Tuesday, January 31, 2012

Rindu.. dan kuih lopis

Harini adalah hari pertama persekolahan tahun ini selepas cuti panjang sejak pertengahan bulan Disember lepas. lain sikit dari Malaysia kan, diorang ni cuti time summer. kira bagus jugaklah sbb summer panas sgt kesian kat budak. minggu sebelumnya cuaca mencecah sehingga 42.1 darjah.. kurang2 minggu ni paling tinggi pun dijangkakan hari ini iaitu 38 dan kemudian mula menurun. Ikut kalendar, summer sehingga akhir bulan Feb sahaja.. Harini juga orang di WP menyambut hari Wilayah kan.. selamat menyambut hari wilayah dan selamat bercuti lah yerr..

Ingatkan sekolah dah start ni rasa aman lah. tapi bila balik rumah tengok kosong dan sunyi rasa rindu la pulak kat budak2 tu. abang dah masuk year 5 tapi duduk kelas campur year 4 dan year 5. adik pulak year 2 dan duduk kelas campur year 2 dan year 3. mcm tu lah bila sekolah kecik. satu kelas ada dalam 25-29 orang student. yang bestnya kelas diorang sebelah menyebelah saja. senang la waktu break nanti boleh diorang makan sama2. masa sampai sekolah tadi baru tercari2 list nama dan kelas, so agak terlewat sikit sampai kelas. tengok2 si abang kena duduk depan sekali sbb tak ada tempat, dan yg share meja dgn dia ialah 4 org budak perempuan.. aisehman.. harap2 dia ok la.. tp bagus jugak dia duduk depan..year 1 pulak tahun ni ramai sangat agaknya sampai ada 3 kelas.

kat bawah ni adalah kuih lopis perth.. nampak sama tak? tapi yg ni spesel sikit sbb dibuat menggunakan microwave. guna resepi asal TTM untuk pulut kuning. bkn takat pulut kuning, pulut inti pun dah pernah buat mcm ni jugak.
 lepas tu salutkan dengan dessicated coconut.. makan dgn gula melaka segera
 senang aje bila nak mkn picit aje..

Monday, January 30, 2012

Ais krim

Satu lagi produk halal iaitu aiskrim sara lee.. walaupun tengok dari banyak2 perasa, yg ni je ada tanda halal pun tak kisah. Janji dapat makan aiskrim dengan lazatnya, tanpa was-was. Lagipun musim ni je la nak makan aiskrim atau minum ais pun. nampak gayanya minggu ni suhu makin menurun. walaupun dijangka selasa dan rabu naik hampir 40 juga, hari Khamis dijangkakan hujan dan suhu akan terus menurun. Mungkin ni menandakan musim luruh akan bermula tak lama lagi. seronoknyaa.. baru lah nyaman sikit nanti dan paling best tunggu kemunculan buah pisang kaki lagi.. yahooo..


tub 1 liter ni harganya $4++ masa sale.
halal






















































































































siap makan dengan roti lagi.. buat roti kapit aiskrim.. fuhh... nikmat tak terkata. :)

Sunday, January 29, 2012

Point Walter

Point Walter ni adalah satu kawasan rekreasi dan perkelahan yang terkenal di kalangan penduduk di sini sejak zaman dulu lagi. boleh imagine ye mat2 saleh berpiknik. mandi manda terjun dari jeti. kat sini yang menariknya adalah beting pasir yg terbentuk..

beting pasir
jeti memancing dan tempat mandi manda



sekali tengok teringat mcm kat penang pulak
 Point Walter dari google map.. boleh nampak kan beting pasir tu.. dan laluan feri dari Perth ke Rottnest Island agaknya.. tapi tak berani lah nak jalan jauh ke hujung tebing tu






Saturday, January 28, 2012

A very warm saturday

Cuti sekolah dah hampir tamat. Sebelum buka sekolah, bawa budak2 ni tengok movie pulak. kesian lah cuti sekolah asyik terperap kat rumah tambah2 cuaca panas nih. kebetulan ada offer tiket yang murah kat panggung wayang untuk tengok The Adventures of Tin Tin ni.. memang best lah movie ni.. enjoy dari mula sampai habis. ingatkan tak ramai, tapi agak penuh panggung juga.

