Monday, December 16, 2013

Yahava KoffeeWorks - Swan Valley

Jom minum/beli kopi di Yahava KoffeeWorks, Swan Valley!

Jika ke sini anda berpeluang untuk merasa jenis-jenis kopi di sini secara percuma (coffee tasting), minum kopi di tempat yang disediakan di kafe di bahagian dalam dan luar kedai serta membeli belah barangan dan cenderamata yang menarik.

Selain dari Swan Valley, Yahava KoffeeWorks turut mempunyai cawangan di Margaret River dan juga di Singapura! Untuk maklumat lanjut boleh rujuk laman web.


Laman Web: http://www.yahava.com.au/

Opens Daily 9AM - 5PM
Koffee Sales Daily Koffee Tasting from 9AM - 4:30 PM
(Closed Xmas Day, Boxing Day, New Years Day & Good Friday)


Kedai dan gudang kopi

Masuk melalui pintu yang mengadap tasik

Seronok juga duduk di sini, walaupun cuaca panas, angin yang bertiup memang sejuk

Pelbagai jenis teh turut dijual di sini

Chinese Sencha Green Tea

Kalau anda ingin beli kopi secara timbang datang ke kaunter ini

Tak silap saya mereka akan kisarkan biji kopi untuk anda

Cenderamata yang dijual

Cantik betul cawan kopi dan hiasan di sini

Menarik bukan?

Bekas menyimpan kopi dan aneka mug

Cantik-cantik belaka

Kaunter bayaran dan tempat memesan makanan / minuman

Ruang dalaman yang selesa

Boleh minum kopi dengan kawan-kawan dan keluarga

Kaunter tengah adalah untuk coffee tasting

Rak menempatkan pelbagai jenis serbuk kopi dari biji kopi terpilih

Menu minuman

Muffin dan cupcakes

Suka tengok


Lukisan atas tile pun ada sesuai untuk hiasan

Jam

Hiasan dinding

Rambang mata melihatnya

Tengok sekali lagi sebelum balik :)

Rombongan makteh dah sampai sini ;)















Adik saya pun dah sampai. Jangan lupa beli beg ni dan kopi sebagai kenangan :)







Thursday, December 12, 2013

Kunjungan Tok Din pula...

Dua hari selepas makteh dan sepupu-sepupu saya balik, tokdin dan adik saya serta keluarganya pula datang menziarah. Seperti biasa sambung tugas menjadi tukang masak dan pemandu pelancong lagi. Bezanya kali ni tak semua tempat pergi sebab tokdin dah pergi sebelum ini.

Tempat pertama sampai selepas jejak Perth ialah Sunday Market haa.. Jom tengok gambar

Nota:
Mungkin ada yang tertanya2 kenapa panggil tokdin, mcm nama lelaki aje kan? sebenarnya anak-anak saya peminat siri kampung boy. Dalam cerita tu kan ada watak tokdin? Sepatutnya panggil tok (panggilan orang utara untuk nenek) tapi diorang terus sambung panggil tokdin. Lekat pulak nama tu sampai sekarang :p
Tokdin dengan adik bongsu saya dan anaknya

Geram tengok bunga hydrangea kat sini

Cantiknya warna ni

Dapat beli 2 teddy bear ni dengan harga murah sekali!

Sebelah malam buat sambutan hari lahir tokdin

Jalan-jalan ke Swan Valley, di bahagian belakang tokdin tu deretan pokok anggur

Sempat ke Mondo Nougat juga

Melihat pemandangan bandar Perth dari Kings Park

Fatihah budak comel yang sombong dengan maklong

Sempat amik gambar Kymba tengah makan rumput :p

Haa ni ok sikit

Ok jugakle taknak dgn maklong, tak payah susah2 maklong dukung.. huhuhu

Wednesday, December 11, 2013

Terima tetamu dari kampung halaman

Pada penghujung November yang lalu, rumah kami menjadi begitu meriah sekali bila menerima kunjungan dari ibu saudara dan dua kakak sepupu saya beserta keluarga masing-masing. Ini adalah kali pertama mereka menjejakkan kaki ke bumi Australia ini jadi memang tak ada idea kecuali nak tengok kanggaroo dan koala. Selain dari bawa mereka ke Caversham Wildlife Park, saya bawa mereka jalan-jalan ke Swan Valley dan sekitar Perth.


Jom tengok gambar!
Abe dengan second cousin yang sebaya

Koala ni apa lagi kerjanya.. tidur 20 jam sehari

Cuma bangun untuk makan aje :)

Masuk kandang kambing.. ohh lupa nak mengembek! :p

Mak teh nak bawa balik kanggaroo ni ke?

Seronok tengok sayuran segar dan besar-besar di pasaraya

Lip balm coklat di Margaret River Choc Company, Swan Valley

Beli coklat ni, keluar dari kedai terus cair

Tak semua coklat boleh makan, ada yang mengandungi alkohol ya

Menu di kafe di Margaret River Choc Company

Kalau ke Swan Valley jangan lupa singgah Mondo Nougat

Ada tasting plate berharga $5 jika anda berminat

Satu petang pula kami bawa mereka untuk berbbq di taman

Adik ajak tengok Black Swan di tebing sungai

Ini lah Black Swan, yang memberi nama Swan river dan Swan Valley :)

Seronoknya kumpul ramai-ramai sambil makan-makan :D

Tempat berkumpul selama hampir seminggu :)

Bunga jacaranda di halaman rumah

Cantik kan bentuk dan warnanya?

Tak jemu memandang

Gugusan bunga

Kymba yang mulanya pemalu bila ada tetamu. Lepas tu jadi ramah/manja pulak :p

Tuesday, December 10, 2013

Kek Lamington, cream cheese pound cake dan choc cake

Dah lama rasanya tak buat kek, sekali tengok haa bakar sampai 3 biji kek dalam masa seminggu! Kek yang pertama dalam gambar adalah kek lamington yang dibuat atas permintaan anak saya. Senang saja kek ni sebab ikutkan saya boleh aje gunakan kek butter yang biasa, salut dengan coklat dan taburkan dengan kelapa parut kering.

Cream cheese pound cake saya buat sebab rindu lama tak makan, siap buat bekal tokdin balik semula ke kampung selepas bercuti di sini. Kek coklat pula saya buat sempena sambutan besday tokdin di sini. Sampai je tokdin ke rumah rumah kami..malam tu terus potong kek.

 Jom tengok gambar.
Kek butter panas-panas baru keluar oven

Tunggu kek betul-betul sejuk baru salut coklat cair dan tabur kelapa parut kering

Lepas tu potong dan ngap aje lah hihi

Cream cheese pound cake boleh tengok resepinya kat SINI

Kek coklat untuk tokdin. Mula-mula susun ceri lepas tu ceri habis jatuh sebab coklat cair disebabkan cuaca panas :p