Thursday, October 27, 2016

Melville's Rose Garden - Carmel, WA

Musim bunga (spring) ni apa lagi.. masa ni lah nak menikmati keindahan alam, melihat bunga-bunga warna warni yang dah berkembang kan.. Musim ni juga ada yang kurang suka sebab alahan dengan debunga, terutama debunga dari pokok berus botol (bottle brush).

Biasanya kalau tak nak pegi jauh-jauh, kami sekeluarga akan cari kesempatan pegi ke nursery macam Bunnings untuk tengok dan beli bunga cantik-cantik. Paling jauh akan ke Araluen tengok tulip atau ke Roleystone, nak tengok bunga ros. Setiap hari sabtu pula akan beli bunga ros segar untuk diletakkan dalam pasu sebagai hiasan penyeri rumah.

Oklah kali ini jom kita 'melawat' Melville's Rose Garden yang terletak di Carmel yang terletak kira-kira 25 minit perjalanan dari Bandar Perth. Kita cuma tahu bunga ros aje kan.. sebenarnya bunga ros ni ada macam2 jenis dan nama. Dekat-dekat sini juga ada satu lagi tempat yang kami pernah kunjungi iaitu Melville Nurseries.. Boleh tengok Melville Nurseries di SINI.

Maklumat lanjut Melville's Rose Garden boleh dilayari di Facebook Melville's Rose Garden atau Laman Web.

Waktu buka: 10 pagi - 4 petang (Rabu sehingga Ahad)

Alamat:
105 Tanner Road Carmel
Perth, Australia

Kredit gambar dari FB Melville's Rose Garden

Camelia rasanya nih

Candlelight

Carabella

David Austin Roald Dahl

David Austin juga

Suasana pagi yang berkabus

Cantiknya taman ni kan

Macam ni lah suasana musim bunga

Wedgwood Rose David Austin

Wise Portia


Friday, October 21, 2016

CERI DI MANJIMUP

Khabarnya tak lama lagi musim ceri akan bermula, kira-kira dalam bulan November ni lah. Sekarang ni pokok tengah berbunga.

Jom kita tengok salah satu ladang ceri di Manjimup iaitu Cherry Lane Fields. Oh ya, Manjimup ni terletak kira-kira 300km dari bandar Perth. Nanti ada kesempatan saya buat entry pasal Manjimup pulak.

Untuk makluman, kat sini tak boleh petik sendiri ya. Tapi kalau nak order atau beli dari situ boleh aje. 

Maklumat lanjut boleh layari facebook Cherry Lane Fields.


Gambar kredit dari fb Cherry Lane Fields.





Ni alamat diorang







Thursday, October 20, 2016

Pasar Malam @ Curtin University - 21 Oktober 2016

Save the date, Pasar Malam Curtin Uni kembali lagi :) Kali ini ada 2 area iaitu Family zone dan Market Stalls.. siap ada carnival ride lagi tuu.

When: Friday, 21 October 2016 05:00 PM 
Until: Friday, 21 October 2016 10:00 PM 
Where: Sir Charles Court Promenade


Pasar Malam (literally means night market in English). It's heaven on earth for foodies and people that just generally enjoy the street food vibe. You can find food from all over the world and traditional South East Asia food, like satay sticks, mee goreng, nasi lemak, and many more!

Facebook: https://www.facebook.com/events/668316483316617/






































Inai.. di Family zone

Layout pasar malam
FREE face painting di Family Zone































Senarai gerai:

2 Fat Indians: butter chicken, curries (vegetarian option available), mango lassi.
Association of Malaysian Students (AMS): a Guild-registered club, famous for their ramli burger and teh tarik. 
Bangkok Jump Street: Thai street food, pad thai noodles, larb chicken salad, butterfly pea flower drink.
Bintang Cafe: satay, nasi goreng, mie goreng, beef rendang.
Bunga Raya Satay: penang laksa, satay, HSP, nasi lemak.
Cafe Oranje: poffertjes (Dutch mini pancakes), with strawberries and sauces (salted caramel, choc Nutella, etc).
Casablanca Real Moroccan Cuisine & Catering Pty Ltd: Moroccan tea, couscous with side dishes (mix vegetable/chicken/beef).
- Catholics at Curtin: another Guild-registered club, serving tom yum fried vermicelli, spring rolls, bandung.
- Churras Brazilian BBQ: beef skewers, choripan, Brazilian soft drink.


