Monday, February 4, 2013

Mi kari....... ketammmm!!!

Menu ketam lagi.. jangan ada yg sakit mata dah la ya.. :p

Kepada sesiapa yang berminat untuk kirim beli alatulis tu, bolehlah email saya dan bgtau yg mana satu anda nak, ok? Saya cuba cari kat kedai kalau2 ada stok lagi. Untuk yang betul2 berminat dan serius saja sbb perlu convert harga ke RM, dan kos pos lagi (sampul + stamp). Sy cuma tolong belikan aje dan bergantung pd kelapangan nanti baru boleh ke pejabat pos dsb. So kalau itu ok bg anda, boleh hubungi saya.

Jom layan gambar!
Edisi tanpa ketam

Dan dengan ketam

Sunday, February 3, 2013

Alatulis

Salah satu hobi saya sejak kecil ialah membeli alatulis.. Saya cukup minat dengan kertas, pensel dan pen. Ini adalah kerana saya suka menconteng selain dari suka melukis (hobi yg terbantut). Pantang jumpa pen saja mesti nak menconteng. Seingat saya banyak buku kat rumah arwah tokwan saya kena conteng, masa tu tak tahu menulis lagi tapi sangat best dapat melorek, membuat bulatan dan macam2 lagi.. ntahapa2 lah saya fikir masa tu. :p

Kemudian bila saya dah pandai menulis, arwah ayah saya selalu beri saya kertas yang banyak. Akibatnya meja mesin jahit singer mak saya jadi meja kerja saya. Kalau tak cukup kertas, saya akan pergi kedai runcit dan beli kertas kajang sebanyak 40 sen. Masa tu saya agak tak faham kenapa orang panggil kertas kajang, tapi apa yang penting bila cakap kertas kajang, orang kat kedai tu dah faham apa benda yg saya nak. (Asalnya sepupu saya yg suruh belikan kertas kajang, sejak tu baru saya tahu pasal kertas kajang ni hahaha)

Selain tu impian saya juga ialah ingin ada perpustakaan mini sendiri. Siap minta kat mak saya nak buat rak kat dinding boleh la saya letak buku2 saya.. Alangkah indahnya dunia masa itu.. semuanya kita teringin dan rasa boleh buat.

Sekarang saya sambung lagi hobi ni.. tambah2 bila nampak kedai typo ni menimbulkan nostalgia lama dengan hobi saya sejak dulu. Jom kita tengok gambar :)
Font mcm kat typewriter kan.


Pen pun ada.. siap ada nama lagi. Sayang sungguh takde nama melayu :p
\

Notebook from Paris? Adik kat kedai tu ckp notebook ni dibuat dari acid free paper

Suka sangat dgn pencil case ni. Boleh muat macam2!

Tengok ni teruslah saya berkenan. Stamp dan stamp pad Love From Paris :)


Label dalam buku nota

Label dekat zip pencil case

Jom test stamp pad tengok...

Saya sangat sukaaaa :)

Thursday, January 31, 2013

Koleksi Fridge Magnet (FM)

Koleksi Fridge Magnet (FM) Perth yang seciput, atas permintaan Kak Abi Sabiha. :)
Fremantle FM

Australia with temp


Swan Valley FM and bottle opener

Perth with kanggaroo, koala and the black swan

Swan Valley, valley of the grapes!

Caversham Wildlife Park 

Swan Valley dgn temp

Southern Part of Western Australia (WA)

Koala

Wombat

Dan semestinya kanggaroo! :)

Wednesday, January 30, 2013

Oven-baked Crab

Jangan marah yaa, saya letak gambar ketam lagi.. Dah mcm2 resepi ketam saya buat. Kali ni bakar guna oven pulak dan bila rasa.. ohh sangatlah manis dan sedap! Resepi ni disediakan oleh grand masterchef (kena bodek sikit supaya dia rajin2 masak hehe)

Untuk makluman, musim summer ni je mewah makan ketam, musim lain tak ada nampak pulak bila cari2 kat kedai seafood mcm Kailis. So ni kira acara setahun sekali lah makan ketam sampai pengsan!
Ambil masa juga nak masak dalam oven. Yg ni ada yg belum masak

Peminat ketam nak makan 2 ekor
Sedapp.. kalau nak resepi bgtau ya, kena tanya grand masterchef :D



Resepinya.. tersangatttlah senangnya.. 

