Pada hari Rabu lepas kami telah menerima jemputan dari
Megabes Products Gifts and Souvenirs untuk ronda-ronda sekitar Malaga dengan menaiki kereta Lamborghini. Jemputan ini adalah sebagai menghargai
entry yang dibuat oleh saya dan beberapa penulis blog lain yang sedikit sebanyak telah membantu mempromosikan perniagaan Megabes. Memandangkan penulis blog lain yang dijemput berada di Malaysia, nampak gayanya kami sajalah yang dapat hadir.. :)
Bukan setakat berpeluang meronda dengan kereta mewah yang hebat, kami turut dijamu dengan pelbagai jenis makanan sehingga kenyang dibuatnya. Memandangkan keluarga saya juga sedang bercuti di sini, mereka sangat bertuah dapat sama-sama merasai pengalaman ini. Di samping itu mereka sempat lagi membeli belah di sini untuk di bawa balik sebagai ole-ole. Dan yang pastinya akan mendapat harga yang jauh lebih menarik jika membeli terus dari gudang Megabes di Malaga.
Jutaan terima kasih Megabes!
Alamat:
Unit 2, 9 Exchange Rd Malaga, WA, 6090
Tel: 0402 827 123
Email: Megabes@westnet.com.au
Facebook: https://www.facebook.com/megabes
Jika ingin ke sini, sila telefon dahulu kerana gudang hanya dibuka
by appointment sahaja.
Nota:
Terdapat dua kedai Megabes yang dibuka di Fremantle iaitu di Fremantle E-Shed dan Fremantle Markets @Shop 3/31/32 Fremantle Markets, Cnr of South Terrace and Henderson Street.
Entry lain berkenaan Megabes boleh lihat di SINI (Fremantle E-Shed) dan di SINI (Malaga).
 |
| Peminat-peminat kereta tak sabar nak naik |
 |
| Sempat jenguk pokok anggur yang ditanam di halaman kilang |
 |
| Logo Lamborghini iaitu kereta mewah buatan Itali |
 |
| Aunty Stephanie sedang sediakan hotdog |
 |
| Terima kasih Megabes kerana susah payah cari dan sediakan makanan halal |
 |
| Tokdin, adik saya dan keluarganya sedang menikmati jamuan :) |
 |
| Sos kegemaran adik saya |
 |
| Suasana dalam gudang |
 |
| Rambang mata dengan pilihan yang ada |
 |
| Sempat posing lagi |
 |
| Jom ronda-ronda.. boleh muat dua orang aje ya |
 |
| Peace! Vroomm vroomm |
 |
| Dengar bunyi enjinnya memang kuat sekali |
 |
| Setiap orang dapat sorang satu pusingan.. tapi saya tak cuba sebab tak berani he he he |
 |
| Giliran abang pula |
 |
| Terima kasih Wen Teo! |
 |
| Peluang keemasan bagi peminat kereta :) |
 |
| Ohh adik saya pun nak naik juga |
 |
| Ok jalan elok-elok ya.. jangan sampai gugur jantung pulak :p |
 |
| Babaiii |
 |
| Ok jom posing lagi. Ada gaya? Pakai selipar je naik lamborghini :) |
 |
| Ini pun sorang lagi ;) |
 |
| Suka hati :D |
 |
| Jom beli ole-ole sikit untuk orang kampung. Harga murah sebab beli di gudang Megabes sendiri |
 |
Uncle Simon yang peramah
Terma dan syarat:
1) Penyertaaan dibuka kepada semua. Setiap seorang cuma satu penyertaan sahaja diterima.
2) Hadiahnya DUA helai t-shirt Perth untuk dua orang pemenang bertuah! Contoh t-shirt adalah seperti di bawah dan sekiranya tiada stok akan digantikan dengan design lain.
3) Tinggalkan address blog anda beserta email address di ruangan komen post ini. Jika anda tiada blog, cuma letakkan email address anda sahaja.
4) Tarikh tamat GA ialah: tepat jam 12 tgh malam pada 31 Disember 2013. Pemenang akan diumumkan pada 1 Januari 2014.
5) Pemenang akan dipilih secara rawak melalui www.random.org. Pemenang yang berjaya akan dihubungi melalui email untuk mendapatkan maklumat saiz t-shirt serta alamat penghantaran. Sekiranya pemenang yang terpilih tidak menjawab email dalam masa tiga (3) hari, kemenangan adalah terbatal dan undian akan dibuat sekali lagi.
|