Sunday, April 3, 2016

Menu asas sarapan pagi di Perth

Ada orang bertanyakan saya untuk mencari penginapan yang menyediakan sarapan. Pada pendapat saya, rasanya senang saja untuk mencari makanan bagi sarapan di Perth..

Sebaik tiba di airport, kalau anda nak makan pai atau croissant, anda boleh terus ke Danish Patisserie di Bassendean. Atau anda boleh ke pasaraya biasa seperti IGA, Coles atau Woolies (Woolworth) dan cari menu asas untuk sarapan seperti di bawah ini:


ROTI: Jenama Tip Top paling mudah didapati dan adalah halal. Ada banyak jenis roti tip top seperti One, Sunblest dan sebagainya. Boleh rujuk maklumat di SINI. Saya sekeluarga juga menggemari english muffin.. biasanya saya toast dan letakkan chicken slices dan buat macam mini burger.

JEM: Jem jenama Monbulk ini adalah jem yang pertama kami cuba sewaktu sampai di Perth. Waktu itu kami menumpang sementara di rumah kawan selama kira-kira 2 minggu sebelum mendapat rumah sewa.

JUS: Jus Orange and Mango Tempt ni  turut menjadi kegemaran kami sekeluarga. Jangan lupa cuba dan baca dulu bahan-bahannya sebab ada jus asli dengan kepekatan buah yang tinggi.

SUSU: Jangan lupa cari susu segar yang sangat murah bagi saya berbanding di Malaysia. (Cuba jangan bandingkan nilai AUD dengan RM, kecuali kalau pelancong atau baru2 sampai tu mahu tak mahu mmg suka compare jugak :p).. 

Saya bukanlah peminat tegar susu seperti anak-anak saya, tapi kalau susu espresso atau Iced Coffee jenama Dare ni memang sedap sangat. Ada jenama popular lain seperti Harvey dan M. Tetapi kalau anda ke Perth jangan lupa cuba kopi ni sekurang-kurangnya sekali!






10 comments:

  1. share yg bgs kak... banyak n mudah jgk yek nk cari makanan halal kt sana... iced kopi tuh menggoda betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Dana.. senang je nak cari :)

      Iced coffee dan jus tu paling rindu. sedap sangat. kat sini tak jumpalah sesedap mcm tu, jus pun mahal.

      Delete
  2. Sy nk Tanya. Senang tak nk dapatkan biskut yang halal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biskut kat pasaraya Coles, Woolies dan IGA tak ada logo halal. Tapi kalau baca bahan2 dalam tu tak mencurigakan atau tak ada bahan tak halal, Insyaa Allah ok. Tapi kalau was2 baik tak payah. Sy selalu beli oreo je. Biskut Arnotts dulu beli juga, tp bukan yg ada krim.

      Atau kalau nak biskut dari Malaysia/ada logo halal boleh beli kat kedai Asia @ Oriental.

      Delete
  3. Kak Umi,banyaknya fi tak try lagi walau rasa mcm dah 2 tahun lebih dah disini.Huhuhuhu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa kena try nanti sedap woo..hehe.. Kalau kat Perth di Gelare tu ada half day price utk waffles on Tuesdays. Tiap2 hari Selasa mesti gatal nk mkn waffle dgn aiskrim kat situ :)

      Delete
  4. my feberet tu coffee dare masa kat sana. hari2 beli

    ReplyDelete
  5. salam. saya nak pergi perth and cari pakej homestay and tour di sana. try ctc pn zai tapi x dapat. boleh bantu? terima kasih

    ReplyDelete
  6. Wsalam Kaki Berjalan.. boleh cuba WhatsApp ke nombor Puan Zai iaitu +61478160208

    ReplyDelete