Friday, January 20, 2012

BB Cream

Bulan Disember yang lepas ni ada macam2 sale, untuk krismas dan juga untuk boxing day. bila tak ada kerja je mesti nak belek katalog tgk apa yg menarik. pinggan corelle? huuu jgn citer le mmg sale sib baik tak borong satu lori. kena banyak2 'bersabar' jangan ikut perasaan. sy ni sebenarnya lebih minat pinggan yg berat mcm claytan tu tp sbb sini tak ada claytan dan corelle agak murah berbanding tmpt kita, kena la amik kesempatan beli kan.. utk pakai hari2 lah, bkn utk simpan dlm lemari je. lepas tu ternampaklah iklan pencuci muka dan BB cream garnier ni. kat msia dah bersepah dah BB krim ni kalau kat watson pun ada kan.. kak ina pun dah pakai lama dah tu tgk dia comel dan gebu aje kan kan.. tp kat sini baru jugaklah masuk pasaran sini. rasanya org sini nak kulit secantik orang asia. ada sorang auntie tu dia kata tak polite untuk guess umur dia sbb diorang suka rahsiakan umur, mungkin sbb masa umur diorg mcm tu, kulit diorang dah kedut2 teruk sgt tak mcm org asia yg masih maintain cantik lg.. sbb tu la bila ada produk mcm ni, dapat sambutan hangat sbb masing2 nak kulit yg lawa. tp betul lah kulit diorang berbeza. bole berjemur tengah panas yg terik tu. kalau kita kena panas camtu gerenti perit rasa kulit dan cepat je jd gelap. diorang selamba je skrg tp nanti dah tua teruklah jadinya.
oleh sebab ada sale, sy beli la jugak, sekali dgn pencuci muka hehe.. sale pun harga dlm RM24 tiap satu. rasanya lebih kurang kat Msia aje la atau lebih mahal. baru pakai sekali. takde la rasa special sgt cuma smooth sikit je haha


































apapun rasanya produk kita paling bagus adalah bedak sejuk! :)

p/s:
saya ternampak ada orang google tajuk 'bawa mi segera ke perth'.. untuk makluman kat sini maggi ada dijual kat kedai oriental. kat supermarket pun ada maggi dr msia juga tapi walaupun dr kilang yg sama, dia tak letak logo halal yg mcm kita beli kat msia, maybe sbb utk export ke sini? maggi kat kedai oriental adalah sebijik mcm kat msia. ada perasa kari, asam laksa, tomyam dan ayam. indomie pun ada jual kat woolies dan coles. tp better beli kat kedai oriental lebih banyak choice dan lebih murah rasanya. bkn setakat maggi, nescafe 3in1 pun ader.. kalau nak duduk 2-3 hari better bawa sendiri la, lebih murah. harganya untuk 5 pek kat sini adalah sekitar $2.75 - $3 atau  RM8+. kalau nak duduk lama2 pun tak mengapa dan jgn risau tiap2 hari nak mkn maggi pun boleh :D

Thursday, January 19, 2012

Scones

Kali ni buat scones untuk breakfast. pakai premix aje sbb malas nak sukat2.. yg penting, cepat disediakan untuk bfast atau sesuai juga untuk minum petang. sblm ni sy pernah buat siap letak kismis dan ceri tapi budak berambut berus tak nak makan so buat yg plain camnilah..


sama mcm kat kotak tak? kira bole la kan..letak jam je.. krim tak letak, takut gemuk. ha ha ha.. mmg mengenyangkan. masa makan tu imagine ala2 dok kat kedai teh kat cameron.. fuhh
ni pulak chicken soup yang nak tumpang sekaki kat sini. chicken soup ni dimakan dgn garlic bread. sedapp.. sampai terpaksa buat dua hari berturut2 atas permintaan.. Resepi chicken soup sy refer kat blog Kak Madiha di sini : http://mamawandiha.blogspot.com/2011/12/creamy-chicken-soup-yang-diganding.html

Wednesday, January 18, 2012

Mi udang segera

Bila shopping kat kedai oriental, terpandang perencah mi udang segera ni.. hmm teringat mi udang pulau pinang yg famous tu dan terpikir, agak2 sama sedap tak? oleh itu saya telah membuat eksperimen untuk memasak menggunakan perencah tersebut..

kuah agak cair. terlebih taruh air ke? agak2 dah ikut arahan. rasanya cmn pulak? ok je tapi dah tentu tak sesedap mi udang ori. kenapa? sebab air terlebih ke? isk tak jugak, udang tak sama ke? mungkin udang Oz ni bau tu kuat sikit. atau tak power sbb tak guna stok udang dan blend cili kering sendiri? hmm banyak faktor tu.. tapi setakat nak makan sekali kenyang boleh laaa..


ni lah rupanya perencah mi udang segera. ada satu lg perencah mi bandung/mi udang brand adabi kalau tak silap. yg tu sedap sikit dr yg ni hehehe..sabar.. sabar.. nanti kita beli tiket flight balik p mkn mi udang.. yabedabeduuuuu...

