Monday, December 9, 2013

Lamborghini Rides by Megabes - Malaga dan 14th GA: T-SHIRT PERTH

Pada hari Rabu lepas kami telah menerima jemputan dari Megabes Products Gifts and Souvenirs untuk ronda-ronda sekitar Malaga dengan menaiki kereta Lamborghini. Jemputan ini adalah sebagai menghargai entry yang dibuat oleh saya dan beberapa penulis blog lain yang sedikit sebanyak telah membantu mempromosikan perniagaan Megabes. Memandangkan penulis blog lain yang dijemput berada di Malaysia, nampak gayanya kami sajalah yang dapat hadir.. :)

Bukan setakat berpeluang meronda dengan kereta mewah yang hebat, kami turut dijamu dengan pelbagai jenis makanan sehingga kenyang dibuatnya. Memandangkan keluarga saya juga sedang bercuti di sini, mereka sangat bertuah dapat sama-sama merasai pengalaman ini. Di samping itu mereka sempat lagi membeli belah di sini untuk di bawa balik sebagai ole-ole. Dan yang pastinya akan mendapat harga yang jauh lebih menarik jika membeli terus dari gudang Megabes di Malaga.

Jutaan terima kasih Megabes!


Alamat:
Unit 2, 9 Exchange Rd Malaga, WA, 6090 
Tel: 0402 827 123
Email: Megabes@westnet.com.au
Facebook: https://www.facebook.com/megabes

Jika ingin ke sini, sila telefon dahulu kerana gudang hanya dibuka by appointment sahaja.

Nota:
Terdapat dua kedai Megabes yang dibuka di Fremantle iaitu di Fremantle E-Shed dan Fremantle Markets @Shop 3/31/32 Fremantle Markets, Cnr of South Terrace and Henderson Street.

Entry lain berkenaan Megabes boleh lihat di SINI (Fremantle E-Shed) dan di SINI (Malaga). 


Peminat-peminat kereta tak sabar nak naik

Sempat jenguk pokok anggur yang ditanam di halaman kilang

Logo Lamborghini iaitu kereta mewah buatan Itali

Aunty Stephanie sedang sediakan hotdog

Terima kasih Megabes kerana susah payah cari dan sediakan makanan halal

Tokdin, adik saya dan keluarganya sedang menikmati jamuan :)

Sos kegemaran adik saya

Suasana dalam gudang

Rambang mata dengan pilihan yang ada

Sempat posing lagi

Jom ronda-ronda.. boleh muat dua orang aje ya

Peace! Vroomm vroomm

Dengar bunyi enjinnya memang kuat sekali

Setiap orang dapat sorang satu pusingan.. tapi saya tak cuba sebab tak berani he he he

Giliran abang pula

Terima kasih Wen Teo!

Peluang keemasan bagi peminat kereta :)


Ohh adik saya pun nak naik juga

Ok jalan elok-elok ya.. jangan sampai gugur jantung pulak :p

Babaiii

Ok jom posing lagi. Ada gaya? Pakai selipar je naik lamborghini :)

Ini pun sorang lagi ;)

Suka hati :D

Jom beli ole-ole sikit untuk orang kampung. Harga murah sebab beli di gudang Megabes sendiri

Uncle Simon yang peramah




Terma dan syarat:

1) Penyertaaan dibuka kepada semua. Setiap seorang cuma satu penyertaan sahaja diterima.

2) Hadiahnya DUA helai t-shirt Perth untuk dua orang pemenang bertuah! Contoh t-shirt adalah seperti di bawah dan sekiranya tiada stok akan digantikan dengan design lain.

3) Tinggalkan address blog anda beserta email address di ruangan komen post ini. Jika anda tiada blog, cuma letakkan email address anda sahaja. 

4) Tarikh tamat GA ialah: tepat jam 12 tgh malam pada 31 Disember 2013. Pemenang akan diumumkan pada
 1 Januari 2014.

5) Pemenang akan dipilih secara rawak melalui www.random.org. Pemenang yang berjaya akan dihubungi melalui email untuk mendapatkan maklumat saiz t-shirt serta alamat penghantaran. Sekiranya pemenang yang terpilih tidak menjawab email dalam masa tiga (3) hari, kemenangan adalah terbatal dan undian akan dibuat sekali lagi.





Sunday, December 1, 2013

Jacaranda Festival 2013

Jom tengok suasana sekitar Jacaranda Festival yang berlangsung pada 23 November lalu.. Memang meriah sekali acara tahunan ni. Kali ini lebih istimewa kerana dapat bawa tetamu kami iaitu sepupu-sepupu saya serta keluarga dan juga ibu saudara saya. Sekarang mereka sudahpun pulang dan tiba giliran emak dan adik saya serta keluarganya untuk datang melawat.

Nota: Maaf ya belum sempat pos hadiah GA kerana kesibukan melayan tetamu. Insyaa Allah saya akan uruskan selepas ini.
Papan tanda

Salah satu pintu masuk

Barisan pokok jacaranda dengan bunga berwarna ungu

Indah dan damai sekali

Seronok dapat datang dengan maklang dan keluarga

Happy boy :)

Posing dulu

Gerai menjual hasil jahitan yang sangat menarik

Shower cap berbagai jenis

Gerai kek

Tanaman bonsai

Lukisan

Sabun dari bunga-bungaan

Gerai produk lavender

Lavender pun sama warna dengan bunga jacaranda :)

Aktiviti untuk kanak-kanak

Melukis di atas payung kertas

Gerai permainan

Dapat hadiah ni

Gerai lain yang ada

Cuaca agak panas waktu ini

Aksesori perhiasan wanita

Pakaian kanak-kanak

Snow cones dan slushies

Gerai makanan sepanyol/mexico agaknya ni

Gozleme

Gerai makanan Turki yang halal

Ceri pun ada, iaitu produk dari Western Australia

Sangat manis sekali

Tuesday, November 26, 2013

Promo single

Promo single terbaru Ajek Hassan. Dapat info ni dari beliau sendiri bila pegi Makan2 Cafe 2 minggu lepas. Katanya lagi akan jadi lagu tema drama yang akan keluar tak lama lagi.

Teaser: Dalam hati tiada untukmu

Sunday, November 24, 2013

Coconut shake dan produk gourmet garden

Musim-musim panas ni memang sedap kalau dapat minum air tebu atau kelapa. Kelapa fresh yang diimport dari Thailand memang senang diiperolehi tapi setakat ni air tebu cuma ada yang dalam tin ajelah. Bila dapat air kelapa, apa lagi terus buat coconut shake. Lagipun masa nilah nak guna milkshake maker :)

Produk gourmet garden ni pula sangat memudahkan kerja-kerja dapur. Bila nak pakai, cuma picit aje dari tiub. Saya terbeli baru-baru ni bila tengok dapat buku resepi percuma dengan pembelian dua produk ini. Sebelum ni tengok tak beli pun, tapi sebab dah dapat buku resepi terus beli :p

Nota:
Alhamdulillah tetamu kami selamat sampai ke Perth. Jadinya minggu ni agak sibuk jadi pemandu pelancong Bila ada masa terluang saja boleh update blog, bergantung kepada keadaan..
Coconut shake

Letak banyak aiskrim vanilla

Sejuk dan menyegarkan :)

Milkshake maker yang sangat berguna

Gourmet garden: pes bawang putih dan halia
Halal



Buku resepi percuma dengan pembelian dua produk jenama ini
Oklah tu kan, dah cuba memang senang sangat tak payah tumbuk2 dah :)