Wednesday, February 26, 2014

Mochachos Chicken Fiesta @ Westfield Carousel food court, Cannington WA

Rupa-rupanya dah ada 3 cawangan Mochachos di Perth ini iaitu di Centro Galleria, di Warwick dan di Carousel ini. Yeaayyyy.. maknanya tak perlu travel jauh-jauh lagi untuk makan Mexican food yang halal.

Kedai ni terletak di food court Carousel beralamat di 1382 Albany Highway, Cannington, WA 6107.

Ini pula alamat franchise satu lagi di Warwick iaitu Centro Warwick, Shop 24, Cnr Beach Rd & Dorchester Ave, Warwick WA 6024

Nota:
Apa yang paling saya suka di sini ialah portion makanan yang sangat besar dan berbaloi dengan harga, Jika kita membeli nasi dengan lauk sekali pun, kuantiti lauk dan sayur sangat banyak sehingga melebihi nasi.
Kaunter di Carousel.. kalau tak silap dulu kedai Maya Masala kat sini
Chicken burger yang besar dan mengenyangkan. Tengok tu saiz fillet daging ayam yang besar!


Daging ayam yang digril dengan tahap kepedasan sederhana (mild)

Salad untuk pilihan makanan yang lebih menyihatkan


Nasi serta ayam tanpa kulit sebagai healthy option :)

Tuesday, February 25, 2014

Summer garden updates and Kymba

Musim panas ni tak banyak cerita tentang kebun dan laman kerana tak banyak tanaman yang tahan dengan cuaca panas - kecuali yang memang betul-betul suka dengan cuaca panas, atau yang selalu disiram. Rumput pun jadi kering,  macam gambar di SINI.. tapi apa nak buat kan.. bukannya boleh siram setiap hari.

Yang menariknya pokok cili dan pandan nampak begitu sihat sekali. Banyak sekali cili kali ni.. seronok sangat. Jom tengok apa yang ada..

Buah pokok kari

cili api, cabai burung, cabai melaka

Petik sebelum masak

Buat cili jeruk. yess!

Kat belakang bangsal tanam pokok cili lagi.. pokok kari dan limau purut



Ni pulak penjaga kebun

Tak de hasil, cuma menyedapkan mata memandang aje kot haha

Rumput bawah pokok lemon agak panjang sebab selalu siram kawasan ni. Jadi tilam untuk si kymba ni

Gaya cun lah konon

Kalau tolong kutip daun kering pun bagus ni

Tapi kejenye makan rumput.. (tanaman bawah pokok lemon tetap diberikan teduhan menggunakan net)

Makan rumput pun sikit2 je, masih perlu gunakan mesin pemotong rumput. Ye la kymba bukannya lembu@kambing :p

Monday, February 24, 2014

Coklat!

Masa yang ditunggu-tunggu oleh hantu coklat! Ada coklat arnab dan telur dalam pelbagai saiz dan warna memanggil-manggil untuk dibawa pulang. Kalau boleh buat GA coklat ni kan best? hehehe..

Apapun kena tunggu dulu sampai jadi murah dulu baru boleh beli 1 atau 2 :)
AFL bunny

Coklat cadbury yang menawan

Bentuk telur, angry bird pun ada

Sunday, February 23, 2014

Cafe Karache

Mulanya ingatkan Cafe Karache ni kafe orang Pakistan, rupanya pemiliknya datang dari Singapura. Sudah lama beroperasi di sini tapi baru kali ni kami datang mencuba masakannya. Boleh tahan sedap, tambah-tambah sambil makan sambil dengar lagu hindustan. :)

Kalau yang biasa ke Perth city dan tahu di mana Insan's Cafe - kafe ni terletak di seberang jalan iaitu bertentang dengan Insan's Cafe. Memang tak susah nak cari makanan halal di Perth city. Selain tu ada beberapa kedai kebab halal di kawasan ini.

Alamat kedai:
Cafe Karache
124 Murray Street
Perth WA 6000


Kafenya kecil aje tapi ada banyak juga pilihan makanan


Nasi beriani ayam, nasi beriani kambing dan chicken tikka

Adik tolong angkat makanan.. abang tak ikut sebab pergi main bola dengan kawan :p

Kuih muih pun ada.. macam kuih dadar atau ketayap ni

Kuih lopislah ni kan?

