Pada kunjungan kami ke Perth baru-baru ini (terasa macam 'balik kampung' pulak).. dah tentu kena cari tempat penginapan. Kalau sebelum ni kami tinggal di motel, kali ini cuba cari tempat lain pula.
Semasa ke Busselton, kami menggunakan perkhidmatan
Stayz untuk mencari homestay. Kini saya cuba menggunakan
Airbnb pula.
Apa yang saya dapati beza antara keduanya ialah jika menggunakan
Stayz, pelanggan perlu membayar
bond untuk tujuan tempahan, dan membayar jumlah penuh sewaaan biasanya seminggu sebelum tempoh menginap. Bayaran
bond akan dipulangkan dalam tempoh 7-14 hari selepas
check out jika tiada kerosakan yang disebabkan kecuaian sewaktu anda menginap.
Manakala bagi
Airbnb anda perlu membayar jumlah sewaan sepenuhnya termasuk bayaran
admin kepada Airbnb semasa membuat tempahan.
Jika anda ingin menggunakan perkhidmatan Airbnb, anda perlu mendaftar sebagai pengguna dan menunjukkan bukti pengenalan diri seperti pasport dsb serta membina profil anda untuk disemak oleh tuan rumah. Jika tuan rumah bersetuju barulah dia akan menyewakan rumah tersebut kepada anda.
Jom tengok tempat kami berteduh selama beberapa hari.. maaf gambar ada yg tak tersusun :)
|
Kami menginap di apartment di tingkat 3 dan tiada lif.. jadi kena menapak naiklah.. takpe le eksesais hihi |
|
kerusi dan meja bersantai di balkoni yang mengadap jalan raya |
|
Adik bergambar dengan kereta sewa. Tempat letak kereta disediakan |
|
Bilik air yang lengkap dan bersih |
|
Bilik tidur utama |
|
Kelengkapan dapur yang lengkap.. hehe ayat mcm kelakar |
|
Suka minum kopi di sini |
|
Meja makan yang cantik dan terletak bersebelahan tingkap |
|
Tuan rumah sediakan biskut |
|
Jus, susu, air mineral, sos.. yang asas |
|
Panduan pelancong yang sangat lengkap dan informatif |
|
Bilik air dengan spa bath |
|
Dapur yang lengkap dengan oven, dishwasher bahkan mesin kopi |
|
Adik dari mana tu? Teka lahh |
|
Laundry area siap dengan mesin basuh dan dryer |
|
Ruang tamu dengan sofa L |
|
TV dan kemudahan wifi |
|
Inilah dia bilik tidur kedua yang terletak di loft, perlu naik menggunakan tangga yang ditarik turun mcm gmbar adik kat tangga tu |
|
Hiasan berkonsep pantai |
|
Gantungan di dinding |
|
Cantik kan? |
|
Bersih aje.. periuk sudip pinggan mangkuk semua disediakan |
|
Berhampiran dengan hentian bas pulak tu |
|
Sambil minum kopi, seronok jenguk kot luar tingkap |
|
Macam ni lah suasana di waktu malam di kawasan ni.. sangat indah :) |