
Saturday, November 16, 2013
13th GIVEAWAY (GA) WINNER!
Tahniah kepada pemenang 13th GA yang bertuah mendapat tea cosy yg cantik ini iaitu.... peserta ke 19.


Thursday, November 14, 2013
Kitchen Essentials
Koleksi baru dan lama barang kelengkapan dapur untuk kegunaan seharian. Sudah tentunya..
| Teko terpakai yang dibeli di Sunday Market |
| Jenama Corningware. Belum rancang untuk menggunakannya lagi :p |
| Siap dengan aksesori penapis serbuk kopi/teh. Belum sempat cuci bersih-bersih lagi kesan yang ada |
| Tertarik dengan bekas bawang putih ini |
| Bahagian atasnya berlubang untuk tujuan pengudaraan |
| Apa lagi, marilah menyimpan bawang putih |
| Jag susu sedia untuk digunakan. Suka dengan bentuk dan warnanya. :) |
Wednesday, November 13, 2013
Nasi kerabu Perghhh dan strawberi kembar?
Rasa macam lama sangat tak makan nasi kerabu. Rindu dengan ulam-ulam dalam kerabunya dan daging bakar. Jadi kali ni gigih buat sendiri dan rasanya sangat berbaloi menyagat kelapa menjadi kelapa parut untuk dibuat sambal kelapa. Walaupun kerabunya tak begitu lengkap dan nasi pula tak berwarna biru, namun rasanya dah cukup sedap bagi saya.
Jom tengok gambar...
Jom tengok gambar...
| Ikan goreng tepung guna tepung magik |
| Sambal kelapa |
| Nasi kerabu kuning dengan ulam kubis, kacang panjang, taugeh, timun dan kesum |
| Puas hati makan penuh pinggan! |
| Terlupa pula nak goreng keropok dan masukkan bunga kantan dalam kerabu :p |
| Yang ni pula selingan..beli strawberi dapat strawberi kembar pulak |
| Strawberi di hujung musim masih murah |
Monday, November 11, 2013
PRE-ORDER CORELLE DLL TELAH DITUTUP
PRE-ORDER IS NOW CLOSED!!!
Maklumat penting:
Tempahan Corelle terhad kepada anda yang boleh PICKUP SENDIRI di PULAU PINANG. Jika berminat, emailkan ke pandorra_75@yahoo.com dan saya akan maklumkan corak yang ada beserta harga.
Cepat sebelum terlambat! Barang dijangka sampai pada MINGGU KEDUA DISEMBER 2013.
Maklumat penting:
- Harga dibawah TIDAK TERMASUK KOS POS
- Pre-order CORELLE hanya untuk SELF-PICKUP (PICKUP SENDIRI DI PULAU PINANG)
- Tempahan diterima setelah bayaran dibuat
- Tarikh tutup Pre-Order: 30 NOV 2013
- Barang dijangka sampai Msia: Minggu kedua Disember 2013
![]() |
| Chocolate Fondue Fountain RM100 |
![]() |
| Chocolate Fondue Set RM100 |
![]() |
| Donut Maker RM100 |
![]() |
| Fairy Floss maker RM120 |
![]() |
| Hot dog maker RM120 |
![]() |
| Ice cream maker RM120 |
![]() |
| Milkshake maker RM120 |
![]() |
| Pancake maker RM100 |
![]() |
| Popcorn maker RM100 |
![]() |
| Crepe maker RM120 |
Cepat sebelum terlambat! Barang dijangka sampai pada MINGGU KEDUA DISEMBER 2013.
Jika berminat, sila email ke pandorra_75@yahoo.com
- Bakes up tp 6 delightful brownies at a time
- Non-stick deep design cooking plates
- Power on and ready indicator lights
- Cool touch, easy grip handle
- Recipes included
TIPS MUSIM PANAS
| Langit nan biru |
| Cantik tapi panas |
| Waktu ni lah perlu ada kipas atau aircond kat rumah |
Cuaca musim panas
Cuaca Perth di musim panas sudah tentunya panas dan kering, tidak panas lembap seperti di Malaysia. Tapi ada masa kadar kelembapan jadi seperti negara kita sampai berpeluh-peluh jadinya. Suhu waktu siang secara puratanya adalah 30C dan boleh mencecah sehingga lebih dari 40C! Apabila suhu menjadi 40C selama 2 atau 3 hari berturut-turut, ianya dipanggil heat wave dan keadaan ini berlaku kadangkala 2-3 kali sepanjang musim panas (berdasarkan pengalaman 2 tahun kebelakangan ini).
Suhu paling tinggi biasanya sekitar jam 3.00 petang dan kadar UV adalah sangat tinggi. Boleh rujuk cuaca perth untuk tempoh 5 hari di laman web Perth Weatherzone atau Bureau of Meteorology.
