Ramai orang Malaysia yang tertarik dengan iklan atau tawaran kerja memetik buah di Australia dengan gaji lumayan. Tapi tahukah anda, kerja-kerja sebegini adalah ILLEGAL.. SALAH DI SISI UNDANG-UNDANG kerana telah menyalahgunakan visa pelancong?
Yang sedihnya walaupun ada yang tahu, masih ada yang berdegil. Risikonya bukan sahaja telah 'ditipu' oleh orang tengah (terpaksa bekerja kuat dalam tempoh yang lama dengan gaji yang sangat kecil) malah berhadapan risiko ditangkap polis dan dihantar balik ke Malaysia. Dan sudah tentu ini akan memburukkan lagi imej negara kita dan menyukarkan peluang orang lain yang ingin mencari rezeki halal di tempat orang.
Jom kita tengok pendedahan yang dibuat oleh stesen penyiaran Australia ini dengan kerjasama wartawan Malaysia.
http://www.abc.net.au/7.30/content/2016/s4575639.htm
Ramai yg excited nak keje kat luar negara...kabarnya gaji besar...
ReplyDeleteKalau keje halal walaupun dgn keje sbg cleaner pun mmg mahal gaji dia. Busuk2 pun mau sejam dpt RM60+..
DeleteIni keje secara haram dpt brp RM aje sejam dah tu habis buat bayar penginapan, api air..
ye ke... kos sara diri yg tinggi kan..
ReplyDeleteKos sara hidup dah sepadan dengan gaji yang tinggi sbb dpt gaji dlm AUD juga.
DeleteGaji pun dpt 2 minggu sekali, Insyaa Allah boleh hidup walaupun keje kecik kat pasaraya, stesen minyak dll. Ni gaji harian dah ciput..
kt malaysia pun dh 2 hari kt paper utusan cite psl nih kak...
ReplyDeleteyelah dh di janji kan gaji sampai 9k sapa tak kelabu mata kak
Masa nak offer tu mmg janji manis buat org kelabu mata. Sampai2 sana dia hantar kat agen, duduk kat ladang terpencil. Tak kenal sesapa, duit dah habis.. mau tak mau terpaksa lah hidup mcm tu. Nak minta tolong family kat Msia? Duit dah habih ribu riban sbb nak ke sana.
DeleteNak minta tolong pihak berkuasa pun dah tentu kena menyerah diri. Last2 ada la kes2 di mana ada hamba Allah kat sana tolong selamatkan. Kesian sangat..bukan setakat lelaki, makcik tua pun ada.