Sunday, October 30, 2011

Berehat sebentar bersama...

kymba...

hai manja tak sy?
tengah pk ni cemana caranya nak tangkap burung sampai skrg tak dapat2 lagi
letih pk kymba tido dulu lah..sedap tido ni selimut gebu
bole tangkap burung dalam mimpi ni..

Thursday, October 27, 2011

Coleslaw

Setelah sekian lama akhirnya dapatlah kami tuai kobis yang ditanam beberapa bulan lalu. Masa tanam kobis ni jenuh juga nak menghalang serangan serangga perosak macam ulat, snail dan slugs (lintah bulan) yang bertubi2.. tapi usaha kami mmg tak sia2 krn akhirnya dapat juga kobis ni mengeluarkan hasil. rasa macam tak percaya pun ada. terutama bila kobis tu start menggulung di bahagian tengah sampailah makin besar dan menjadi kobis.. tadaa...

hmm lepas ni mungkin nak tanam tanam kangkung pulak. maklumla harga kangkung mmg mahal kat sini.
besar jugak daun pokok kobis ni. tengok daun2nya dah kena makan dgn ulat
letih juga nak tunggu sampai dia gulung camnih
hasil tuaian
kemudiannya dibuat coleslaw :)

Wednesday, October 26, 2011

Choc Cake

Minggu ni tema kek agaknya.. kek pandan, kek coklat, kek vanila choc.. mcm tu lah bila mood datang nak baking.. termasuklah buat lasagna. terasa puas bila tengok adunan atau bahan2 berubah menjadi kek atau makanan yang sedap dan dapat dikongsi bersama keluarga..
stroberi segar dari ladang.. kalau lambat petik, gerenti diserang oleh semut menandakan buah ini adalah manis. tak sia2 menunggu lama sampai berbuah. ye la. masa beli pokok tu kita tak tahu buah masam ke manis..
diberi penghormatan berposing bersama choc cake..
posing mcm ni lak

kek coklat ni paling lama bertahan kat rumah cuma 2 hari je..tapi tak boleh buat selalu.. sebulan sekali boleh la. mungkin lepas ni boleh buat kek karot atau kek kurma pulak :)

Tuesday, October 25, 2011

Kek Pandan

Dah lama tak makan kek pandan chiffon yang biasa beli kat Giant tu.. kat sini tak nampak pulak kafe yg jual kek pandan.. kalau ada pun, bukan bole beli. tambah kalau tgk ingredients yg sah2 tak halal atau diragui. ada juga tengok kek lamington kat supermarket kot2 bole beli..

nasib baik ada pandan cake mix dijual kat kedai oriental ni.. tinggal nak cari fluted pan. fluted pan yg biasa tu agak mahal. bayang la sampai puluh2 dollar kalau beli kat kl kurang2 RM15 aje kot..so beli yg murah je la janji jadik..

cuma perlu tambah telur, air dan minyak
fuhhh...
ada pulak yg rajin nak potong nipis2 camni.. yg bestnya budak2 suka sgt mkn siap bawak bekal ke sekolah lagi :)

Sunday, October 23, 2011

Beef Lasagna

Waktu siang sekarang adalah agak panjang. Subuh masuk pukul 4.01 pagi dan matahari terbit jam 5.27 pagi! Kalau kat Msia, 5.30 pagi ni rasa liat lg nak bangun. ni bangun subuh dah takle nak tido tambah2 tengok 5.30 pagi dah cerah. pukul 5.40 dah buka pintu bagi si kymba tu keluar rumah.. kalu tak, dia buat bising dan serba tak kena duduk macam tunggul depan komputer sampai la dapat apa yg dia nak hehehe...

sementara tu layan gambar lasagna yg dibuat baru2 ni.. ni adalah kegemaran anak kedua.. kalau dpt ni, tak makan nasi pun tak mengapa.. tak mcm abah dan mamanya yg kalau tak dpt mkn nasi satu hari, takle dok. . :p
kalau kat msia rajin sikit buat sendiri sos pasta dan bechamel.. kat sini tau cari leggo's bolognese pasta sauce dan bechamel sauce yg halal tu.. cuma tinggal beli daging cincang dan kepingan lasagna.. carik2 cheese slices dan tabur oregano aje on top..easy peasy.. dah dpt sediakan lunch or dinner yg simple..
tadaa.... dah siap :)

Saturday, October 22, 2011

Choc Vanilla cream cakes

Teruja sangat bila tengok resepi choc vanilla cream cakes kat majalah.. paling suka resepi ni ialah tak perlu gunakan mixer.. sepanjang pengalaman kalau tak guna mixer dan butter ni tekstur kek biasanya taklah gebu.. tertarik juga sebab adunan menggunakan epal granny smith dan serbuk koko.. wah best tuu...

satu adunan dapat 12 biji.. ngam2 muffin pan 12 lubang

camnilah hasilnya selepas dibakar.. seperti dijangkakan taklah gebu tapi sebenarnya kena belah dua (secara horizontal) dan disapu dengan krim yg telah diletakkan vanilla dan crushed raspberries. malangnya tak sempat nak letak krim.. dimkn begitu saja maklumla budak2 cuti sekolah masa tu.. letak makanan sepiring kejap je licin :p

Insyaallah next time akan buat lebih proper, letak krim dan raspberries, br lebih cunnn :)

Friday, October 21, 2011

Bunga

Suka sangat dengan bunga2 ni.. kalau tanam dalam pasu pun cantik, tanam atas tanah pun cantik.. dia akan membiak dan merebak jd mcm taman.. yg bestnya ada macam2 warna.. ada juga yg bau wangi.. harganya pun tak mahal cuma $2 satu pot

kaler ni sweet sangat
close up
yg ni kaler purple mcm baldu tapi bila amik gambar tak dpt nak capture warnanya tu.. iskk..

yg ni pun cantik dan terpaksa tanam dalam pot sbb siput babi suka attack.. sedap agaknya :p.

