Tuesday, February 14, 2012

Khas buat tatapan peminat...

Lagi gambar pokok lemon... hehehe... dan pose2 istimewa dari kymba buat peminat kymba mmuahhsss














Sunday, February 12, 2012

Simple dan sedap

Dah lama tak makan ikan sedap2 tetiba jumpa ikan bawal ni hah apa lagi.. goreng pun sodapp.. pastu tabur bawang goreng banyak2.. makan pulak dengan sayur kangkung dan sambal belacan.. buat sup tulang pulak.. lepas tu ada baki sambal tumis yg buat nasi lemak hari sebelumnya, tambah petai jd lah sambal tumis petai hmm penuh jugak hidangan kat meja :)

kangkung goreng.. yumm yumm.. beli kangkung kat kedai dulu lah sementara tunggu kangkung kat kebun membesar.. :D

Thursday, February 9, 2012

Turkish Kebab & Pattiserie

Bersebelahan dengan chicken treat di Forest Lakes SC, ada kedai kebab ni.. menarik juga kan.. masa beli ayam kat chicken treat, boleh tapau gozleme untuk bawak balik. nyum nyum..













haa sambil tunggu gozleme siap, boleh la main alat muzik tu kan kan? kalau nak order kebab, burger dan pelbagai jenis turkish pide, borek, salad, sweets semua ada.. sila lah..
Alamat : 
Shop 37 Forest Lakes SC 
115 Murdoch Road Thornlie 
WA 6108 
phone : 9493 0707 
email: cafedefne@iinet.net.au 
website :http://cafedefne.com.au/

Wednesday, February 8, 2012

Jom Makan Makan : RESTAURANT IS NOW CLOSED

Harini minum kopi dengan kawan baru. Sebenarnya bukanlah kawan baru, dah hampir setahun pun kenal tapi jarang sembang lama2, cuma bertegur sapa bila berjumpa aje. sebelum ni bukan taknak bersembang tapi bila tengok masing2 bz seganlah nak mengganggu. seronok juga bila dpt kenal2 dan berkongsi suka duka.

ni pulak restoran yang kami pergi hujung bln lepas sebelum bermulanya sekolah. saja bawa budak2 jalan ke bandar dan makan kat kedai. kebetulan masa sampai, ada promosi buffet makan tengahari $13.90. Bila tengok lauknya nampak menarik so apa lagi.. hmm sedap juga makanannya atau mungkin disebabkan faktor perut yang lapar?.. tambah2 ada sambal tumis telur..eh mmg sedaplah sambal tumis tu. fuhh anak2 pun suka. cuma sayang sekali tak ramai pergi makan kat sini. mungkin sbb hari biasa dan orang bekerja? tak tahulah. sekali sekala eloklah menyokong biz rakyat kita kat sini kan.

 masuk kedai rasa mcm kat kg sendiri lah


lepas makan, balik tidur kekenyangan. Alhamdulillah...

Alamat kedai :
291 William Street, Northbridge, Perth, WA 6003 ·
Phone:  410652056 
Email:  makanmakanbistro@yahoo.com.au
fb: http://www.facebook.com/pages/Makan-Makan-Bistro/249515565100052

Tuesday, February 7, 2012

Jom main pondok-pondok

Siapa yang tak ada set minuman cawan plastik masa kecik2 dulu? mesti ada kan.. kurang2 beli kat pasar malam, boleh main pondok2 atau masak2 dengan kawan2.. kalau nak advanced lagi tuang air teh yg real dalam cawan plastik.. tp kena pandai2 la jangan bg tumpah nanti emak marah.
lepas tu ajak kawan2 kutip bunga dan daun keliling kampung.. bentang tikar mengkuang dan potong 'sayur' dengan pisau lipat. lepas tu goreng dalam kuali plastik.. hidang dalam pinggan plastik yg comel2 dan ajak kawan2 makan.. seronoknya..
sekarang lebih advanced, ada dapur mainan lagi kan? cuba tengok kat kedai mainan besar2, atau kat ikea.. hmm bestnye.. so walaupun zaman kanak2 tu dah berlalu, tak semestinya hobi tu pun berlalu jugak kan.. skrg ada dapur yg real. haa masak la sesedap rasa.. hehe.. so bila tak ada mood, buat la macam main masak2, bg mood tu datang balik..




petang2 pula ajak kawan2 datang minum teh, makan dengan biskut atau kek kat laman belakang ke.. ala2 english style, kan.. kalau hidang air, eloklah alas dengan piring, supaya air tak tumpah. oh ya, yang ni adalah teko untuk kopi. teko untuk teh adalah lebih bulat dan rendah. jom kita minum kopi!



Thursday, February 2, 2012

Chicken Chop Sempoi

Dah lama tak makan chicken chop, kali ni buat chicken chop pulak lah. saya ni selalu buat menu tergempar, kdg2 dr mlm dok pikir2 nak masak apa lah harini, tp tak ada idea. tup2 bgn pagi nak buat chicken chop. so guna bahan apa yg ada kat dapur lah.  mmg tak ada rupa langsung sebab nak masak cepat, sedap dan gerenti kenyang. bila buat ni terpk takkan nak makan ayam semata2 kan, nak cari yg greens, malas nak keluar rumah semata2 beli sayur. pokok salad pun dah mati haritu. so senang2 amik baked beans aje la.. huhu.. mkn dgn sos dan mayo. janji perut kenyang.

menu mcm ni jimat jugak. sbb chicken chop ni boleh mkn sekali je, tak leh ulang2 sbb menjemukan. so utk menghabiskan stok ayam ni untuk dinner beli flat bread, pastu cincang ayam, letak salad, tomato dan sos jadik wrap boleh buat dinner pulak.. Alhamdulillah kenyang satu hari juga walaupun tanpa nasi. anak2 pun suka sangat, suruh buat lagi lain kali hehehe tapi esoknya tu kena masak nasik la pulak isk isk..