Tuesday, June 3, 2014

Malaysia Hall Perth Open Day

Pada hari Sabtu lepas, Dewan Malaysia Perth atau dikenali sebagai Malaysia Hall Perth telah mengadakan hari terbuka - Open Day sempena pembukaannya secara rasmi.

Malaysia Hall Perth menyediakan penginapan dengan harga yang sangat berpatutan kepada pelajar dan pelawat dari Malaysia yang berkunjung ke sini. Untuk maklumat lanjut panduan dan kadar bayaran penginapan boleh layari laman web di SINI atau ke facebook Malaysia Hall Perth.

Alamat:
268 Newcastle Street,
Northbridge 6003
Perth

Jom tengok gambar-gambar sekitar Open Day. Ada gerai makanan dan jualan, persembahan nyanyian oleh Ajek Hassan, aktiviti untuk kanak-kanak, tayangan filem P Ramlee dan juga lawatan.


Bangunan Malaysia Hall Perth

Signage
Terletak di Newcastle Street, Northbridge

Suasana gerai dan tempat makan berdekatan kolam renang

Ruang aktiviti kanak-kanak

Juga tayangan filem Seniman Bujang Lapok

Gerai jualan tudung dan sebagainya


Kaunter resepsi
Persembahan oleh Ajek Hassan

Kolam renang

Lobi

Tart yang dijual pada hari tersebut






Durian crepe

Nasi dagang

Kuih seri ayu dan karipap

Karipap dan murtabak

Nasi dagang

Adik cakap sedap sangat

Beli bawa balik
Nasi kerabu pun sedap
Murtabak
Durian crepe :)

Monday, June 2, 2014

Armadale Visitor Centre

Jika melawat ke mana-mana kawasan pelancongan di Australia, jangan lupa singgah di Visitor Centre. Staf yang ada di situ sentiasa bersedia memberikan maklumat tempat menarik yang ada di kawasan berkenaan. Di samping itu juga terdapat brosur pelancongan dan cenderahati yang menarik.

Jom tengok apa yang ada di Armadale Visitor Centre!
Armadale Visitor Centre terletak di kawasan pekan Armadale

Pameran jentera lama

Mungkin mesin membuat batu bata

Terletak bersebelahan muzium telekomunikasi

Cantik kan bangunannya?

Juga muzium untuk vintage machinery

Papan tanda

Waktu operasi setiap hari

Macam jentera pertanian

Jentera pembajak rupanya

Peminat jentera

Peti surat

Unik sekali

Adik pun tumpang posing

Papan tanda maklumat ringkas jika anda ke sini di luar waktu operasi

Pelbagai jenis brosur tentang tempat menarik di Western Australia

Video informasi, cenderahati beg dan t shirt pun ada

Key chain, peta turut dijual

Muzium jentera.. tak sempat ambil gambar banyak2 di sini, :p

Sunday, June 1, 2014

Persimmon Orchard in Late Autumn

Jom jalan-jalan ke persimmon orchard! Waktu ini daun-daun dah bertukar warna dan banyak yang luruh. Tak lama lagi habis lah daun dan buah di pokok. Bagi sesiapa yang nak tengok, kena pergi cepat-cepat ya, kalau tidak kena tunggu tahun depan.

Kali ini kami berkunjung ke dua-dua buah ladang iaitu Willow Spring Orchard dan Waterwheel Orchard. Kami sempat borong buah persimmon iaitu pisang kaki, longan, limau mandarin dan kiwi gold di WSO. Selain tu ada juga buah avokado dan kurma cina yang dikeringkan dijual di WSO. Kalau berkesempatan di sini jangan lupa cuba kiwi gold ok, bukan green kiwi. Kiwi gold ni sangat maniss..

Kemudian kami ke Waterwheel Orchard dan beli buah persimmon lagi.. saja suka-suka untuk tengok kualiti buah di kebun sebelah :)
Daun-daun dah banyak berguguran

Daun sama warna dengan buah yang masak

Longan segar

Sebelah sini masih banyak daun dan buah

Pokok di depan bangsal jual buah

Persimmon dan buah-buahan lain pun ada dijual di sini


Jom ke Waterwheel Orchard

Pokok-pokok di Waterwheel Orchard.. nak petik ni siap gunakan kren kecil

Waktu bangsal buah dibuka

Buah yang dijual di sini

Harga mengikut gred