Thursday, May 19, 2011
Tuesday, May 17, 2011
Hadiah hari ibu
ada org nak buat rock cake utk hadiah hari ibu baru-baru ni.. bg chance la walaupun dah agak lepas tu mesti sepah2 hehe
kita sukat adunan dan bg instruction.. dia buat sampai part nak bakar
Sunday, May 15, 2011
Kegilaan diteruskan di sini...
Bandar Perth dan Harbour Town
Bandar Perth waktu puncak adalah sama macam KL agaknya sbb pagi2 nampak jalan jam aje menuju ke sana.. biasa lah kan, org pergi kerja. petang2 masing2 balik pun jam juga hehe.. so waktu yang paling mudah nak jalan ialah hari minggu..

kat sini kdg2 rasa cam jalan kat penang pun ada, disebabkan bangunan lama yg terdapat di sini.. tp sinilah paling byk bangunan tinggi2.. kalau kawasan perumahan, payah nak jumpa rumah sarang burung (flat/apartment/kondo). paling tinggi pun 3 tingkat kot..

bg yg memandu menggunakan GPS, harap bersedia dgn map kerana kdg2 isyarat GPS boleh hilang kat sini! (terlindung dgn bangunan gamaknya)

lokasi tumpuan adalah Harbour Town yg terletak di Wellington St.

Harbour Town ni tmpt popular jugak utk org bershopping dan melepak. bangunannya cuma 2 tingkat saja dan best kalau nak cari kasut dan pakaian.. dan paling best adalah adanya kedai Royal Doulton. kalau lapar, ada kedai kebab yang halal kat sini. Tq pd Pn Ila (kacipfatimah) kerana berkongsi maklumat.. hehehe

kat sini aktiviti mengambil gambar adalah terhad krn org di sini tak seperti org kita yg sgt peramah dan photo friendly. nak amik gambar pun tak berani takut org marah/tak suka. sebabnya, even kat sekolah kita kena nyatakan kalau kita benarkan gambar anak kita di amik di sekolah sbb ada parents yg tak mahu gambar anak mrk dirakam.. haa faham2 sendiri la.. budaya camtu :p

nota tambahan :
- untuk yg nak berkunjung ke sini, ada 2 kedai kebab yang halal kat harbour town. Ispa kebab dan satu lagi tak ingat namanya. dan untuk makluman harga makanan kat perth ni adalah agak mahal.
- surau yang selesa disediakan di harbour town management office
Tuesday, May 10, 2011
A trip to the orchard
skrg adalah musim buah pisang kaki.. kalu tak silap sehingga hujung jun. kalau kat supermarket, sebiji buah ni dijual dalam $1 lebih. tp kalau beli kat ladang jauh lebih murah dan paling penting, dpt tengok sendiri buah fresh2 kat pokok :)
ladang ni terletak di Bedfordale, lebih kurang 30 minit perjalanan dari Perth. kawasan ni adalah kawasan berbukit dan merupakan kawasan pelancongan (daerah Armadale)
budak sorang tu nak pakai jubah, seluar jeans dan sweater.. katanya nak jd pak arab pulak. eksyen konon nak petik buah tp bukannya mkn punn
buah pisang kaki di dalam pagar
buah semua dah masak
close up
hmm bestnyaa
mcm ni la pokoknya
view kawasan ladang
ladang ni agak ke dalam sikit.. mcm p cameron highland pulak
geram tgk pokok bunga
lintas jambatan kecik.. ada itik2 berenang2. tp jaga2 ada electric fence tu
tak sempat close up itik sbb ada kereta nak lalu (laluan utk satu kenderaan sj, mcm nak pegi ladang teh boh tu)
ni alamat ladangnya.. no 408
hasil titik peluh.. ehehe tipu ja.. beli yg murah, second grade $12 utk 28 biji.
rasanya? sangat manisss.. lazatt... yg ni sebenarnya beli kat orchard pertama yg kami singgah iaitu waterwheel orchard. tp tak dpt amik gambar buah sbb diorg dah spray racun serangga kat situ..
masa kat 408, kami sempat juga beli buah berangan (chestnut) yg besar ni harga $15/kg.
Di Bedfordale ni ada 2 orchard yg sy biasa pergi. Saya akan set GPS ke Waterwheel Orchard dan sebelum sampai ke Waterwheel akan jumpa 408 dulu. 408 adalah Willow Spring Orchard (WSO).
Ni alamat kedua2 orchard:
Waterwheel Orchard
7 Waterwheel Road
Bedfordale 6112 WA
Willow Spring Orchard (WSO)
408 Albany Highway
Bedfordale 6112 WA
One day menu
paprik ayam.. jangan risau sini ada gak daun limau purut, sos tiram pun ader.. tp paprik ni blur lak gambar, mungkin sbb tangan ketar sikit tgh lapar kot.. dok sini asyik lapar je dan paling best ialah perut selalu berbunyi. so terpaksa lah makan kenyang2 atau kerap2 amik snek supaya perut tak keriut2.. mungkin sbb suhu sejuk sikit kot tambah waktu malam dalam 12 darjah
biasanya masak simple satu dua jenis saja termasuk sayur. mkn dengan nasi panas-panas dan jangan lupa buah-buahan.. buah2an belum tentu murah kat sini, kecuali kalau beli kat kebun tu lain cerita lah. tp buah paling mahal dalam bekas di atas ialah.. pisang.. sebiji pisang harga dalam $1.. fuhhh...
Subscribe to:
Posts (Atom)