Monday, January 2, 2012

Frozen Okra @ Bendi

Jangan cari bendi kat perth ni sebab bendi memang tak dijual.. terkejut? tanyalah kedai mana pun tak ada jual bendi punya.. sebab diorang mana panggil bendi lah, diorang panggil OKRA. hahaha wat lawak pulak.. untuk menceriakan tahun baru ni lah.. ye le utk yg kena masuk keje balik selepas dah beberapa lama cuti, untuk yang nak masuk sekolah balik lepas abis lemak2 cuti sekolah tu :p

Okra ni ada dijual kat supermarket.. tapi saiznya kat sini adalah besar, dan harganya boleh tahan mahal jugaklah. so beli okra frozen je lah dan dah tentu lembut sbb baby okra kan.. product dt Thailand.. yg bagusnya bkn takat okra, daun pisang, daun pandan, torch ginger (bunga kantan) pun dijual frozen. yg bangganya bunga kantan tu dr Msia hehehe

frozen.. sekali sekala makan bendi goreng belacan pun sodapp.. 


No comments:

Post a Comment