Tuesday, February 25, 2014

Summer garden updates and Kymba

Musim panas ni tak banyak cerita tentang kebun dan laman kerana tak banyak tanaman yang tahan dengan cuaca panas - kecuali yang memang betul-betul suka dengan cuaca panas, atau yang selalu disiram. Rumput pun jadi kering,  macam gambar di SINI.. tapi apa nak buat kan.. bukannya boleh siram setiap hari.

Yang menariknya pokok cili dan pandan nampak begitu sihat sekali. Banyak sekali cili kali ni.. seronok sangat. Jom tengok apa yang ada..

Buah pokok kari

cili api, cabai burung, cabai melaka

Petik sebelum masak

Buat cili jeruk. yess!

Kat belakang bangsal tanam pokok cili lagi.. pokok kari dan limau purut



Ni pulak penjaga kebun

Tak de hasil, cuma menyedapkan mata memandang aje kot haha

Rumput bawah pokok lemon agak panjang sebab selalu siram kawasan ni. Jadi tilam untuk si kymba ni

Gaya cun lah konon

Kalau tolong kutip daun kering pun bagus ni

Tapi kejenye makan rumput.. (tanaman bawah pokok lemon tetap diberikan teduhan menggunakan net)

Makan rumput pun sikit2 je, masih perlu gunakan mesin pemotong rumput. Ye la kymba bukannya lembu@kambing :p

8 comments:

  1. jarang dpt tgk buah kari tuh kak... yelah musim pns2 gini pokok yg mmg biasa ngn cuaca khatuliistiwa segar bugar lah kn....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kawan yang duduk kat cameron highlands pun tak pernah tengok pokok kari berbuah. Mungkin pokok ni suka sangat dengan cuaca di sini kot.

      Ye lah Dana..pokok pandan dan cili kan pokok yang biasa di tempat kita. Dah tentu musim panas jadi subur. Musim sejuk nanti tak berapa menjadi. :)

      Delete
  2. rajin nya akak bercucuk tanam...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la Normi, sekadar untuk kegunaan sendiri.

      Nak beli pun mahal, jadi sekurang2nya nak pakai setangkai daun kari, sebatang dua serai, kesum, pudina, cili 2-3 biji tu dah tak ada masalah. :)

      Delete
  3. Salam Umiyumi..lama tak singgah..tenet yg lemah gemalai ni....eh kymba..lama no see u...gimuuks dan comey

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Nekcik,
      Oh tenet lemah gemalai ke hihi kena pindah sini la baru laju sikit.

      Kymba cam biasa gumuk dan gendut tapi tetap comell :)

      Delete
  4. Assalamualaikum Umi..pokok kari ada buah ek....jakunis plak UJ sekejap hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam UJ,
      Haah umi pun baru jumpa buah pokok kari. Tak cuba pulak apa rasanya, mungkin kari lebih kaww agaknya hihi

      Delete