Musim bunga (spring) ni apa lagi.. masa ni lah nak menikmati keindahan alam, melihat bunga-bunga warna warni yang dah berkembang kan.. Musim ni juga ada yang kurang suka sebab alahan dengan debunga, terutama debunga dari pokok berus botol (bottle brush).
Biasanya kalau tak nak pegi jauh-jauh, kami sekeluarga akan cari kesempatan pegi ke nursery macam Bunnings untuk tengok dan beli bunga cantik-cantik. Paling jauh akan ke Araluen tengok tulip atau ke Roleystone, nak tengok bunga ros. Setiap hari sabtu pula akan beli bunga ros segar untuk diletakkan dalam pasu sebagai hiasan penyeri rumah.
Oklah kali ini jom kita 'melawat' Melville's Rose Garden yang terletak di Carmel yang terletak kira-kira 25 minit perjalanan dari Bandar Perth. Kita cuma tahu bunga ros aje kan.. sebenarnya bunga ros ni ada macam2 jenis dan nama. Dekat-dekat sini juga ada satu lagi tempat yang kami pernah kunjungi iaitu Melville Nurseries.. Boleh tengok Melville Nurseries di SINI.
Maklumat lanjut Melville's Rose Garden boleh dilayari di Facebook Melville's Rose Garden atau Laman Web.
Waktu buka: 10 pagi - 4 petang (Rabu sehingga Ahad)
Alamat:
105 Tanner Road Carmel
Perth, Australia
Kredit gambar dari FB Melville's Rose Garden
|
Camelia rasanya nih |
|
Candlelight |
|
Carabella |
|
David Austin Roald Dahl |
|
David Austin juga |
|
Suasana pagi yang berkabus |
|
Cantiknya taman ni kan |
|
Macam ni lah suasana musim bunga |
|
Wedgwood Rose David Austin |
|
Wise Portia |
cantiknya..indah sungguh ciptaan yang maha Esa
ReplyDeleteKeindahan yang tak dapat digambarkan dengan kata2 :)
Delete