Thursday, October 30, 2014

Noona the cat

Berehat sekejap dari citer pasal trip ke Perth tu.. jom layan gambar 'budak' manja ni pulak. :)
Noona lah siapa lagi
Ni lah 'anak' bomgsu kat rumah ni sekarang

Pandai aje posing nih

Pose istimewa dari Noona


Aksi manja la tu

Elelele

Oklah Noona ucapkan selamat berhari minggu :)

Tuesday, October 28, 2014

Trip to Perth - Part 4: Pasar Malam

Kebetulan sewaktu kami ke sini, ada juga pasar malam yang diadakan di Curtin Uni. Haa apa lagi, kalau dengar pasar malam mesti tak lepaskan peluang. Walaupun tak sebanyak pilihan makanan seperti di Malaysia, rasanya pasar malam di sini ada tarikannya yang tersendiri.

Jom kita tengok gambar...
Gerai nasi lauk ayam percik. Tengok pun terliur kan?

Ni salah seorang kenalan di sini

Sambil tu kita tengok pokok-pokok bunga 

Waktu ni musim bunga

Geram tengok bunga-bunga ni


Ni sorang lagi kawan yang biz kat sini :)


Tengok kuih cantik2 mcm nak beli serba satu

Abang dan adik. Adik happy dapat durian crepe ;)
Ada pentas persembahan juga kat sini. Tengok dari jauh je

Peta maklumat lokasi gerai di pasar malam

Salah satu sudut di sini

Jom tengok gerai lain pula

Gerai satay dan nasi lemak

Ada beberapa buah gerai satay di situ, sebab ramai peminat satay

Satay on Charcoal buka 5 gerai pada malam yang sama
Ni gerai cili padi catering.. adik nak satay kat gerai ni


Ramai yang menunggu tengok persembahan

Suasana santai aje kan

Macam ni lah orang kat luar negara melepak hihi

Best tak?

Senarai persembahan

Satu lagi pentas nyanyian di sudut lain
Ramly burger yang sedap dan besar!

Adik dah cukup happy dapat makan satay :)

Monday, October 27, 2014

FOR SALE: Fairy Floss Maker dan Bistro Electric Grill

Sesuai untuk kegunaan seisi keluarga atau jamuan :)

Fairy Floss Maker - RM120/unit (ada 2 unit sahaja)

  • Just add sugar
  • Includes sugar measuring spoon and fairy floss paper cones



Bodum Bistro Electric Grill (colour: black) - RM300 (Normal price RM477) 
Dengan dua jenis permukaan: permukaan rata untuk memasak telur, pancake dan sebagainya dan grooved side untuk menggril ikan, daging atau sayuran.

Cook meals straight from your table and enjoy a more communal dining experience! This electrical table grill by Bodum is a must-have appliance for those who enjoy hosting intimate dinner parties where guests can have a hand in cooking dinner - grilling their steak to just how they like it! With an even side that's suited to cooking bacon, eggs and pancakes and a grooved side for meat, fish and vegetables, this portable Bodum grill can substitute your stove with ease. Featuring non-stick coated aluminium and heat-resistant plastic handles, the grill features 6 temperature settings and includes a double-end spatula.

Stock clearance 1 set sahaja

Boleh tengok demo/video produk di bawah..


  • Jika berminat, sila email pandorra_75@yahoo.com
  • Self pickup di Setiawangsa


Sesuai untuk kegunaan seisi keluarga

Atau untuk jamuan hari lahir dan sebagainya

Mungkin juga sesuai sebagai hadiah :)

Maaf gambar kurang memuaskan


Sunday, October 26, 2014

Trip to Perth - Part 3: KYMBA

Entry khas tentang Kymba.. memandangkan ramai yang bertanya..

Kymba sebenarnya terpaksa ditinggalkan dengan keluarga yang baru. Walaupun bukan itu yang kami rancangkan kerana semua prosedur import dan eksport telah dipatuhi, Kymba tidak dapat pulang melainkan diuruskan oleh agen dengan kos yang tinggi. Apabila menggunakan agen, mereka akan melakukan semua prosedur ujian dan sebagainya sekali lagi sedangkan semua dokumen sudah lengkap. Tak tahulah apa alasannya, tapi agak mengecewakan bagi kami bila nampak macam agen tersebut cuba mengambil kesempatan. Jadi bila fikirkan mungkin ada hikmah di sebaliknya. Apapun kami doakan semoga Kymba bahagia dengan keluarga baru yang juga bukan asing bagi kami sekeluarga. Keluarga baru Kymba ni betul-betul sayangkan Kymba sampai buatkan kami terharu.

Jom kita melawat Kymba...

Rumah baru Kymba yang cantik








Ini Alice namanya, mula-mula taknak kawan dengan Kymba tapi sekarang dah boleh duduk sekali
Kymba tetap suka melepak atas sofa





Adik yang rindukan Kymba

Mama baru Kymba jamu minum kopi yang sedap
Juga lasagna yang lazat


Kymba didukung oleh abah, masih ingat abah lamanya
Suka tengok pokok ni. cantik pulak warnanya

Kymba suka bermain di laman belakang

Kadang-kadang suka berjemur tepi kolam




Pokok rosemary yang makteh saya tanam
Adik dan Kymba



Tetap sayangkan dia
Moga Kymba busyuk bahagia hendaknya