Monday, December 23, 2013

Roti Jala - Resepi dan Acuan

Saya letakkan resepi roti jala yang dibuat sempena jamuan di sekolah minggu lepas untuk rujukan di masa akan datang. Resepi asal saya ambil dari DAPUR MALAYSIA.COM. Saya pilih resepi ni sebab nampak rotinya lembut dan sedap. Tapi seperti biasa saya sesuaikan adunan supaya senang untuk dijala nanti.

Adunan roti jala (sesuai untuk hidangan 10-12 orang)
800gm tepung gandum
3 biji telur
6 cawan air
sedikit garam
sedikit kunyit sebagai pewarna
Sedikit minyak dan daun pandan disimpul

Cara: 
Bancuh adunan sehingga sebati dan tiada ketulan. Tidak begitu pekat atau cair dan senang untuk dipicit melalui botol. Isi adunan dalam 2 biji botol sekaligus supaya senang bila satu botol habis, ada satu lagi botol untuk digunakan.
Panaskan kuali leper, sapu minyak menggunakan daun pandan yang disimpul. 'Jala' menggunakan botol. Jika terlalu kering, boleh sapukan minyak menggunakan daun pandan. Bila sudah masak (tiada kesan tepung), angkat roti jala, lipat dan gulung.

Acuan yang saya gunakan pula ialah botol mayonis 3 muncung. Mula-mula saya tengok acuan ni digunakan oleh Chik Mi. Sejak gunakan acuan ni, saya dah tak gunakan acuan tradisi lagi sebab guna botol ni sangat cepat dan praktikal. Kurang sangat kesan-kesan tepung menitis atas kuali atau dapur. :)
Roti jala yang saya buat
Botol mayonis 3 muncung

Boleh beli di Daiso atau boleh juga order melalui Chik Mi ya :)


Thursday, December 19, 2013

Farewell Party dan cuti sekolah

Hari terakhir persekolahan adalah pada hari Khamis. Guru-guru pula bekerja macam biasa sampai hari Jumaat. Sempena musim persekolahan tahun 2013 yang berakhir pada minggu ini, guru kelas dan ibu bapa telah membuat jamuan perpisahan. Tema makanan ialah A Tasting Delight iaitu sajian makanan dari pelbagai negara yang dibuat berdasarkan kajian negara yang dibuat oleh setiap pelajar. Anak saya sudah tentu membuat kajian dan pembentangan tentang Malaysia dan usahanya mendapat pujian guru sehingga mendapat sijil pada perhimpunan yang lepas. Selepas memikirkan makanan apa yang sesuai akhirnya saya pilih untuk menyajikan roti jala untuk jamuan ini.

Kelas anak saya yang satu lagi pula menganjurkan program berbasikal di sepanjang sungai dan berkelah. Ibu bapa dijemput menyertai aktiviti seperti ini samaada jamuan ataupun berbasikal. Menarik bukan?

 Jom tengok gambar...
Tak ramai pelajar dalam satu kelas, sekitar 24 orang dan ada yang dah bercuti awal

Pelajar mencuba makanan dulu diperhatikan kaum ibu. Kat sini ramai kaum ibu yang menjadi surirumah sepenuh masa

Hidangan savoury

Anak saya seperti biasa cuma makan makanan yang saya bawa iaitu roti jala

Hidangan lain

Dessert

Welsh Cake macam pancake kan.. siap dengan resepi

Biskut

Christmas Lebkuchen dari Jerman

Tak sesuai untuk pelajar yang ada alahan pada kekacang

Cikgu tunjukkan hasil kerja pelajar di skrin

Masing-masing makan sambil duduk atas lantai

Lagi pembentangan

Ibu-ibu pula merasa makanan


Sambil bersembang

Tak pasti kuih apa ni

Katanya ni dibuat dari labu dan kelapa dan dimakan bersama keju

Puding

Sandwic dari New Zealand

Ingatkan gozleme rupanya dari Romania

Puff Pastry

Roti jala mendapat sambutan hangat. Ada yang bertanya macam mana nak menjala :)

Suasana dalam kelas

Shortbread biscuit

Ibu-ibu yang hadir



Giliran guru beri ucapan

Pelajar yang sangat rapat dengan guru

Room 7

Kad jemputan jamuan :)

Wednesday, December 18, 2013

Roti John, kobis goreng, buah-buahan

Lama rasanya tak makan roti john. Kalau pegi pasar malam pun saya jarang beli sebenarnya, sebab selalu makan tak habis. Tetiba teringin nak buat pula. Resepi saya rujuk kat MYRESEPI dan ubah sedikit sebanyak ikut bahan apa yang ada kat rumah ni :)

Kobis goreng ni biasanya saya buat stail kedai nasi kandar tapi bila sepupu saya datang dan goreng simple macam ni rasa sedap pulak. Cuma letak kicap dan tomato ceri. Hmm sedapp

Gambar buah-buahan pula ialah buah-buahan yang senang didapati sekarang di pasaraya. Paling saya suka buah mempelam dan juga ceri. Kadang-kadang suka beli tembikai terutama musim panas macam ni sedap kalau makan tembikai sejuk-sejuk. Yang paling best tak lama lagi musim anggur, dan anggur pun dah mula banyak dijual sekarang :)
Buat sendiri puas hati, banyak betul letak daging cincang dan telur
Gunakan roti bun sosej

Ok tak?
Letak sos cili sikit baru sedap.. Yumm!

Kobis goreng kicap

Ceri Western Australia

Tomato ceri ;)



Mangga saiz XL, boleh makan 3 orang

Mangga cap Buaya Batu :D

Tuesday, December 17, 2013

Morish Nuts - Swan Valley

Satu lagi tempat tarikan pelancong untuk membeli belah di Swan Valley, iaitu Morish Nuts! Seingat saya sewaktu kunjungan terakhir ke sini, belum wujud lagi kedai/kilang ni. Senang saja nak mencarinya kerana kedai ni terletak bersebelahan Mondo Nougat. Ada pelbagai jenis kacang dalam pelbagai perasa/salut tepung atau coklat dari yang biasa sehinggalah yang pedas.

Selain dari itu, Morish Nuts juga mempunyai gerai di Fremantle Markets, iaitu gerai No 99. Fremantle Markets dibuka setiap Jumaat sehingga Ahad.

Alamat kedai dan kilang di Swan Valley:
640 Great Northern Highway, Herne Hill WA 6056
Open Mon-Fri from 9.00am to 4.30pm 

Laman web: http://www.morish.com.au/
Lepas beli nougat, bergerak ke kedai sebelah pula iaitu Morish Nuts

Kacang dengan madu, apricot pun ada

Suasana dalam kedai, tema hitam putih

Harga jualan di kilang adalah lebih murah

Kacang bersalut coklat

Perasa abalone dan wasabi pun ada

Kaunter bayaran

Cabin carry bag dengan aneka kacang atau boleh minta tukar dengan perasa disukai

Maskotnya dah tentu la kacang

Jom pilih

Tingkap yang kelihatan menunjukkan ruang kilang di dalam