  • Cili Padi Catering by Aunty Muni: satay, nasi lemak, mee goreng, curry puffs, mango sticky pudding rice, coconut water with its flesh.
  • Currying Out Loud: roti jala with curry (lamb/mushroom/sweet inti)
  • D'Nyonya by Mak Jah: apam balik, char kuey tiaw, coconut shake, spicy chicken wings.
  • IBAWA: twirly fries, variety of kuih (Malaysian dessert).
  • Indonesia Multicultural Group and Educations: fried rice, noodle soup, fried finger food, meatballs on skewers.
  • Indonesian Family Church: martabak (Indonesian pancake)
  • La Paleta: paletas (stick ice creams and icy poles), ice cream sandwiches, Mexican soda.
  • Love & Care Cafe: satay (chicken/lamb), murtabak, roti canai.
  • MISWAinc (Malaysian Islamic Society of WA): apam balik, fried ice cream, cendol.
  • Mantu Hut: mantu (Afghan dumplings)
  • Mommy Little Chef: nasi padang, satay, es kopyor.
  • Oppa Toppoki: Korean spicy rice cakes, fish cake soup, mini sweet cake, kimchi savoury pancake.
  • PPIA Curtin: Guild-registered club, satay sticks, tahu isi (fried tofu), pempek (fish cake), teh botol kotak
  • Sally's Satay: satay (chicken/lamb), soy milk with grass jelly drink.
  • Satay On Charcoal: satay (chicken/beef), vegetarian curry puffs, spring rolls.
  • Sesame M Cuisine: lamb shanks, aromatic couscous, crumbed halloumi, criss cross fries. HALAL
  • Simply Delicious Curtin University: skewers (pork/crab), banh mi pork roll, Vietnamese iced coffee, wintermelon tea, lychee drink.
  • Sisters Catering Ltd: samosas, chapli burger with bun, mantu (dumplings) chicken jayroo, chicken wings.
  • Spiral Spud Stick: fried potato served on a stick.he last list of stalls at Pasar Malam. See you guys on Friday :)
  • Sunny Coco Organic Desserts - Australia - 澳洲: soy beancurd, soy milk, rice dumpling, assorted cake, curry puff, spring roll.
  • Sweet Dream Foods: bagels (vegan option available), doughnuts (vegan option available), haloumi kasaundi bagel, crabby paddy bagel burger.
  • T Sisters Fresh Foods: bao (pork/duck.mushroom), dumplings (pork/beef/vegetarian), steam bbq buns, laksa, teh Tarik.
  • Tapas Man: Portuguese tarts, Spanish meatballs, croquettes, potato bravas.
  • Temel's Turkish Food Van: doner kebabs (lamb/chicken), falafel kebab (vegetarian), gozlemes, pides, baklava, Turkish delight.
  • The Rare Flower: langos (fried Hungarian flatbread), fried Hungarian potato dumplings, grilled Hungarian sausage hot dogs.
  • The Wooden Box Cart: tortillas, stuffed potato skins, nachos, croquets, desert nachos, long waffle sticks, acai bowls.
  • Turkish Tucker: gozlemes (vegetarian option available)
  • Wonder Dawg & Co.: Asian style german hot dogs, corn dog, flavoured pudding in a cup with custard.
  • ZekiBerk's Perth Authentic Singapore Satay: chicken satay, curry puffs.

Tuesday, October 18, 2016

Mundaring - Heart of the Perth Hills

Cerita kali ini adalah berkenaan dengan Mundaring, iaitu satu daerah yang terletak di kawasan berbukit, Perth Hills.

Mundaring terletak kira-kira 40 minit perjalanan dari bandar Perth. Semestinya kawasan ini mempunyai tarikan alam semulajadinya yang sangat indah. Sesuai sangat untuk berjalan di kawasan ini pada musim bunga dengan cuacanya yang nyaman dan bila bunga-bunga berkembang kan? Wahh.. macam alam fantasi pulak. Di sini juga ada empangan air dan kawasan perkelahan yang menjadi tumpuan ramai iaitu Mundaring Weir. Kalau nak berjalan-jalan jangan lupa bawa bekal air minuman yang mencukupi ya..

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web Mundaring Visitor Centre.

Kalau ke sini jangan lupa singgah ke Visitor Centre  ya.. Alamatnya: 
Mundaring Visitor Centre
7225 Great Eastern Highway
Mundaring, Western Australia 6073
Phone: +618 9295 0202
Email: visitorcentre@mundaring.wa.gov.au


Jom kita tengok antara tarikan yang ada di sini:

Kredit gambar dari Mundaring Visitor Centre
Laluan di empangan
Ada pusat akuatik di sini iaitu Bilgoman Aquatic Centre

Aktiviti menunggang unta di Calamunnda Camel Farm

Antara Festival yang diadakan di sini

Ini DiscGolfPark..main golf mcm frisbee :)

Best kan jalan-jalan kat sini?

Antara penginapan di sini.. cantik sangat

Karakamia Sanctuary.. anda boleh amik tour berjalan malam tengok binatang di sini :)

Diorang pun ada outdoor cinema 

Kawasan rekreasi Lake Leschenaultia

Sunday Market pun ada... wohoo

Mount Helena Aquatic Centre

Noble Falls Estate.. cantik kan

Discovery Centre di Beelu National Park

Pemandangan waktu malam yang sangat cantik. Boleh tengok bintang dengan jelas

Sticky Fingers Candy Store

Inilah Mundaring Weir

Zia Park Equestrian Centre


Monday, October 17, 2016

SEGMEN IKLAN: MUSLIM HOMESTAY IN SWAN VALLEY

Cuti Cuti Oz menyediakan homestay dengan peralatan HALAL untuk muslim travellers ke Perth. Rumah ini mempunyai 3 bilik, sesuai untuk keluarga yang ingin menikmati percutian selesa di Swan Valley. Ia terletak di pinggir Perth yang nyaman, cantik dan berhampiran dengan taman golf yang sering dikunjungi oleh kangaroo di petang hari.
 
Peralatan memasak yang Halal khusus disediakan untuk orang orang Islam, supaya percutian anda lebih diberkati.. Aamiin..
 
Contact Zai at +61478160208 atau email ke atlashorizon@hotmail.com utk maklumat lanjut.