Thursday, July 21, 2011

Bihun singapore

DSCN3780 by umiyumi


Ni adalah bihun singapore, atau bihun putih.. taktau kenapa panggil bihun singapore. mungkin asal dari sana? kena tanya org singapore la kot agaknya :) kalau kat pasar malam area penang mmg ada gerai yang jual bihun ni.. mak sy pun suka gak buat bihun ni esp raya pertama. raya pertama jarang buat mkn berat mcm nasi sbb 'selera' tu masih belum ada. maklumla baru lepas puasa sebulan kan.. so kalau sedara mara dtg mmg diorg nak mkn bihun ni la. cuma sejak beberapa tahun lepas anak2 dah takeover menu dah so mak boleh relaks. so raya pertama skrg buat soto, laksa atau mi sup. raya kedua baru buat nasi tomato ke dll.. fuhh ckp pasal raya pulak.. iskk.. thn ni taktau lah masing2 nak masak apa, sbb dah jauh kan.. mm maybe kami buat soto kot...


DSCN3786 by umiyumi
dan ni adalah pasangannya.. cili jeruk.. atau kami panggil cabai cuka :)

Wednesday, July 20, 2011

Yummm

DSCN3751 by umiyumi


mixed berry cheese tart



DSCN3755 by umiyumi


have a slice!


DSCN3758 by umiyumi
dan ini adalah sebagai pengubat kerinduan pada ayam goreng kfc dan mcd yg crispy tu.. :)

Tuesday, July 19, 2011

Roses


Sila layan gambar bunga ros kaler kuning pulak :)


DSCN3722 by umiyumi

close-up

DSCN3719 by umiyumi

meriah sungguh pokok ni, walaupun kecik aje tapi banyak sekali bunganya


DSCN3720 by umiyumi

DSCN3676 by umiyumi


ini namanya pink chiffon

DSCN3733 by umiyumi

yg ni tak ingat lak nama apa
DSCN3736 by umiyumi

dan dua2 ni biasalah.. penjaga bunga hehe

Monday, July 18, 2011

Strawberry & coconut crumble

DSCN3703 by umiyumi




DSCN3713 by umiyumi




DSCN3718 by umiyumi



rupa tak secantik resepi asal sebab strawberi tu jd cair .. hmm maybe oven panas sgt kot. tapi kalau nak kira, rasanya dah memang cukup sedap - tambah2 kalau buah strawberi tu manis sikit. sepatutnya dimakan dengan aiskrim tp musim2 sejuk ni nak mkn aiskrim? ohh tidakk.. mm kalau mkn dgn whipped cream pun yummmyy..

Sunday, July 17, 2011

Pemenang GA kedua : pelawat ke 5000

50001 by umiyumi

Keputusan yang ditunggu2.. jeng jeng jeng...sehingga kini tiada yang tampil dengan bukti sebagai pelawat ke 5000. oleh itu, sebagai menepati janji, pelawat terhampir adalah layak memenangi GA ini..
pemenangnya ialah...zul dari launceston,australia
http://kebab2sedap.blogspot.com/

rasanya zul student malaysia kat tasmania kan?
takpe bg yg tak berjaya kali ni, tunggu GA seterusnya ok.. Insyaallah dengan hadiah yg lebih menarik ;)


tungguuuu...

Saturday, July 16, 2011

Ayam masak merah

DSCN3691 by umiyumi

menu baru-baru ni, iaitu ayam masak merah.. sangat sedap dimakan dengan nasi panas-panas.. fuhhh.. kenapa ni tetiba rindu pulak nak makan nasi kenduri. takde sape2 nak buat kenduri kawin kat sini kee?

sekarang musim buah kan? sampai ada yg demam2 tu makan durian banyak sangat. eee jelesssnyaa :p

Thursday, July 14, 2011

Lemon

jom kita tengok lemon puas2.. hehe
memandangkan sekarang kerap hujan, buah2 lemon ni membesar dengan jayanya.. lebih besar dari penumbuk tau, kecik sikit je dari limau bali saiz kecik tu dan lebat pulak tu.. sampai tak larat nak kutip dan berguguran.. nak buat acar tak sempat lagi.. sesiapa nak lemon boleh datang amik kat rumah. baru je potong dahan2 dan ada satu bakul lemon nak bagi free nih.

gambar2 ni diambil selepas hujan. lepas tu bosan sikit tgk gambar upload kat blogger mcm kecik je try post kat flickr dan letak kat sini. yg mana lebih bagus?


yg atas ni post direct dr blogger (picasa)

dan dua gambar ni dari flickr. nampak gaya lepas ni upload ke flickr lebih ok kot dan terus boleh update ke blogger.

Lemon1 by umiyumi