Bahan2
Beberapa ekor ketam (anggaran resepi ini kira2 6-7 ekor ketam sederhana)
2-3 ulas bawang merah - dipotong
3 ulas bawang putih -dipotong
1 biji cili merah - dipotong
Sedikit minyak zaitun (sy guna extra light olive oil kira2 2 sudu besar)
2 sudu besar sos *worchestershire
secubit garam

Cara:
Panaskan oven kira2 200C
Bersihkan ketam dan susun atas baking tray
Taburkan potongan bawang merah, bawang putih dan cili
Tuang minyak zaitun agak2 sekata
Tuang sos worchestershire agak2 sekata
Tabur sedikit garam (tak letak garam pun mengapa sebenarnya)
Masak dalam oven kira2 40 minit atau sehingga masak (bila masak, kulit bertukar sepenuhnya warna oren)

Selamat mencuba! :)


*NOTA:
Saya ada terbaca somewhere yg mengatakan sos worchestershire ini adalah haram. Tak tahulah saya, ada siapa2 yg ada rujukan kat website mana2 dari badan halal tak? Untuk makluman saya gunakan produk masterfoods dan berdasarkan website ini http://www.halalchoices.com.au/sub_pages/masterfoods.html ianya adalah halal. Kebaikannya walaupun Australia ini bukanlah negara Islam, ada badan2 yang memantau status halal di sini.. tarak tipu punya.. jadi bolehlah gunakan tanpa was2.. :)

Tuesday, January 29, 2013

Donut Gebu

Baru2 ni anak2 minta buatkan donut. Jadi saya pun cari resepi yg senang dan gerenti jadi.. Hasilnya mmg tak mengecewakan langsung. Saya amik resepi dari blog Kak Azie Kitchen yang resepi asalnya ialah dari HaSue (My Resepi).
Sori ya terlebih garing sikit. Bila pakai dapur portable ni susah nak kecikkan api :p


Donut dan bebola dari bahagian tengah donut. Sekejap aje licin kena sapu dengan budak2 :)

Dah gigit baru teringat nak tunjuk betapa gebunya donut ni hehe.. sori ya

Monday, January 28, 2013

Gulai ketam

Hari ini (Isnin) adalah cuti umum di sini, iaitu cuti ganti sempena Australia Day yang jatuh pada hari Sabtu 26 Januari yang lepas. Sampai sy pun terbawa2 mood cuti malas nak update blog hehehe..

Sebenarnya cuaca dah mula panas semula, jadi rasa tak berapa best nak duduk depan komputer ni bila mata asyik nak tertutup aje tambah2 lepas perut kenyang.

Alhamdulillah juga tiap kali kami pergi crabbing, ada rezeki ketam untuk kami sampai kehabisan idea nak masak apa dah. So kali ni kami try buat gulai ketam pulak.. mmg awesome sekali!
(p/s: musim ini mmg ramai suka fishing dan crabbing, tapi perlu ingat semua ni adalah rezeki ya. Mcm nelayan juga, ada masa murah rezeki, ada masa pulang tangan kosong. Kadang2 ada ikan beribu2 di depan mata, tapi nak pancing dan dapat seekor pun susah. Kadang2 dalam 10 jaring ketam yang dilabuhkan, bila diangkat, cuma satu atau dua saja berisi ketam. Ada masa rezeki di jaring kita, ada masa tuah orang lain..:) )

Oh ya, dah lama rasanya saya tak buat GA ya. Tengah fikir2 ni..agak2 hadiah apa yg anda suka ya? Buku? barangan dapur? baking tools? Jangan minta kuali aje dah la.. kuali tu limited edition hanya dibuat masa saya ada peluang balik bercuti aje :D
Ketam penjaga ubi? hehe

Sori ya agak comot sikit mangkuk tu. Kena cepat2 amik gambar sbb masing2 dah lapar nak mkn :)

Thursday, January 24, 2013

Summer Cravings

Musim panas ni aiskrim sangat laku. Saya perasan yang masa ini lah kebanyakan pasaraya akan letak peti aiskrim berdekatan dengan kaunter bayaran. (p/s: sy pernah cari peti aiskrim ni waktu musim agak sejuk tp tak ada pulak kat kaunter bayaran he he) Bila tengah berbaris nak bayar tu mesti terliur kan tengok aiskrim, mestilah nak amik satu.. strategi yg bagus tu. Lepas tu sekarang ni ada sale 1/2 harga lagi, letak gambar kat katalog.. hmm buat org terliur saja kan..

Aiskrim dalam tub atau bekas ni, selain dr dimakan saja, sedap kalau diletak topping, atau kekacang. Saya pulak suka letak atas waffle panas2, beserta dengan jem. Lepas tu ia akan start cair.. dan mmm sedapnyee bila dimakan. :)
Creamy vanilla ice cream dengan homemade strawberry jam

Letak atas 2 keping waffle panas2.. fuhh nikmat tak terkata

Jem stroberi ni kawan yg beri. Tak pernah buat jem sendiri lagi. Tunggu tahun ni kalau rajin :p

Lepas tu mula la teringin yg manis2 lagi.. macarons!

Cenonet aje, gluten free. harganya $2 atau RM6 sebijik. Amik 5 jenis perasa, utk nak rasa ;)