Tuesday, August 9, 2016

PROGRAM TAJAAN MAKANAN 'MEALS4SCHOOL' UNTUK PELAJAR DR KELUARGA KURANG KEMAMPUAN

Jom kongsi sedikit rezeki dengan pelajar-pelajar Tahun 6 SK Alor Setar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR bulan depan.

Program ini dianjurkan oleh GOODDEEDS MALAYSIA untuk memberikan makanan tengahari sebagai alas perut kepada 30 pelajar tersebut yang mengikuti kelas persediaan UPSR. Tak dapat bayang macam mana nak belajar dengan perut yang kosong kan? Kalau dapat sumbang sedikit pun sangat membantu atau sekurang-kurangnya tolong sebarkan/share maklumat ini kepada kawan-kawan.


Untuk maklumat lanjut boleh rujuk facebook Gooddeeds Malaysia atau hubungi Cik Fariza di nombor berikut: 019 3252075.

p/s:
Selain meals4school, Gooddeeds Malaysia juga menganjurkan KlassofHope, iaitu kelas bimbingan percuma untuk anak-anak miskin yang ketinggalan dalam pelajaran.

Poster tajaan

Nasi dengan satu jenis lauk dan sayur dah cukup membahagiakan

Alhamdulillah ni hasil sedekah orang ramai setakat ini

Antara pelajar yang mengikuti kelas persediaan UPSR

Tengoklah.. pakai kasut yang dah rosak. Kesian sangat :(

Monday, August 8, 2016

Just wondering...

Assalamualaikum..

Just wondering ada tak sesiapa dari Perth yg nak balik ke Msia dan sudi tolong belikan & bawa balik sedikit barang? Kalau ada tolong email saya ya.. pandorra_75@yahoo.com :)

Tuesday, July 26, 2016

Travel/holiday Planner

Bagi sesiapa yang mencari khidmat travel planner ke mana-mana destinasi seluruh dunia termasuk Australia, bolehlah jenguk2 website ni ya:

http://travelconciergeworldwide.com/





Friday, July 15, 2016

DUKE di PERTH

Khas untuk warga Perth...Perjumpaan hari raya bersama Dato Ustaz Kazim Elias (DUKE) ;)

Semua dijemput hadir!

Tarikh: 31 Julai 2016 (Ahad)
Masa : 10.45 pagi - 2.30 ptg
Tempat: Masjid Al Majid, 64 Walter Padbury Blvd, Padbury WA 6025


Multicultural Eid Carnival 2016

Karnival Raya anjuran persatuan tok2 arab di Australia pulak..

Haa sapa berminat boleh la join kan... :)

Tarikh: 16 Julai 2016 (Sabtu)
Masa: 11 pagi
Tempat: Corner Warton and Ranford Rd, Southern River WA 6110