Sunday, July 28, 2013

Serunding daging

Alhamdulillah kali ni dapat juga buat serunding. Pertama kali buat serunding sebenarnya dan inipun diusahakan oleh grand masterchef. Saya cuma tolong carikkan daging aje dan menyibuk-nyibuk hehehe

Sebelum ini saya ada pesan serunding ayam dari kawan saya yang balik bercuti baru-baru ini tapi yang dicari tiada. Mahu tak mahu kalau nak makan juga kenalah buat sendiri kan? Lagipun kalau nak beli serunding daging memang tak lepas sampai ke sini (melainkan ada yang terlepas pandang) sebab produk daging dan tenusu dari negara kita tak boleh dibawa masuk. Padahal kita pun banyak juga makan daging lembu import dari Australia kan? Entahlah.. :p

Yang penting serunding untuk dimakan dengan ketupat dah siap! :)
Serunding daging menggunakan 2kg daging
Sedaplah resepi chef Klate nih ;)

Dapat lebih dari satu balang sederhana besar.. 


8 comments:

  1. Salam Umi,buat serunding ni mmg renyah,mcm2 kena buat trutama carik2kn daging tu...mmg mencabar :)
    Nampak sedap serunding Umi tu:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Kak Atie,
      Betul tu part carik2 daging paling mencabar. Lepas tu bab mengacau pula sampai kering.. huuu patutlah org jual mahal kan, mmg renyah. Tapi sekali makan haa berbaloi :)

      Delete
  2. alhamdulillah..blh mkn ngn ketupat dhari raya nnt..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat tunggu raya dah rebus ketupat sekali lagi Normi ;)

      Delete
  3. berapa jam tu msk kak... sedap lah raya nih... jgn lum sampai raya udah abis heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha pandai pun Dana.. memang dah reda sekarang. Asyik nak makan dengan nasi, ratah saja pun sedap.

      Nak buat tu kira-kira 4-5 jam juga. Paling lama nak proses daging dan kena masak sampai betul-betul kering :)

      Delete
  4. Aslmkum Umi

    mamasya belum pernah buat serunding daging...pasti lama nak kacaukan...pernahlah tengok org buat.
    kalau serunding daging kelantan yg sedap....baru....boleh rasa kalau yg kat pasar siti khadijah. masa balik cuti dulu beli juga bawa.sbb sini lepas...tak check sgt kalau dr Msia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Mamasya,
      Umi pun first time tolong buat.. plannya nak buat lagi nanti. Ni serunding daging kelantan lah ni. Dulu2 hubby selalu tolong arwah mek buat serunding. Sebab tu dia pandai buat.. biasanya letak serunding ni sebagai inti dalam ketupat palas. Rasanya Australia aje kot yang strict bab makanan dan barang dari luar ni. :p

      Delete