Thursday, July 4, 2013

Piring dan milkshake maker terpakai

Barang lama dan terpakai ni kadang-kadang masih elok, cantik dan boleh digunakan lagi. Piring-piring terpakai ni adalah koleksi terbaru saya. Rasa sangat tertawan dengan corak bunga yang berbeza pada setiap piring. Boleh digunakan sebagai piring kuih atau disimpan sebagai hiasan.

Milkshake maker pun masih elok, sangat berjasa dan sudah beberapa kali digunakan untuk membuat minuman milkshake dan juga coconut shake yang sangat lazat! :)


Piring tanpa cawan teh - Royal Albert Kentish Rockery

Elizabethan

Ros kuning

Duchess Fuchsia

Close up Fuchsia

Royal Stafford

Carnation

Queen Anne

Close up piring Queen Anne

Duchess

Close up



Milkshake maker pula dibeli di Sunday market

Masih elok lagi.. :)

14 comments:

  1. Cantikkkknya Ummi
    Semua berkenan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenkiu2 Kak, tak sia-sialah umi beli jauh2 ni :)

      Delete
  2. Salam Kak Umi
    Selamat menyambut bulan Ramadhan:)
    Sonoknya tgk piring2 tu..cantik2..milkshake tu pun menarik..boleh buat milkshake utk berbuka..yummy yummy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hannani..
      Selamat berpuasa juga kepada Hannani dan Faizi. Seronoknya dapat berpuasa di tanahair sendiri. Dapat bayangkan kemeriahan di bazaar Ramadhan dan juga dapat solat terawih berjemaah di masjid.

      Cantik kan piring2 tu.. rasa seronok kumpul piring terpakai ni. Itulah ada milkshake maker ni sangat handy, dah try mcm2 milkshake yg sedap2 :)

      Delete
    2. Hehe..xpe..insyaallah coming soon kak Umi boleh beraya sini..tahun ni insyaallah kami kerap balik berpuasa di teluk intan..maklum la bulan puasa ni xde job..duk kl berdua pun xmeriah..

      Delete
    3. Oo bulan puasa xde job ye. Senang jugak tu boleh berpuasa kat mana2.. try puasa kat cameron highlands pulak hihihi.. paling untung boleh balik berbuka kat kampung, dan balik beraya lebih awal.

      Pe kata buat biz kuih raya/kek raya pulak :)

      Delete
    4. Kak Umi mcm tau2 je..ada buat biz kuih raya..tp xbuat sdiri..amik kilang je..hehe...haa,idea baik gak tu pegi cameron highland...sejuk sikit :p

      Delete
    5. Ohh ada biz kuih raya ya. Bagus bagus.. semoga biz maju jaya hendaknya. Amin..
      Kalau nak lebih sejuk boleh berpuasa kat sini.. hehehe.. huu tahun ni rasanya sejuk lebih sikit dr tahun2 lepas. mungkin dah tak tahan kot. Budak2 pulak selamba aje tak pakai baju sejuk :p

      Delete
  3. As salam, adik kiccikk, umi....semua chek tengok gila n bekenan Sgt2...

    Nanti chek balik kampung, chek pi selongkaq gerobok opah chek....bulih chek tayang pulak!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Cik Mona, hehehe dah tau Cik Mona mesti berkenanlah..

      Haa apa lagi balik kampung p selongkap gerobok opah tu jangan simpan saja pakai la buat hidang kuih bulan posa ka kuih raya nanti..ada ka simpan saja mana aci daa :D

      Delete
  4. alamak... jelesnya tengok koleksi umi ni. saya pun boleh tahan minat jugak dengan benda2 macam ni...cuma beli je tak lagi...tak tahu mana nak simpan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah sama dengan umi dok fikir-fikir nanti bawa balik nak simpan kat mana lah pulak. mungkin kena buat garage sale clear mana yang tak mau he he he

      Delete
  5. nasib baik lah nekcik ni peminat corelle sahaja..taklah jelezzz umi kih kih
    oh umi nekcik tumpang tanya..cover plastic untuk caserrole corele oblong 2.85l ada tak jual kat sana..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo Nekcik peminat Corelle rupanyaa.. hihi.. cover plastik? hmm tak pernah nampak pulak. yg oblong tu takde cover. yg square pulak ada penutup kaca aje. pe pun nanti ada masa umi tgk sekali lagi ;)

      Delete