Thursday, July 10, 2014

Salam Jumaat

Assalamualaikum.. dah lama tak update blog kan.. bulan puasa ni agak sibuk sikit kerana kat sini waktu berbuka lebih awal. Nak letak gambar makanan tu tak berapa elok rasanya boleh buat diri sendiri dan orang lain terliur :p

Jadi kali ni kongsi gambar bunga.. Sekarang tengah musim sejuk maknanya musim hujan. Boleh kata setiap minggu hujan, dan inilah hasilnya. Tanaman subur menghijau, yang berbunga apatah lagi. Setiap minggu tertinjau hari yang panas dan sesuai untuk membasuh baju. Kalau nak tahu, musim sejuk ni sidai baju pun tetap kering, tapi bila pegang baju yang dah kering sejuk seolah-olah baru keluar dari peti ais. :)

Apa yang menyedihkan, di bulan mulia ini juga saudara-saudara kita beberapa tempat di dunia diuji dengan penindasan dan kekejaman. Tak sanggup rasanya nak kongsi gambar dari bumi Palestin, Syria dan sebagainya. Apa yang boleh kita buat selain dari berdoa dan bantuan wang untuk misi menyelamat dan sebagainya. Jika anda ingin menyumbang, pastikan pilih saluran atau organisasi yang betul. Kadang-kadang ada kutipan sebegini pun kena hati-hati kerana ada juga yang mengambil kesempatan.

Akhir kata selamat berpuasa dan selamat beribadah kepada semua.
Berry white

Warna ceria

Pansies

Petunia

Ros kuning

Banyak yang tengah tunggu masa nak kembang

Ros pink yang menawan kalbu

No comments:

Post a Comment