Tuesday, April 12, 2016

Travel Specialist and Ground Arrangement Tour Agent

Iklan untuk agensi pelancongan:

Saya ada menerima email dari Puan Zai, rakyat Malaysia yang kini menetap di Perth dan menyediakan perkhidmatan tour and ground  travel arrangement yang menyediakan full board meal utk Muslim tourist.  Boleh hubungi Pn. Zai sekiranya anda berminat untuk melawat Perth atau mana-mana tempat di Australia dan ingin menggunakan perkhidmatan ejen. Sepertimana yang diemail kepada saya:

"We also offer tour services in South West Australia, for those who would like to stay a bit longer and wanted something different, such as grape and other fruit picking, motorhome experience and beach/ caravan living option.

Our company web is under upgrading at the moment but you can still view www.cuti2oz.com.au "

Boleh email Pn Zai di zainun@essencegreentech.com
Facebook: Cuti Cuti Oz

Atau boleh hubungi beliau di  nombor ini +61478160208

Haa sini saya tayang sikit gambar buah-buahan.. ni nak bagitau ni, jangan marah yer.. tapi kalau nak petik anggur, pergilah masa musim panas. Nak petik strawberi pegilah masa musim bunga. Nak pisang kaki (persimmon) masa musim luruh. Jangan pulak nak petik anggur masa musim bunga atau musim sejuk masa tu tunggul pokok ader la.. kang pening pulak ejen he he he..







Sunday, April 3, 2016

Menu asas sarapan pagi di Perth

Ada orang bertanyakan saya untuk mencari penginapan yang menyediakan sarapan. Pada pendapat saya, rasanya senang saja untuk mencari makanan bagi sarapan di Perth..

Sebaik tiba di airport, kalau anda nak makan pai atau croissant, anda boleh terus ke Danish Patisserie di Bassendean. Atau anda boleh ke pasaraya biasa seperti IGA, Coles atau Woolies (Woolworth) dan cari menu asas untuk sarapan seperti di bawah ini:


ROTI: Jenama Tip Top paling mudah didapati dan adalah halal. Ada banyak jenis roti tip top seperti One, Sunblest dan sebagainya. Boleh rujuk maklumat di SINI. Saya sekeluarga juga menggemari english muffin.. biasanya saya toast dan letakkan chicken slices dan buat macam mini burger.

JEM: Jem jenama Monbulk ini adalah jem yang pertama kami cuba sewaktu sampai di Perth. Waktu itu kami menumpang sementara di rumah kawan selama kira-kira 2 minggu sebelum mendapat rumah sewa.

JUS: Jus Orange and Mango Tempt ni  turut menjadi kegemaran kami sekeluarga. Jangan lupa cuba dan baca dulu bahan-bahannya sebab ada jus asli dengan kepekatan buah yang tinggi.

SUSU: Jangan lupa cari susu segar yang sangat murah bagi saya berbanding di Malaysia. (Cuba jangan bandingkan nilai AUD dengan RM, kecuali kalau pelancong atau baru2 sampai tu mahu tak mahu mmg suka compare jugak :p).. 

Saya bukanlah peminat tegar susu seperti anak-anak saya, tapi kalau susu espresso atau Iced Coffee jenama Dare ni memang sedap sangat. Ada jenama popular lain seperti Harvey dan M. Tetapi kalau anda ke Perth jangan lupa cuba kopi ni sekurang-kurangnya sekali!






A Day for the Family - 16 April 2016 @ Curtin Uni

Hari keluarga anjuran Islamic Centre WA dan Perth Ummah Centre sempena cuti sekolah.

Date: 16 April 2016
Time: 10 am - 5pm
Venue: Curtin Stadium, Curtin University, Kent Street

Untuk maklumat lanjut boleh layari facebook Islamic Centre WA atau Perth Ummah Centre


Perth Night Noodle Markets - 30 March to 10 April 2016 @ Elizabeth Quay

Gerai halal yang ada di market ini ialah The Sarapan. Boleh tengok senarai menu di facebook tersebut ya. :)