Tuesday, May 10, 2011

A trip to the orchard


skrg adalah musim buah pisang kaki.. kalu tak silap sehingga hujung jun. kalau kat supermarket, sebiji buah ni dijual dalam $1 lebih. tp kalau beli kat ladang jauh lebih murah dan paling penting, dpt tengok sendiri buah fresh2 kat pokok :)


ladang ni terletak di Bedfordale, lebih kurang 30 minit perjalanan dari Perth. kawasan ni adalah kawasan berbukit dan merupakan kawasan pelancongan (daerah Armadale)


budak sorang tu nak pakai jubah, seluar jeans dan sweater.. katanya nak jd pak arab pulak. eksyen konon nak petik buah tp bukannya mkn punn


buah pisang kaki di dalam pagar



buah semua dah masak


close up



hmm bestnyaa







mcm ni la pokoknya


view kawasan ladang


cantiknya





ladang ni agak ke dalam sikit.. mcm p cameron highland pulak



geram tgk pokok bunga


lintas jambatan kecik.. ada itik2 berenang2. tp jaga2 ada electric fence tu


tak sempat close up itik sbb ada kereta nak lalu (laluan utk satu kenderaan sj, mcm nak pegi ladang teh boh tu)


ni alamat ladangnya.. no 408



hasil titik peluh.. ehehe tipu ja.. beli yg murah, second grade $12 utk 28 biji.


rasanya? sangat manisss.. lazatt... yg ni sebenarnya beli kat orchard pertama yg kami singgah iaitu waterwheel orchard. tp tak dpt amik gambar buah sbb diorg dah spray racun serangga kat situ..


masa kat 408, kami sempat juga beli buah berangan (chestnut) yg besar ni harga $15/kg.




Di Bedfordale ni ada 2 orchard yg sy biasa pergi. Saya akan set GPS ke Waterwheel Orchard dan sebelum sampai ke Waterwheel akan jumpa 408 dulu. 408 adalah Willow Spring Orchard (WSO).

Ni alamat kedua2 orchard:
Waterwheel Orchard
7 Waterwheel Road
Bedfordale 6112 WA


Willow Spring Orchard (WSO)
408 Albany Highway
Bedfordale 6112 WA



One day menu



paprik ayam.. jangan risau sini ada gak daun limau purut, sos tiram pun ader.. tp paprik ni blur lak gambar, mungkin sbb tangan ketar sikit tgh lapar kot.. dok sini asyik lapar je dan paling best ialah perut selalu berbunyi. so terpaksa lah makan kenyang2 atau kerap2 amik snek supaya perut tak keriut2.. mungkin sbb suhu sejuk sikit kot tambah waktu malam dalam 12 darjah


biasanya masak simple satu dua jenis saja termasuk sayur. mkn dengan nasi panas-panas dan jangan lupa buah-buahan.. buah2an belum tentu murah kat sini, kecuali kalau beli kat kebun tu lain cerita lah. tp buah paling mahal dalam bekas di atas ialah.. pisang.. sebiji pisang harga dalam $1.. fuhhh...


sini tak susah nak makan sup tulang.. tambah2 daun2 sup boleh petik sj dari garden.. hehehe fuhh lg freshh.. lepas ni best juga kalu nk tanam tomato.. hmm

Monday, May 9, 2011

Makaroni bakar


hari-hari makan nasik pun taktau nak masak lauk apa gak. abis2 daging dan ayam.. nak buat seafood pun kurang sikit mood tu sbb seafood fresh susah nak dpt. rasa rindu lak pegi pasar basah.. bkn rindu bau pasar, tp rindu pilih ikan, udang, sotong dan ketam..


so kali ni melayan selera mamat italian sorang ni yg suka makan pasta.. baked pasta dan juga spaghetti.. hmm tiba2 teringat burger pulak :D

Saturday, May 7, 2011

Mother's day celebration @ School


siap ada makanan lagi.. fuhh.. tp tak berani nak mkn, berani tgk je.. amik yg rasa2 confident je hehe

