Wednesday, December 7, 2016

Maison Saint-Honore Macaron & Cake Factory, SWAN VALLEY

Satu lagi tarikan terbaru atau lebih tepat lagi kafe yang baru dibuka di Caversham ialah Maison Saint-Honore Macaron & Cake Factory. Sebelum ni diorang cuma buka kedai kecil di Fremantle Market (boleh tengok SINI), gerai macaron di Manning Farmers Market dan di pusat beli belah seperti Garden City Booragoon. Sekarang rupanya dah ada kafe dan kilang kek!

Sepertimana yang pernah saya sebutkan sebelum ini, demi menjamin 'keaslian' dan kualiti macaron, mereka hanya mengambil pekerja berbangsa Peranchis sahaja.

Sedikit maklumat tentang macaron ni..apa yang saya tahu ialah macaron's shell ini secara asasnya dibuat dari putih telur dan tepung badam manakala filling contohnya chocolate ganache dibuat daripada coklat, krim dan mentega. Jika anda kurang pasti, silalah tanya bahan-bahan yang digunakan supaya anda tidak was-was. Ramai orang sana dah tak terkejut kalau ditanya jika halal atau tidak. Atau kalau diorang tak faham pun, tanyalah jika makanan itu sesuai untuk vegetarian dan tiada alkohol. Sebab pemahamaman halal mungkin berbeza, ada yang menyangka muslim cuma tak makan pork tetapi boleh makan yang lain (daging yg tidak disembelih cara Islam). ;)

Alamat kafe ini ialah di:
100 Benara Rd, Caversham,
Perth WA

Untuk maklumat lanjut boleh layari Facebook: Maison Saint-Honore
(sumber gambar dari fb Maison Saint-Honore dan gambar yang saya ambil sendiri di Fremantle Markets)












Bagi anda yang teringin cuba macaron jangan risau kat tempat kita pun dah ada jual macaron, contohnya di Pistachios Bakery. Tapi bagi saya rasanya dah tentulah tak sama dengan macaron ori buatan orang Peranchis :p

Ni cara saya menikmati macaron untuk minum petang :)





3 comments:

  1. xpernah cuba lagi macaroon ni..:)

    ReplyDelete
  2. eToro is the #1 forex trading platform for newbie and pro traders.

    ReplyDelete