Tuesday, January 17, 2012

Bukan ubat gigi..

saje nak share gambar condensed milk ni.. jangan silap ingat ubat gigi pulak. seingat saya dulu2 ada jual kan susu macam ni (ingat susu cap junjung tak) dalam bekas ala2 macam ni, bukan tiub.. saya suka sangat beli dan mkn mcm tu aje.. tak kisahlah kan zaman tu mkn susu mentah2 mcm ni, mkn serbuk milo tu.. nostalgia pulak bila teringat. :)

kat sini mmg ada dijual susu pekat manis ni dalam tin. tapi yang dalam bentuk tiub ni khas untuk travel atau camping. senang kan? sblm ni pun kita ada yg jenis botol tu tapi agak susah sikit nak picit. yg ni senang mcm nak picit ubat gigi lah

Monday, January 16, 2012

Whoopie Pies

Ini adalah kali pertama buat whoopie pies. Tapi kalau ikut2 adunan, dah pernah buat sebelum ni yg dalam bentuk muffin tapi tak complete sebab tak letak krim. boleh rujuk kat SINI.


ni lah rupanya kat majalah, sangat senang nak buat tambah2 ada acuan whoopie pie/macaroons



kali ni buat complete dengan whipped cream, letak sedikit jem stoberi dan crushed frozen raspberries..hasilnya..sangat lazat sekali. ditambah pula dengan saiz mini (bite-size) yang comel tu sedar2 tgk kejap je dah licin :)


sambungan ingredients:
1 teaspoon finely grated orange rind
1/2 teaspoon icing sugar mixture

(utk krim, boleh pakai whipped cream aje dan campurkan dgn crushed frozen fruit dan jem)

1. Preheat oven to 180C/160C fan-forced. Line 2 large baking trays with baking paper. (I used whoopie pie pan)
2. Sift flours and cocoa into a large bowl. Add sugar. Stir to combine. Place oil, eggs and buttermilk in a medium bowl. Whisk to combine. Add oil mixture and apple to flour mixture. Stir until just combined. Drop 1 level tablespoon of mixture, 4cm apart, on prepared trays. Bake, 1 tray at a time, for 8 to 9 minutes or until cakes spring back when lightly pressed. Stand on tray for 5 minutes. Transfer to a wire rack to cool.
3. Place raspberries in a bowl. Lightly crushed with a fork. Add cream an orange rind. Stir gently to create a rippled effect.
4. Sandwich 2 teaspoons cream mixture between cakes to make 20 whoopie pies. Dust with icing sugar. Serve.

Thursday, January 12, 2012

Fishing and Crabbing in Summer

Musim panas di sini memang agak panas. suhu maksimum semalam mencecah 37 darjah celcius. bayangkanlah dengan angin panas yang bertiup dan langit tak berawan.. bertambahlah panasnya.. nak keluar rumah pun tak sanggup. kalau jemur kain pun sekejap je dah 'garing'. bila siang dah terperuk kat rumah, teringin pula nak keluar malam.. apa lagi, aktiviti musim panas ni, memancing dan menangkap ketam lah.. lagipun kalau duduk kat tepi laut malam2 anginnya sejukkk sangat..

ni ialah ikan pertama yang dipancing dalam hidup.. hehe first time memancing dapat ikan. sekor je pulak tu. macam tak percaya pun ada bila tali pancing disentap.. iskk bestnya rasa..hari kedua pun dapat seekor aje. dan hari ketiga, dapat 20 ekor! sebenarnya ikan tu tak makan umpan pun. kat bawah jeti yg saya duduk tu, ada banyak sangat ikan ni yang agak panik agaknya sebab ada ikan lumba2 yang berenang2 dan menakutkan ikan2 tu. bila ikan2 tu panik dia pun langgar lah rawai mata kail yang banyak tu.. so sangkut aje terus cepat2 sentap dan tarik fuhh sangatlah seronoknyaa.. yg kelakarnya ikan tu bila dah tergedik2 sangkut kat pancing, bila nak angkat ke atas si yiyi tu terjerit2 pulak sebab saya dah bawa ikan tu dekat sangat dengan dia... hehehe abis semua orang tengok.. isk isk


masa saya memancing, my dear hubby pulak melepaskan net untuk ketam dengan umpan kepak ayam. cuma ikat kepak ayam dan baling net jauh ke laut. lepas tu tunggu dan naikkan net. seronok sangat tengok ketam masuk dalam net tu. tapi ikut rezeki juga. ketam yang tak cukup saiz kena lepaskan balik. sebab peraturan kat sini tak boleh tangkap sebarangan, setiap orang cuma boleh bawa balik kalau tak silap 10 ekor aje. hari pertama kami dapat 5 ekor. hari kedua dapat 3 ekor dan hari ketiga kami dapat 7 ekor. Alhamdulillah.. ketam ni namanya blue swimmer. kami cuma rebus aje sbb sedap makan ketam fresh2 ni. maniss.. mkn pula dengan air asam fuhh.. terangkat!



ni lah jeti tempat kami fishing dan crabbing. kami pergi lepas isyak dan balik pukul 2.30 pagi.. fuhh..balik2 tunggu subuh kejap pastu baru tido pulak.. mmg letih tp berbaloi sangat :)

Wednesday, January 11, 2012

Fig (buah tin)

Ternampak buah tin fresh ni. teringin nak rasa. beli sebijik je hehehe.. rasanya? mm dah lupa la, tp yg kering lebih sedap. ke sbb tak reti mkn ntah? :p