari Year 7 dan kelas Year 6 telah mengikuti program kem sekolah di Bridgetown yang terletak kira-kira 3 jam perjalanan dari sini. Rombongan bertolak hari Isnin dan kembali ke sekolah pada hari Jumaat.

Pertama kali hantar anak ke kem macam ni, nasib baik 5 hari aje. Risau juga apa lah yang dia makan dan sebagainya, boleh ke berjauhan dengan keluarga? Tengok-tengok balik seronok aje dia. Maunya tak seronok, ada aktiviti seperti berbasikal dan kayak. Bab makan pun tak susah, siap makan lamb chop lagi dan buah-buahan, padahal dia ni memang cerewet bab makan ni. Oh ya, sebelum pergi memang dah minta pihak sekolah sediakan makanan halal. Saya bagi juga kamera untuk dia rakam gambar sepanjang berada di sana.



Bersama kawan-kawan sebelum memulakan perjalanan
Salah seorang kawan baiknya
Ni waktu dah pulang dari sana. Penat tapi ceria

Sempat singgah Apple Fun Park di Donnybrook

Dorm dan katil yang disediakan. Diorang duduk berempat.. memang kawan baik

Buku program yang comel

Melawat ladang agaknya

Siap naik belakang kenderaan ute. Eh eh gambar budak perempuan pulak yer :p

Ambik gambar lembu pun dari jauh :p

Suasana di sekitar kem agaknya

Berkumpul keliling unggun api sambil bakar marshmallow?

Santai aje

Ni kawan baiknya

Melawat ke Lucieville. Boleh tengok website kat SINI.

Peminat jentera ni je la kejenye

Papan tanda pun dia ambil gambar. Baguss

Ladang lembu dan kambing

Dua orang kawannya

Sempat lagi singgah Bunbury