kat sini tiket boleh dibeli kat kaunter yang sama menjual air dan snack. mula2 tu pening jugak lah cari kaunter tiket hehe..tempat duduk pulak adalah free seating. bila nak masuk panggung tu, diorang beratur lah. tp harini diorang pakat serbu je tak beratur pulak. so tak selalu lah diorang ni ada good civic manners pun kan.. dan jangan terkejut yang pop corn diorang adalah masin! bukan manis mcm pop corn kita. dah la masin, masin 'berdengung' pulak tu.. hahaha.. sama la mcm snek potato diorang pun masin jugak. isk mungkin diorang ni suka makan masin2, dan kita pulak suka manis2..

oh ya untuk citer 3D, kita boleh pilih nak beli tiket dengan atau tanpa 3D glasses dengan harga $1/sepasang. maknanya bila beli 3D glasses tu kita boleh simpan terus lah so bila2 nak tgk movie 3D lagi tak perlulah beli lagi glasses tu. Kat Msia sebelum ni pakai glasses yg panggung sediakan dan lepas habis movie kena pulang balik. hmm kurang hygenic sikit kan, unless diorang cuci glasses tu everytime? skrg taktau lah mcm mana. tp sy lebih suka tengok filem 2D dari 3D sbb pening sikit 3D ni tambah2 kadang2 je dpt rasa effect 3D tu..

habis movie keluar2 punya lah panas. rupanya harini adalah hari paling panas dalam bulan ni.. balik rumah terus masak nasi, goreng sayur, buat sup tulang dan sambal tumis petai. lepas makan, terus pengsan!



yang ni adalah pokok hydrangea yang saya beli baru2 ni.. cuma 2 pokok aje buat masa ni sebab satu pokok harganya dah $15+. lagipun pokok ni agak manja dan tak boleh kena matahari secara terus.

kaler baby blue.. mmg sweet sangat dan pink-purple.. geram tengok kat rumah orang bunganya berjambak2.. tapi diorang pun tanam bawah shades jugak.

ni pokok rosemary. ada 2 pasu. sedap kalau buat roast chicken


ni adalah pokok menjalar dari rumah jiran belakang rumah





menjalar sampai masuk ke belakang shed kat backyard. mmg kat bawah nampak semak sikit tp kalau berbunga semuanya mesti cantik kan? tak sampai hati pulak nak clearkan. :p

Thursday, January 26, 2012

Asam pedas

Hari ni kymba nak makan asam pedas la.. panas2 ni kymba tak bole pk nak makan apa dah.. ngantuk dan malas aje rasanya. harini Australia Day, ada funfair dan bunga api. tapi kymba malas nak tengok. baik kymba duduk bawah pokok lemon lagi bagus, sambil ushar orang tua kat rumah sebelah tu. kadang2 kymba pegi dekat2 pagar tengok dia tanam apa. rupanya dia tanam tomato. mama pulak baru tanam kangkung. macam mana rupanya kangkung tu ya.. adakah sedap macam rumput yg kymba suka makan tu?

nilah asam pedas mama yang sedap tu. abang2 kymba kalau dapat makan ni memang tak ingat dunia. kat sini ikan mahal, tp kymba hari2 makan ikan dalam tin, macam orang kaya kan? kymba cuma suka ikan brand royal aje sbb kymba ni ala2 princess kalau yang murah2 kymba tak suka nanti kymba mengiau sampai mama dan abah tension hehehe..
mama pakai perencah cap mak nyonya ni. cuma tambah daun kesum dan bunga kantan. 

produk dari Msia tu.. agak2 macam mana ya kat Msia tu kalau kymba pergi sana nanti agak2 kawan kymba ada tak sebesar kymba? hehehehe

