Tuesday, August 26, 2014

Book Week 2014 dan morning tea untuk cikgu

Minggu lepas telah berlangsungnya acara tahunan Book Week yang ditunggu-tunggu oleh pelajar sekolah. Pada minggu tersebut banyak aktiviti dijalankan contohnya melawat ke perpustakaan berdekatan dan bertemu dengan penulis buku, Open Night sekolah dimana ibu bapa dapat memilih buku untuk disumbangkan ke perpustakaan sekolah dan kemuncaknya pada hari Jumaat pelajar berpeluang memakai pakaian mengikut watak kegemaran dari buku. Adik dah jemu pakai baju batman katanya, terpaksalah cari pakaian yang baru. Tahun ni jadi superman pulak.

Kami juga menyediakan morning tea sempena raya kepada guru-guru dan kakitangan sekolah. Cuma dapat buat RV cupcake dan beli party pie aje. Pening juga nak fikirkan menu, kalau buat menu makanan kita, takut terlalu berat, lagipun dah namanya morning tea dan dah tentu perlukan menu yang tidak begitu berat dan senang dimakan seperti finger food..

Jom tengok gambar..
The new superman
Superman pun pergi sekolah :)
Perhimpunan sekolah.. 

Tak sempat tengok fashion parade sebab diadakan lewat sikit haritu




Frozen party pie cuma perlu panaskan dalam microwave

RV Cupcake.. hantar hampir 60 biji ke sekolah

Oklah kan?

Alhamdulillah diorang semua suka :)

Sunday, August 24, 2014

Notis penutupan dari SARA THAI

Maklumat kepada pelanggan Sara Thai di Waterford Plaza tentang penutupannya. Maaf silau sikit ya sebab tengok notis ni pun masa nak ke situ, tengok-tengok dah tutup.

Thursday, August 21, 2014

Pemenang GA Review Majalah Laman Impiana

Maaf atas kelewatan mengumumkan pemenang GA Review Majalah Laman Impiana. Disebabkan kelewatan dan juga hanya 4 orang yang mengambil bahagian, saya telah mengambil keputusan untuk memberikan hadiah kepada semua peserta. :)

Setiap peserta akan mendapat 1 unit shopping bag edisi terhad seperti di bawah. Boleh gunakan beg ini untuk membeli belah dengan bergaya disamping mengurangkan penggunaan beg plastik. :)

Kepada nama di bawah, harap anda dapat hubungi saya untuk memberikan nama dan alamat untuk penghantaran.

1. Normi Nieza (normi80my@yahoo.com)
2. Sarah (sitisarah_abdulwahab@yahoo.com)
3. Ina Hashim (hezlinahashim@yahoo.com)
4. Fadzillah (fadzillahminai@gmail.com)
Shopping bag yang sangat cun.. boleh belibelah dengan bergaya

Alamak gambar terbalik pulak

Edisi terhad untuk Daffodil Day iaitu sumbangan untuk Cancer Council

Wednesday, August 20, 2014

ISU KEDAI MAKAN HALAL DAN HARAM

Terima kasih atas maklumbalas yang diterima melalui shoutbox tentang isu restoran dan makanan halal/haram ni. Saya sangat hargai maklumat yang diberikan. Dalam masa yang sama saya menjemput tuan@puan supaya silalah memperkenalkan diri dan memberitahu saya apakah nama kedai yang dimaksudkan yang telah menyalahgunakan sijil halal itu supaya dapat dikongsikan dengan moslem di Perth ini dan supaya kita tidak berasa was-was untuk makan di kedai yang memaparkan sijil halal.

Hajat saya cuma berkongsi info tentang tempat makan halal untuk kemudahan kita semua. Tetapi jika hal-hal di dapur terutama bab dari mana pembekal daging itu tidaklah saya tahu. Jika anda tahu, silalah berikan maklumat itu supaya saya dapat kongsi bersama orang lain melalui email.

Alamat email ialah saya: pandorra_75@yahoo.com

Sekian, terima kasih.




Sunday, August 17, 2014

Royal Malaysian Cuisine - Fremantle

Pengumuman: Pemenang GA saya akan umumkan lewat sikit ya.. kena minta bantuan juri berkecuali untuk memilih pemenang. :)

Jom tengok kedai makan yang baru dibuka pada bulan Jun yang lepas di Fremantle ni iaitu Royal Malaysian Cuisine.. Kebetulan lalu di kawasan ni baru ternampak restoran ni, nampak sangat dah lama tak ke Fremantle. :p

Sekali tengok ingatkan cawangan Malaysia Dining Delight sebab ada gambar beca. Rupanya ini kedai berbeza walaupun menunya hampir sama. Sedap sekali makanan di sini, pekerjanya juga adalah terdiri dari amoi-amoi yang cantik dan peramah (amoi suruh tulis amoi cantik he he he). Sebelum makanan tiba, dapat hidangan keropok.. lepas tu ada sambal belacan lagi. Memang bestlah!

