Wednesday, January 9, 2013

Apple and oat muffins

Macam mana nak menghabiskan stok epal yang ada dan dengan menggunakan bahan sedia ada kat rumah contohnya oat? Haaa buat muffinlah! Apa yang perlu dibeli ialah vanilla yoghurt. Selain itu resepi ni teramat senang, tak perlu pakai mixer. Lagilah saya suka! (time ni agak kurang rajin nak membasuh mangkuk mixer tu he he he)

Resepinya saya refer kat sini: http://www.taste.com.au/recipes/13612/apple+and+oat+muffins
Memang sedap betul muffin ni..

Bahan2nya:

  • Ingredients


  • 1 cup (150g) self-raising flour
  • 1 cup (150g) plain flour
  • 1 1/2 tsp baking powder
  • 3/4 cup tightly packed brown sugar
  • 1/2 cup rolled oats, plus 1 tbs extra
  • 1 1/2 cups (375ml) vanilla yoghurt, at room temperature
  • 2 eggs, lightly beaten
  • 100ml light olive oil
  • 1 red or green skinned apple, thinly sliced



  • Method
  1. Step 1
    Preheat oven to 180°C. Grease 2 x 6 Texas (large) muffin pans with cooking spray or line with muffin cases.
  2. Step 2
    Sift flours and baking powder together. Stir in sugar and oats. Whisk yoghurt, eggs and oil together. Add to flour, mix until just combined. Do not over-mix.
  3. Step 3
    Divide mixture evenly into muffin pans until three-quarters full. Gently push slices of apple into mixture until covered and sprinkle with extra rolled oats.
  4. Step 4
    Bake for 25 minutes or until golden in colour and cooked when tested. Cool for 5 minutes in pan before transferring to a wire cake rack. Serve warm.


Jom kita tengok gambar2 pulak
stok olive oil ni sgt handy bila2 masa nak buat muffin
telur pun nak posing juga

ayak tepung dan campurkan dgn gula perang dan oat


panas2 dari oven
muffin ni tak gebu sangat sbb tak pukul dgn mixer. Sgt sesuai utk breakfast dan jd snack yg mengenyangkan

sedap dimkn panas2. kalau dah sejuk, boleh panaskan dlm microwave :)

Tuesday, January 8, 2013

Pink and Blue

Akhirnya dapat peluang juga beli baju baby girl untuk 2 orang anak saudara baru.. sorang berumur kira2 2 bulan dan sorang lg belum cukup sebulan: Nur Fatihah dan Nazifa Iwani. Maklong cuma dapat bayanglah mcm mana cantiknya baju2 ini bila dipakai nanti.

Dan untuk maklong pula, tak habis2 dgn pinggan mangkuk. Ye la maklong mana boleh nak pakai baju2 comel mcm ni dah tak muat hahaha
comelnye

satu hot pink satu soft pink

mesti bergaya habis

budak perempuan mestilah suka bunga kan?

boleh pakai ni p mkn kenduri

anak saudara maklong mestila cute mcm maklong juga ;)



pakai ni mmg bergaya pegi jalan tepi laut pun tak sejuk :)




pinggan baru maklong: hasil rembatan yg tak seberapa.. 
mug untuk maklong dan paklong minum kopi


mangkuk utk makan bihun sup atau maggi..

yg ni maklong sempat rembat 2 aje sbb tu je yg tinggal

Monday, January 7, 2013

Jalan2 Mandurah

Akhirnya kami sampai juga ke Mandurah ni. Jauhnya dari bandar Perth ialah kira2 65 km dan perjalanan mengambil masa kira2 50 minit melalui Kwinana Freeway. Highway kat sini tak mcm di Msia ya, hampir separuh perjalanan ke Rockingham halajunya ialah 100km/j dan kemudian barulah 110km/j. Sila ikut halaju ditetapkan kerana ada kamera trafik yang diletakkan di tempat strategik contohnya bawah jejantas.

Tempat tujuan kami ialah ke WATERSIDE DRIVE, Mandurah. Ini adalah antara tempat2 popular untuk crabbing. Ada tempat2 lain lagi kerana Mandurah ni agak luas cuma mungkin kat sini popular sebab ada jambatan yg sgt digemari krn boleh berlindung dari cuaca panas.

Antara teknik 'crabbing' yang digunakan ialah menyauk menggunakan net (jaring) ataupun drop net (menjatuhkan jaring ke dalam air yg diletakkan umpan) di jeti. Ada juga yg menaiki bot, ataupun menyelam (scuba diving). Biasanya org dtg ke sini waktu awal pagi semasa hari masih belum panas. Kalau lewat sikit mcm waktu kami ke sini, air sudah menjadi keruh disebabkan aktiviti bot disini dan agak susah mencari ketam di dalam air. Setelah mencuba, dapat juga 3 ekor ketam yang kecil2 tapi terpaksa dilepaskan semula ke dalam air kerana tak cukup saiz.

