Sunday, August 28, 2016

BUTCHER (KEDAI AYAM & DAGING) DAN KEDAI RUNCIT HALAL - BENTLEY HALAL BUTCHER

Kalau nak tahu, di suburb Bentley ada kedai daging dan barang runcit halal milik orang Melayu. 

Semasa di sana ini adalah antara kedai yang kerap kami kunjungi sebab memang dekat dengan rumah. Bila membeli di sini dah tentu senang sangat boleh cakap BM saja, kadang-kadang tu terlupa lah duduk negara orang sebab asyik-asyik jumpa orang Melayu, kan? 

Bagi sesiapa yang nak melancong ke sini dan terlupa nak bawa rempah dan lain-lain dari Malaysia jangan risau, kat sini macam-macam ada termasuklah mi segera, karipap frozen, rempah kari Adabi, Baba's.. semua ada!

Jom tengok gambar kalau tak percaya.. kalau tak percaya jugak, sila klik facebook Bentley Halal Butcher. :)

Alamat kedai:
Shop 4/11 Hillview Place, Bentley (tak jauh dari Curtin University)

Gambar kedai dan jaminan halal (kredit gambar dari fb Bentley Halal Butcher)

Terletak antara IGA dan pos ofis milik orang Sarawak :)







































Produk halal, kebanyakan dari Malaysia


Beras basmathi murah-murah saja di Perth ni..

Jelly halal

Sekarang banyak betul stok barang

Cukup rasa














































Produk sejukbeku (frozen)

Lasagna pun ada tauu

Okra atau bendi frozen

Banyak produk Steggles yang halal macam ni

Ikan mackerel

Pie pun adoo

Chicken wings satay :)

Lasagna lagi haaa


Sunday, August 21, 2016

IKHWAN CAFE, GERALDTON

Kalau jalan-jalan ke Geraldton WA, jangan risau kerana kat sini pun ada kedai makan halal.. Geraldton ni terletak di sebelah utara Perth, iaitu kira-kira 424km dari bandar Perth. 

Waktu musim bunga bolehlah jalan-jalan ke sini tengok wildflowers seperti everlasting yang cantik tu.. Maklumat lanjut Geraldton boleh layari di laman web Visit Geraldton.

Oh ya alamat kafe ini ialah: Shop 9, Penny Lane Arcade, 6530 Geraldton, Australia
Facebook: Ikhwan Cafe
Kredit gambar dari fb Ikhwan Cafe


Ikhwan Cafe

Tuesday Deals
Roti canai dll pun ada tauu..


Rasanya ni gambar bulan puasa waktu diorang buat buffet berbuka
Pilihan lauk

Nasi lemak

Macam-macam ada!

Roti telur ke roti cheese camtu la

Buffet

Menu

Goreng-goreng pun ado

SHARE AND WIN!

UPDATE:
Disebabkan berlaku kekeliruan, saya telah meringkaskan lagi step yang anda perlu buat. Cuma share kan gambar poster Meals4School di bawah. Mudah kan?

Tetapi anda masih perlu share di laman sosial anda. kalau tak nak laman sosial anda dipaparkan, boleh emailkan saya add laman sosial anda dan cuma komen dengan nama dan email add anda di bawah post ini.

Jom kita beri sokongan kepada program ini demi anak-anak bangsa. Hari ini kita tolong orang, mudah-mudahan nanti Allah akan tolong kita. :)

Terma dan syarat:

1) Penyertaaan dibuka kepada semua. Setiap seorang boleh menghantar lebih dari satu penyertaan, tetapi cuma boleh memenangi 1 hadiah sahaja (lebih penyertaan, lebih peluang).

2) Hadiahnya LIMA batang Pen Australia untuk LIMA ORANG pemenang bertuah. Gambar pen adalah seperti di atas.

3) Tarikh tamat SHARE AND WIN! ialah: tepat jam 12 tgh malam pada 16 September 2016. Pemenang akan diumumkan pada 17 September 2016.

4) Pemenang akan dipilih secara rawak melalui www.random.org. Pemenang yang berjaya akan dihubungi melalui email untuk mendapatkan alamat penghantaran. Sekiranya pemenang yang terpilih tidak menjawab email dalam masa tiga (3) hari, kemenangan adalah terbatal dan undian akan dibuat sekali lagi. 

APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN? MUDAH SAHAJA!