Thursday, October 20, 2011

Layan...



Minggu ni agak sibuk.. nak update blog pun tak sempat. bila free sikit, flickr pulak dah terlebih kuota so kena upload guna blogger lah pulak..aiseyman.. sblm tu silalah layan gambar oven baked chicken wings yg dibuat baru2 ni.. tak ada gravy utk mashed potato krn malas nak buat setakat sorang je makan :p



menu skrg hari2 mkn nasik sbb ada org tak tahan kalu tak mkn nasik. nak buat cemana dah kena pergi kerja pagi2 buta kalu tak mkn nasik alamak kriuk kriuk la perut tuu.. weekend je bole buat western.. :p




sementara tu...




bila tiba musim bunga ni barulah tahu pokok apa yg ada depan rumah bila keluar je bunganya.. pokok berus botol rupanya.. laa.. skrg tgh tunggu satu lg pokok berbunga. rasanya cantik jugak kot



sape2 nak amik buat berus botol anak boleh la :)

Sunday, October 16, 2011

Mondo Nougat

Salah satu tempat tarikan pelancong di sini ialah Mondo Nougat, yang menjual nougat semestinya, selain dari biscotti, coklat dan gelati.. kedai ni adalah milik satu keluarga dr Itali yg berhijrah dan membuka perniagaan di sini..
DSCN5046
DSCN5044
pintu masuk kedai
DSCN5045
juga terdapat kafe
DSCN5043
pelbagai jenis nougat
DSCN5036
tempat tumpuan pelancong
DSCN5035
kafe menjual biscotti, coklat dll
DSCN5042
DSCN5037

DSCN5038
ni salah satu jenis iaitu cranberry, pistachio dan almond
DSCN5032
ni lak model mondo nougat ehehe.. kereta tu lah. bkn orgnya
DSCN5040
mcm2 jenis pack ada..
DSCN5039
gift pack
DSCN5031
model lagi
DSCN5030
DSCN5029
yg ni lak mengalami sedikit kecederaan
DSCN5041
bambino

DSCN5526
pistachio biscotti ni sedap sangat. cicah dgn nescafe panas2
DSCN5538
tengok bahan ok je tu yg beli
DSCN5537
dah try beli kat supermarket tp yg ni of coz lebih sedap. simpan dalam balang elok2 boleh tahan 3 bulan
DSCN5524
yg ni lak almond bread

Alamat:
MONDO NOUGAT
640 Great Northern Highway
Herne Hill 6056
Western Australia
Telephone: (08) 9296 0111
International: +618 9296 0111
Facsimile: 08 9296 0222

Email: info@mondonougat.com.au
Skype: mondonougat

website : http://www.mondos.com.au

Thursday, October 13, 2011

Picnic @ Maali Bridge

Semasa berada di Swan Valley Visitor Centre, kami telah bertanya tentang tempat2 yang best untuk piknik. Staf kat situ telah mencadangkan tempat ini iaitu Maali Bridge. Masa sampai kat sini ada satu family dan satu couple tengah berkelah di sini. Kawasannya agak tersorok, dan perlu melalui ladang anggur. Kalau musim anggur, mesti meriah ni...
DSCN5026
DSCN5015

DSCN5027

Kemudahan yang ada di sini ialah picnic bench, dapur bbq (ada 1 sj) dan play area untuk kanak2.. tp kawasan ni kecik aje dan terletak tepi sungai yg tak sesuai utk mandi. ikut sejarahnya, kawasan ni adalah penempatan dan laluan org asli. tak duduk lama kat sini sebab bila family dan couple tu dah nak packing balik, kami pun taknak la duduk lama2 sbb sunyi sgt. lagipun kat tanah berdekatan pagar ladang anggur tu ada kesan2 haiwan liar, spt oink oink yang menyondol tanah he he he.. so takmau la terserempak dgn dia in case dia bau mi goreng pulak!

(nota: yg bagusnya kat oz ni picnic area mmg complete dgn bench dan dapur bbq gas yg free. kata org kat sini dulu2 kena masukkan coin, tp sbb vandalism, diorg sediakan free sj)
DSCN5012
DSCN5011
DSCN5004
DSCN5007
DSCN5024
yg ni kalau tgk real lg mengasyikkan
DSCN5005
DSCN5006
DSCN5010
DSCN5025
ladang anggur
DSCN5003
pokok anggur
DSCN5008
budak2 naik jambatan
DSCN5020
berebut mr potato pulakk

next time cari tempat yg best lg utk piknik. budak2 ni dah jangkit penyakit apa ntah asyik nak bentang tikar padahal bench dah ada. pastu jumpa playground, tak ingat donia dahh last2 mak bapak je yg piknik, dating dua he he he