Tuesday, January 24, 2012

Easy and quick meal anytime

Kali ni menu western lak.. atau lebih tepat.. Italian lah.. kat Msia biasanya saya buat semua dari scratch, tak guna pun sos2 segera ni. sampai ke sos bechamel pun buat sendiri. bila kat sini tak sempatlah.. so guna yg segera saja. sonang.. bila ada sale, kena beli ni banyak2

tak perlu risau2 sbb ada tanda halal tu lgpun yg ni pun ada kat Msia kan, dieksport ke tmpt kita.
cuma kena hati2 jgn tersilap ambil sbb nampak sama je kan..

x



cheese.. kat sini cheese pun ada logo halal

selain kraft ada satu lagi cheese yg sy beli pun ada logo halal juga. 
sebelum bakar.. sy tabur cheese slices sbb malas nak beli yg blok dan shred sbb bukan
selalu pun masak ni. kdg2 cheese simpan lama dalam peti ais pun berkulat juga. tambah2 musim
panas ni kalau masak nasi hari ni, esok dah boleh basi sbb cuaca panas. kalau bancuh air
dengan susu pun tak tahan lama (suhu sekarang adalah 40.6 darjah)
selepas..

 kenyang juga Alhamdulillah..


Bahan2:
1 jar bolognese chunky pasta sauce
1 jar bechamel sauce
500gm minced meat (daging cincang)
dry instant lasagna sheet (san reno or any brand)
shredded cheese
gula, garam
dried oregano

Cara :
1. masak daging cincang dalam pan, masukkan sos bolognese. masukkan garam dan gula secukup rasa. 

2.  sediakan baking pan atau pyrex atau square/rectangle baking foil : first layer, sendukkan daging cincang yg telah dimasak dgn sauce bolognese tadi. lapiskan atasnya dengan instant lasagna sheet. buat mcm ni sampai last layer adalah instant lasagna sheet. kemudian tuangkan sos bechamel dan ratakan di atas lasagna, tabur shredded cheese dan taburkan dried oregano. cover dengan foil dan bakar dalam oven pada suhu 200 selama 45 minit. siap..resepi ni pun ada kat botol bechamel sauce tu :)

kalau suka, masa masak daging cincang boleh letak bahan2 lain spt mushroom dll tp anak sy ni memilih makanan so malas nak pk geram bila time makan ada yg 'memilih2' so sy tak letak la. :p kalau nak rajin sikit, cincang bawang besar dan bawang putih, tumis sampai layu baru masukkan daging dan sos dan bahan2 lain.



Monday, January 23, 2012

Soto special

Soto special sebab apa? saja je hehe maybe sebab guna perencah soto yg dtg jauh2 beribu2 km naik kapalterbang nuu..  tu yg tak terasa mcm dok oversea pun. makan pun serupa makan cam Msia je. isk isk isk.. ye la tak semestinya dok oversea ni makan stik atau roast chicken je hari2.. kita masak nasi juga hari2 cuma sini kalau org kaya je kot makan ikan hari2 hahaha...
simple je taugeh pun tarak, cuma letak apa yg ada dlm rumah/fridge/garden. cili kicap: cili dr kebun. daun sup/bawang dr kebun juga. posing senget sikit. jgn sengetkan pc yer, gambar yg senget bkn pc atau kepala :D

rempah mak siti dari johor abis org sana komplen rempah ni abis. sori la, sebab dah kena import ke sini :p

Saturday, January 21, 2012

Apple Scone Round

Hampir setiap bulan atau lebih tepat, 3 minggu sekali kami akan ke perpustakaan untuk pinjam buku dan cd.  saya suka sangat pinjam novel sandra brown dan juga buku2 resepi. kalau ada resepi yang menarik, boleh la cuba kan. terkini saya cuba buat apple scones pulak, dari buku di bawah ni..


gambar scone dalam buku

bahan-bahan

cara membuatnya

get ready dgn bahan2.. scones ni buat utk bfast.

tiba2 ada bunyi mengiau pulak. ada 'org' ni nak masuk rumah. hee kacau je. mula2 nak keluar

sediakan epal.. granny smith

dah siap, nak dibakar

eh mcm dia pulak yg lebih2 tunggu scones masak :p

tido le dulu


akhirnya dah siap!
hmm sedap lah :)