Suhu waktu malam adalah lebih sejuk. Berikut maklumat dari laman web Perth Tourist Centre.
Summer in Perth:
The official start of summer in Perth is December, finishing 3 months later at the end of February. The weather is warm to hot over the summer months, although the hottest months are usually January and February. The weather is fine and dry, and rain at this time of year is very unusual. Perth also enjoys a refreshing afternoon sea breeze known as the Fremantle Doctor which brings welcome relief on hot days.
| Average Summer Temperatures | |
| December: Daytime 27-30C | Overnight Minimum 15-18C |
| January: Daytime 30-33C | Overnight Minimum 18-21C |
| February: Daytime 30-33C | Overnight Minimum 18-21C |
Waktu siang lebih panjang.
Apa maknanya? Walaupun maghrib (sunset) sekarang (pada waktu ditulis ini) adalah sekitar jam 7.00 malam, waktu subuh masuk awal iaitu pada jam 3.40 pagi dan matahari terbit (sunrise) pada jam 5.11 pagi. Jam 5.30 pagi biasanya sudah terang benderang seperti pukul 8.00 pagi di Malaysia.
Jadual waktu solat boleh dirujuk di sebelah kanan blog saya. Jika anda menggunakan smartphones bolehlah memuatturun aplikasi untuk jadual waktu solat.
Apa yang perlu anda bawa/sedia?
Pakai pakaian yang bersesuaian dengan cuaca panas. Jangan tiru macam orang di sini yang memakai pakaian ringkas kerana kulit mereka berbeza dengan kita. Tapi kalau nak cuba bolehlah, mungkin bila anda pulang nanti ada yang tak kenal.. he he.. gurau aje. Tapi budaya berjemur di tengah panas ini boleh membawa risiko kanser kulit.
Jika ingin berada di tempat terbuka gunakan sunscreen lotion, memakai topi, sun glasses untuk melindungi mata dari panas terik matahari.
Minum air yang banyak.
Maklumat tambahan
Musim panas ini juga banyak lalat (bush fly). Kalau di tempat kita lalat suka menghurung makanan kan? Bush fly ini lebih minat menghurung manusia, terutamanya muka. Kebiasaannya waktu ini jika anda mengunjungi Pinnacles memang banyak lalat yang akan menghurungi muka anda. Jadi kemungkinan besar adalah sukar untuk anda bergambar waktu ini. :)
Memandangkan sekarang masih musim bunga saya sertakan maklumat berikut:
Spring in Australia is magpie season, when a small minority of breeding magpies (almost always males) around the country become aggressive and swoop and attack those who approach their nests, especially bike riders. This species is commonly fed by households around the country and is the mascot of several Australian sporting teams.
Jika ada yang mempunyai anak kecil dan sebagainya, hati-hati jangan dekati burung magpie ini kerana jika burung ini sedang melindungi sarangnya, ia akan menjadi agresif.
Apa yang menarik di musim panas?
Cuti sekolah bermula kira-kira pertengahan Disember hingga penghujung Januari. Sekolah dibuka semula pada bulan Februari. Jika ingin bercuti waktu cuti sekolah di sini, kemungkinan harga penginapan adalah dalam kategori peak dan menjadi super peak sekitar krismas dan tahun baru.
Musim ini paling ramai yang suka berkelah di tepi pantai, memancing dan menangkap ketam (crabbing).
Twilight hawkers market diadakan setiap hari Jumaat sehingga penghujung bulan April 2014.
Sunday, November 10, 2013
Pasar Malam @ Al Hidayah Islamic School - Bentley
Jom tengok gambar sekitar pasar malam, terutama gambar makanan yang sempat diambil. Kebanyakannya gambar kek, sebab sampai-sampai je terus beli kek. Lepas tu dah tak sempat amik gambar.. :p
Rasanya kali ni macam kurang meriah, mungkin sebab gerai kurang berbanding sebelum ni..jadi makanan pun tak banyak pilihan. Apapun makanan yang sempat dibeli memang sedap-sedap belaka. Yumm yumm :)
Rasanya kali ni macam kurang meriah, mungkin sebab gerai kurang berbanding sebelum ni..jadi makanan pun tak banyak pilihan. Apapun makanan yang sempat dibeli memang sedap-sedap belaka. Yumm yumm :)
| Gerai nasi beriani |
| Gerai satay |
| Gerai kek menjual chocolate balls |
| Donut |
| Lamington agaknya ni |
| Choc tarts |
| Butter cupcakes |
| Rainbow cupcakes |
| Choc cupcakes |
| Close up rainbow cupcakes yang kawan saya buat |
| Cupcakes with marshmallow |
| Gerai roast chicken and chips |
| Roast chicken |
| Beriani ayam yang superb |
| Roast chicken and chips yang lazat |
| Acar buah |
Subscribe to:
Posts (Atom)