gambar blur pulak



bertuahnya anak layan camni .. @ Happy Feet Spa Room :) junior block kat sekolah yiyi buat special treat for mums.. beberapa kelas kat situ telah ditukar menjadi rainbow nail salon untuk 'nail treatment', happy feet spa, the hair salon dan the pretty pink cafe (yg ada foodies kat atas tu). yiyi sibuk nak ikat rambut mama tp jenuh nak explain yg mama mana boleh buka tudung pulak. cikgu yiyi faham je dan suruh yiyi massage me instead tp biasa la budak2 dah tgk budak2 lain sibuk dok tocangkan rambut mak diorg, siap spray dan hair clip dan mirrors lg, dia pun excited sgt la dah byk kali suruh duduk.. sorry son.. dok berbelah bagi pk ni mmg la takde org lelaki but kena lah jaga aurat kita sbg muslim. kalau senang2 buka tudung, nanti org kata buat apa pulak pakai tudung kalau senang2 leh buka. so utk melayan dia, telah pergi ke nail salon. mula2 dia sapu losyen ok la tengok2 dia insist nak apply nail color pulak.. haiya.. layan sekejap, tgk pun ada nail polish remover tp dia tak bagi buang pulak.. so bila balik terpaksa la cari cutex kat kedai nak buang kaler kuku yg bling2..sblm tu jenuh mama try buang dgn sabun la, petrol la semua tak jalan.. last2 mmg beli cutex. anak punya pasal.. takpe la.. first in my life pakai kaler kuku ni pasni takmo la.. teringat dulu2 pakai magic ink hehehe


proud son with his mother's day celebration card :)


gaya tu mesti ada


my eldest with his mother's day gift. an elegant paper handbag with a note in it


from yiyi with love


he's a fan of love. siap ada batu zamrud lg tu haha :)


my latest 'handbag' with a big love


and rainbow on the other side


with thoughtful notes.. my mother is a great chef and she looks like master chef? and she sounds like music? waahh don't think i sound like music bila membebel2 :p haa apa2 je la anak.. tp next time tulis she looks like a princess ke orait gak hahaha... can't wait to see until father's day celebration ;)

Thursday, May 5, 2011

Pizzas @ Turkish Kitchen, East Victoria Park

ingatkan sedih juga dah tak dpt mkn pizza dominos dan pizza hut yg sodap tu.. kat sini pun boleh pandang je la McD dan kfc..

tp skrg dah terubat rindu pada pizza.. jeng jeng jeng... dpt makan pizza yg paling sedap di turkish kitchen!




ni adalah maskot turkish kitchen.. haha jgn tunggu ada maskot camni dpn kedai br nak masuk.



posing sesedap tanpa memperdulikan sesiapa


pizza, kebab sume ada



yahhh.. pizza tak ada saiz kecik ke besar semua satu saiz harganya $14 sebijik



dengar mp3 dulu sementara tunggu pizza masak.. pizza bakar dlm dapur kayu tu..



tu tukang buat pizzanya.. nak tengok pun bole. p la jenguk haha




amacam hensem dak?




peace.. man!


pepperoni pizza



zoomm



chicken pizza



zoommm



pepperoni and chicken side by side..


Alamatnya ialah :


1019 Albany Hwy, East Victoria Park, 6101, Australia.

note : sebelah kedai ni ialah restoran Rasa Nyonya Penang. Sepanjang Albany Highway, East Vic Park ni byk kedai makanan halal.

satu lagi makluman, kedai ditutup setiap hari selasa ya... so jgn pegi sana hari selasa. nanti frust :p

Wednesday, May 4, 2011

Easter bunny and egg chocs


lepas abis je cuti easter kat sini, coklat dijual murah2 kat supermarket.. apa lagi pakat memborong sakan lah. satu kotak 15 pc ni dijual dgn harga $1. mula2 amik 3 kotak cukup la.. pastu tengok ada org amik satu carton.. mak aii.. ehh tp pk2 good idea gak buat stok coklat sementara masih murah ni.. haa amik satu carton la baru $12 ok la..bila beli mcm ni teringat kat anak2 sedara kat kg. isskkk kalu la boleh borong wat kenduri bg kat diorg ke org kg ke wahh.. mesti meriah..


ada sorang budak yg hantu coklat mkn coklat atas katil sambil tgk tv. amboi amboii


takleh lepas nak beli juga arnab ni.. smpai skrg lum mkn lagi sbb sayang.. tgkla sampai bila boleh bertahan.. (telinga tu nampak mengancam!)


koleksi untuk masuk dalam perut.. mkn sikit2.. takut sakit perut. pek easter hunt (choc made in china) tu satu pek 20 sen! boleh caya ke? rupanya pekerja supermarket silap label. bila hantu coklat try, dia tak suka pulak rasanya heee... taktau lah kenapa. cmn nak abiskan coklat tu ntah..


sini cadbury ada mcm2.. kat m'sia tak perasan pulak yg ni, ada ke? tp yg ni mmg selamat sbb hantu coklat tu tak minat yg ni.. jomlah siapa nak mkn coklat silalah dtg ke rumah ya.. :)