Tuesday, September 27, 2016

Holberry House B&B di Nannup

Kali ini saya paparkan salah satu penginapan iaitu Holberry House Bed and Breakfast yang terletak di Nannup iaitu di South West. Bagi pasangan yang sukakan percutian di kelilingi alam semulajadi, tempat ni memang sesuai sekali.

Kalau tengok jenis penginapan di sini hanya disediakan bilik dengan katil bersaiz queen.. jadi mungkin kurang sesuai untuk keluarga, kecuali kalau tempah 2 bilik.

Alamat: 14 Grange Rd, Nannup WA 6275

Facebook: Holberry House B&B
Website: http://www.holberryhouse.com.au/

Kredit gambar dari facebook Holberry House B&B




Ada pool

Bilik katil queen dengan spa


Waktu pagi yang nyaman

Kolam dengan itik-itik


Monday, September 26, 2016

Restoran D'Nyonya by Mak Jah

Restoran D'Nyonya Penang merupakan salah satu restoran kegemaran kami sekeluarga dahulu. Anak-anak saya sangat suka makan seafood tomyam dan kailan ikan masin.. Baru-baru ini saya dapati restoran ini kini telah dikenali sebagai D'Nyonya by Mak Jah.

Apa yang saya suka ialah adanya menu-menu baru termasuk menu sarapan hujung minggu. Nampak sedap-sedap belaka. Air coconut shake pun ada tuu.. Jadi kalau sesiapa yang melancong ke Perth jangan lupa cuba makan di sini ya. (pastu jangan lupa tapau pizza kat kedai sebelah ;) hehehe)

Alamatnya: Shop 6&7, 1019 Albany Highway, East Victoria Park, PERTH WA 6101
Facebook: https://www.facebook.com/DnyonyaPenang/

Kredit gambar dari fb D'Nyonya by Mak Jah








Thursday, September 22, 2016

PappaRich Australia

Bagi yang rindukan menu kopitiam macam di Malaysia, jangan risau kerana di Perth pun ada PappaRich ya..

Lokasi PappaRich ialah di Westfield Carousel Cannington, Northbridge dan Joondalup. Alamat dan waktu operasi boleh dilayari di SINI.

Untuk maklumat lanjut boleh layari facebook PappaRich Northbridge, PappaRich Carousel atau PappaRich Joondalup.


Berkenaan status halal, boleh baca di bawah atau klik SINI:

"PappaRich Australia would like to respond to the recent enquiries from Halal Food Review in regards to our Halal Certification status. The concern was that PappaRich Australia had been misleading customers with the Halal Certificate for our meat.
We’d like to thank our customers and the Halal Food Review for bringing this to our attention, and we’d like to be open and clear in communicating our position.
PappaRich Australia is different to PappaRich Malaysia in the sense that some of our venues sell alcohol. For this reason, our restaurants within Australia cannot be Halal certified, nor have we ever sought Halal certification. Our aim is to continue catering to customers from all walks of life as best as we can.
It is important to note, however, that the meats we buy into the shops are all Halal Certified, and we do not introduce pork or any pork by-products into our restaurants."
Kredit gambar dari facebook/website Papparich
Ni di Carousel, Cannington

Besar betul kedai di Carousel ni

Menu orang kita :)

Huu terliur kan


Yang ni kat Northbridge

Monday, September 19, 2016

SHARE AND WIN TELAH DITUTUP...


Memandangkan hanya 3 penyertaan sahaja diterima, maka saya membuat keputusan untuk memberikan hadiah tersebut untuk ketiga-tiga peserta iaitu:

http://norminieza.blogspot.my/2016/08/share-and-win.html
http://yangbaik.blogspot.my/2016/08/share-and-win.html
http://belogs.blogspot.com/2016/08/share-win.html

Sila emailkan nama dan alamat untuk tujuan pengeposan ke pandorra_75[at]yahoo.com dengan secepat mungkin. 

Monday, September 5, 2016

Tarikh Hari Raya Aidil Adha di Perth bagi tahun 2016

Tarikh hari raya Aidil Adha adalah pada 12 September 2016 (Isnin).

Untuk mendapatkan maklumat masjid dan musalla yang mengadakan solat sunat Aidil Adha boleh rujuk di SINI.


Saturday, September 3, 2016

Peluang untuk melaksanakan ibadah Qurban

Untuk warga Perth yang berniat untuk melaksanakan ibadah Qurban... Boleh tengok makluman inj dari
Langford Halal Butcher


Thursday, September 1, 2016

SEGMEN IKLAN: NALYSSA'S NATURAL HANDMADE SOAP AND SKINCARE PRODUCTS

Nalyssa's Natural Hand Made Soaps dan Skincare Products diperbuat daripada 100% bahan dan tumbuhan semulajadi secara cold process recipes dan tanpa penggunaan bahan kimia atau bahan pengawet. Product Nalyssa Natural diperbuat khusus dari Australia dan dijamin HALAL.
 
Nalyssa's Natural handmade soap akan menjadikan kulit anda sentiasa sihat, lembut dan berseri sentiasa. Amat sesuai digunakan untuk kulit yang bermasaalah dan sensitif, termasuk kulit bayi dan kanak kanak
 

Aroma Nalyssa's Natural Soap and Skincare products sungguh menyegarkan kerana ia diperbuat daripada essential oil yang berkualiti tinggi dan ekstrak tumbuhan dan hasil bumi secara natural.
 
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pm Zai +61478160208 atau +61478160208
Su 013-6239861
Fauziah 012-6589194
Atau layari Facebook: Nalyssa Natural

(nota: sabun kegemaran saya ialah lavender dan rose.. saya sukakan sabun ini sebagai pewangi almari/laci saya.. maklumlah sayang nak pakai hehehe)


Klik gambar untuk besarkan saiz gambar



FOOD STALL - JUALAN AMAL FOR MADRASAH (FUNDRAISER)

Warga Perth jangan lupa...

Jualan Amal untuk Madrasah... Masjid Al Majid (Hepburn)

DATE: 4th SEPTEMBER 2016 (SUNDAY)
TIME: 10.30 AM
VENUE: 64 Walter Padbury Blvd, Padbury WA 6025, Australia