Nasi beriani dengan chicken tikka atau tandoori lah ni

Adik cuma makan ayam.. mula2 seketul lepas tu tambah seketul lagi. Sedap katanya :)


Thursday, February 20, 2014

Rojak buah

Bila terpandang jambu air dan pelam muda ni kat kedai oriental, terus lampu menyala kat atas kepala.. click! haa camtu kan bunyi suis lampu? hehehe

Sayang sekali tak rajin nak berkereta untuk beberapa km lagi untuk mencari ubi sengkuang. Padankan dengan timun aje la. Boleh la tu.. sambil makan jangan teringat sangat dekat sengkuang :)
Ok tak? Jangan ada yang terliur dah la.. sini susah nak jumpa.. setahun sekali agaknya

Mak Bee dah  lama tunggu dalam pantry. Ada pulak kacang tumbuk macam ni

Potong-potong, tuang kuah rojak, tabur kacang, kacau-kacau, siapp

Kenalah cedok dalam mangkuk yang comel kan.. sabar dulu kena amik gambar

Hmm okla tu walau tak ada sengkuang. Sedapp..

Tuesday, February 18, 2014

Nasi kerabu kelantan

Jom layan nasi kerabu sekali lagi.. kali ni nasi kerabu dengan warna biru.. sebelum ni buat warna kuning, boleh tengok kat SINI.
Daging bakar

Ulam daun kesum

Kobis, timun dan kacang panjang

Sambal kelapa, parut sebiji kelapa lepas tu tambah kelapa kering takut peminatnya tak cukup makan

Tumis

Siap dengan keropok kali ni tapi terlupa letak taugeh pulak.. dah makan separuh baru letak hihi

Alhamdulillah kenyang dan terubat rindu dengan nasi kerabu

Monday, February 17, 2014

Serawa Labu

Dah lama asyik bertangguh nak beli butternut pumpkin ni akhirnya baru terbeli. Sebelum tu jom kita tengok sedikit info.

Butternut squash (Cucurbita moschata), also known in Australia and New Zealand as butternut pumpkin, is a type of winter squash. It has a sweet, nutty taste similar to that of a pumpkin. It has yellow skin and orange fleshy pulp. When ripe, it turns increasingly deep orange, and becomes sweeter and richer. It grows on a vine. The most popular variety, the Waltham Butternut, originated in Waltham, Massachusetts, where it was developed at the Waltham Experiment Station by Robert E. Young.[1][2][3] Dorothy Leggett, widow of Charles Leggett, claims that the Waltham Butternut squash was developed by her husband, Charles Leggett, in Stow, Massachusetts, and then subsequently introduced by him to the researchers at the Waltham Field Station.[4]
Sumber: Wikipedia

Menurut laman web ini lagi:  Butternut squash is a vegetable that can be roasted, toasted, puréed for soups, or mashed and used in casseroles, breads, and muffins.

Hmm menarik bukan? Tapi rasanya lama tak makan serawa. Buat serawa dululah, lain kali cuba resepi lain pula :)
Harganya boleh tahan mahal, hanya separuh ni dah hampir $5

Kena buang kulit dan potong-potong dulu

Rendam sebentar dalam air kapur, toskan dan rebus separuh masak. Buangkan air rebusan

Masukkan santan, daun pandan, air gula merah dan rebus sampai empuk. Seeloknya letak sagu baru best

Hidangan minum petang yang ekspress. Sedap dan maniss

Minum bersama teh O panas. Set teko dan cawan dibeli dari Sunday Market

Cantik sekali.. siapa pandai teka dari negara mana asalnya set cawan dan teko ni?

Sunday, February 16, 2014

Beef Lasagna and tapioca chips

Lama tak makan lasagna, bila buat ni terus ada yang sukahati.. sampaikan breakfast pun makan lasagna. :)

Tapioca chips atau kerepek ubi kayu ni snek kegemaran di waktu lapang. Walaupun kat sini banyak kerepek kentang yang sedap-sedap, tapi tak boleh makan banyak sebab snek kat sini banyak kandungan garam... masinnn :p
Lasagna mudah dan cepat cuma gunakan sos segera

 

Dah siap dibakar




Selepas dipotong... mm sedapnyaa :)
Tapioca chips