1) SHARE GAMBAR DI BAWAH INI DI FACEBOOK, BLOG,INSTAGRAM ATAU MANA2 LAMAN SOSIAL ANDA.


Nota: Anda boleh right click gambar di atas dan pilih save image as dsb.

2) KOMEN DI BAWAH INI DENGAN PENYERTAAN ANDA IAITU SERTAKAN NAMA, EMAIL ANDA DAN/ATAU ADDRESS URL/LINK KE FACEBOOK /INSTAGRAM/ BLOG ANDA. JIKA TIDAK MAHU KONGSIKAN ADD LAMAN SOSIAL ANDA, CUMA EMAILKAN ADDRESS TERSEBUT KEPADA SAYA DI pandorra_75[at]yahoo.com SUPAYA SAYA DAPAT SEMAK.

Mudah, kan? Cuma share dan komen penyertaan anda di post ini  :)  

p/s: Normi nanti tengok balik apa yg perlu buat, ok..

Thursday, August 18, 2016

Gambar tulip dan taman di Nannup sempena Nannup Flower and Garden Festival

Jom kita tengok gambar tulip dan sekitar Open Garden di Nannup. Selain pameran, jualan dan sebagainya, ada orang persendirian yang membuka kawasan taman rumah mereka untuk dikunjungi oleh pelawat.. Memang cantik betul landskap taman diorang, kan? 

Kredit gambar: Elliot Welsford 
Facebook: https://www.facebook.com/NannupFlowerandGardenFestival/














Monday, August 15, 2016

PENGANGKUTAN AWAM (PUBLIC TRANSPORTATION) DI PERTH

Sepanjang tempoh tinggal di Perth, rasanya boleh kira berapa kali kami menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam di Perth. Bukannya tak suka gunakan public transport, tapi disebabkan habit yang suka sangat berhenti banyak2 tempat, jadi payahlah nak atur naik bas. Sebenarnya seronok sangat naik bas @ tren ni :)

Tapi saya share juga di sini pengalaman dan sedikit sebanyak apa yang saya tahu. Pengangkutan awam di sini memang terbaik lah.. cekap dan boleh dipercayai. 


Di Perth, ada 2 jenis pengangkutan awam: yang berbayar dan yang percuma (CAT BUS). Semua pengangkutan awam ini adalah di bawah kendalian TRANSPERTH. Paling menarik bagi saya ialah pengguna boleh mengatur jadual perjalanan masing-masing di laman web TRANSPERTH iaitu http://www.transperth.wa.gov.au/. Tak payah pening kepala nak cari nombor bas, waktu perjalanan dan harga tiket. Anda cuma masukkan lokasi anda, destinasi dan pukul berapa anda nak bergerak.. haa semuanya akan dipaparkan untuk anda. Perkhidmatan berbayar Transperth ini meliputi pengangkutan melalui bas, tren dan juga feri. Selain itu jika ingin bergerak dengan keluarga, anda juga boleh menggunakan kemudahan family rider. Sila semak terma penggunaan di laman web Transperth. Kalau tak pasti, boleh aje tanya pemandu bas tersebut yang sangat peramah contohnya nak turun kat stesen mana dll. :) 


Perkhidmatan pengangkutan awam di sini juga sangat mesra keluarga untuk yang nak bawa stroller, untuk OKU, kemudahan kad konsesi untuk pelajar dan pesara serta pengguna boleh bawa naik basikal atas tren atau feri. Cuma tak boleh bawa basikal naik bas ya.. boleh rujuk SINI. Bagi OKU yang membawa assistance dog adalah dibenarkan dengan syarat membawa dokumen pengenalan/kebenaran

Manakala di kawasan bandar seperti Perth CBD dan Fremantle, ada bas percuma yang disediakan iaitu CAT BUS. Anda boleh semak jadual perjalanan CAT BUS yang dilabelkan sebagai yellow, red dan green. Untuk maklumat lanjut tentang CAT BUS, boleh klik di SINI.

Rancang perjalanan anda


Jadual bas di pondok menunggu
Pondok bas dibina membelakangkan cahaya matahari

Nombor bas yang lalu di kawasan ni




Bas Transperth

Feri

Tren
Jadual CAT Bus untuk Perth CBD
Ini lah CAT BUS. Ada gambar kucing kat badan bas

Laluan CAT Bus di Fremantle