Alamat kedai:
Royal Malaysian Cuisine
22/155 Canning Highway
East Fremantle
Perth WA 6158
Phone: (08) 9339 8337
email: royalmalaysiancuisine@hotmail.com
website: https://www.facebook.com/RoyalMalaysianCuisine/

Royal Malaysian Cuisine

Menu dan waktu perniagaan

Lupa amik gambar amoi dekat2 :)

Senarai menu dan harga

Waktu ke sini kedai baru dibuka untuk makan malam

Menu itik halal pun ada

Teh tarik

Teh ais

Satay ayam

Minuman dalam tin

Bekas nasi

Cantik betul.. rasa macam nak beli macam ni jugak

Pai tee yang sangat sedap

Milo dino

Seaweed soup

Ginger onion beef

Nasi lemak







http://www.halalbooklet.com/halaldirectories.html

Sijil Halal dan Direktori halal WAHA


Thursday, August 14, 2014

Sunday market lagi...

Jom tengok hasil ke Sunday market yang terkini.. kadang-kadang ni rezeki juga, ada kala pergi balik dengan tangan kosong sebab tak ada yang menarik, ada kala penjual jual dengan harga mahal, tapi kalau jumpa yang berkenan dengan harga berpatutan, haa apa lagi cepat-cepatlah bayar sebelum berputih mata :)
Bedside cabinet yang cantik

Abang dapat basikal skuter, adik dapat amplifier :)
Kymba jugak yang rasmi dulu

Isk isk buat katil kat sini pulak dia :p


Wednesday, August 13, 2014

D'Ankasa Malaysian Cuisine Restaurant

Pengumuman: Jom sertai Giveaway (GA) terbaru.. cepat sebelum terlambat. Klik gambar di ruang sebelah kanan (Laman Impiana) untuk maklumat lanjut.


Hujung minggu yang lalu kami ke Perth city. sambil jalan-jalan, ingat nak makan di Cafe Karache, tapi hari itu tutup pula. Insan's Cafe pun tutup. Kemudian teringat pernah baca review pasal Restoran D' Ankasa ini. Haa apa lagi terus menapak ke situ..

Rupanya restoran ni milik D'Nyonya Penang. Menunya pun sama tapi bila cuba, sedikit berbeza dari D'Nyonya Penang di Victoria Park. Memang sedap walaupun pedas.. dan tak rugi pesan minuman sejuk selepas tu :)

Alamatnya:
Shop 1, 564 Hay St Perth, WA 
D'Ankasa

Pernah datang sebelum ni, masa tu kedai tutup

Budak-budak sukalah tengok ada jual keropok udang :)

Menu makan tengahari

Karot susu yang sedap

Kari daging

Nasi goreng sambal belacan

Tomyam seafood

Ginger onion beef (daging masak halia)
Menu

Ruang makan yang selesa


Juga tempat duduk bangku panjang dengan kusyen :)

Tuesday, August 12, 2014

Genesis In The Hills vegetarian restaurant - Roleystone WA

Berhampiran dengan Araluen Botanic Park ada sebuah restoran vegetarian iaitu Genesis in the Hills. Restoran ini terletak di atas bukit serta bertentangan dengan The Garden Tearooms yang terletak di bawah bukit. Rasanya ini pertama kali kami ke restoran vegetarian. Sebelum ke sini saya ada bertanya tentang bahan-bahan yang digunakan. Walaupun namanya vegetarian, takut juga kalau ada kandungan alkohol kerana ada kedai vegetarian dekat dengan rumah saya yang menggunakan alkohol dalam masakannya.

Kami cuma mencuba kek dan kopi di sini.. Apa yang saya dapati kek dan minuman yang dijual disini adalah sangat bagus kerana tidak begitu manis.

Jom tengok gambar...
Pear and choc

Flourless choc cake

Suka betul tengok kek dipamerkan sebegini

Roti pun ada

Ruang makan di bahagian dalam

Cashier yang sangat peramah

Ada sudut jualan buku masakan

Lukisan yang dijual


Nombor meja yang begitu unik

Meja dengan bangku panjang dengan kusyen yang sangat selesa

Sofa di beranda.. seronok kalau duduk sini tapi tak tahan sejukk

Ruang makan di beranda berhampiran pintu masuk

Sofa untuk melepak sambil minum

Cantik kan?

Kopi ais

Flourless choc cake

Apple cake

White choc with raspberry

Iced choc

Cappucino

Pokok bunga ditanam dalam bekas yang digantung di railing

Santai

Kanak-kanak riang

Jomm

Tempat duduk di luar

Bunga

Cantik betul outdoor setting ni

Laluan ke restoran

Tea room di seberang jalan

Papan tanda restoran

Biasanya memang ada pameran dan jualan hasil seni

Sempat lagi tengok bunga yang tumbuh liar :)