Sebagai panduan ringkas:

- Saiz ketam yg dibenarkan ialah 127mm (lebar dari hujung ke hujung bahagian yg tajam di kulitnya)
- Jumlah tangkapan dibenarkan ialah hanya 10 ekor utk setiap orang
- Ketam tak cukup saiz dan ketam betina yg bertelur tak dibenarkan dan perlu dilepaskan semula dalam tempoh 5 minit. Jika didapati melakukan kesalahan ini boleh didenda sehingga $5000.
- Perlu tahu tempoh yg dibenarkan untuk crabbing iaitu:
Peel-Harvey Estuary near Mandurah (all waters upstream from the ocean) closed to crab fishing 1 September to 31 October.
Cockburn Sound closed to crab fishing 1 September to 14 December

Maklumat lanjut boleh didapati disini:

http://www.fish.wa.gov.au/Species/Blue-Swimmer-Crabs/Pages/Crab-Recreational-Fishing.aspx
atau http://www.fish.wa.gov.au/Documents/recreational_fishing/additional_fishing_information/rules_guide_crabbing_west_coast.pdf

pemandangan

boleh berjalan di sepanjang pantai ini

playground dan jambatan


lokasi orang memancing dan menangkap ketam

Kemudahan toilet di kawasan ini. Kalau nak crabbing di bawah jambatan, boleh naik ikut tangga di sebelah kanan

playground pun ada


crabbing bawah jambatan 

fishing dalam air

ni guna drop net

ramai jugak kan.. termasuk burung dlm air tu he he

pakcik ni mancing kat tepi je

budak dua org ni tak masuk dlm air pun

hati2. kat sinilah ada budak perempuan terjatuh dan lemas dalam air baru2 ni

banyak bot lalu lalang membuatkan air berombak dan keruh

ntah apa lah diorang buat ni

posing 

suka tengok kulit siput ni

rasa cam nak kutip je :)

Sunday, January 6, 2013

Pulut inti

Salah satu menu ringkas hari ini.. pulut inti..:)

Sehari dua ni tak selera sgt mkn nasi. Kalau masak nasi pun mkn sekali sehari je lepas tu cari menu lain. Mungkin faktor cuaca jugak yang panas dan perlu lebih kerap minum air.. bila minum air perut pun rasa kenyang/kembung je he he he



Thursday, January 3, 2013

Paintings on the wall

I love these paintings.. :)
up close

and looks so pretty on the wall

shabby frame tapi masih cantik di mata ;)

Wednesday, January 2, 2013

Choc cake

Kek coklat ni sebenarnya buah tangan dari kawan2 yg dtg menziarahi kami baru2 ni.. so jgn tanya resepinya ya.. sy cuma letak ceri dan amik gambar untuk letak sini. Jom kita telan air liur sama2.. hehehe
steamed choc cake with dark choc ganache

sy cuma hias dgn ceri



silakan potong nak banyak mana

Tuesday, January 1, 2013

Tiramisu





Resepi saya refer dari http://anissdairy.blogspot.com.au/2012/12/tiramisu.html dan dari http://www.myresipi.com/top/detail/957

Saya rujuk kedua2 dua resepi ni dan sesuaikan mengikut bahan yg saya ada dan juga mengikut saiz bekas menjadikannya begini:

Bahan2
1-2 bungkus biskut tiramisu (sponge fingers/boudoir)
250g cream cheese
300g whipping cream
1/2 cawan gula (sy kurangkan lagi dari sukatan ini kerana gunakan sponge fingers yg ada gula)
fresh milk secukupnya dibancuh dengan nescafe
serbuk koko untuk hiasan

Cara
1. Pukul whipping cream, gula dan cream cheese sampai kembang.
2. Celup biskut dalam bancuhan fresh milk + nescafe dan susun dalam bekas. (Jangan celup lama kerana biskut mudah hancur)
3. Sapu satu lapisan cream cheese
4. Ayak serbuk koko dengan sekata di atas lapisan cream cheese
5. Ulang langkah 2 hingga 4 untuk lapisan kedua dan ketiga.
6. Sejukkan semalaman atau sekurang2nya untuk beberapa jam. Lebih lama lebih bagus :)

Setakat ini dah dua kali sy cuba resepi ni kerana anak sy suka sangat memakannya :D