Tuesday, July 16, 2013

Fremantle Markets - Part II

Lambat sikit nak update blog hari ini. Sejak tengahari semalam, hujan lebat melanda disertai dengan angin kencang. Kalau waktu siang bolehlah kita nampak pokok bergoyang ditiup angin.. suasana pun kelam aje. Nak keluar rumah pun tak berani. Kemudian cuaca ok sedikit, boleh keluar rumah cari kuih kat kedai. Tiba waktu malam, ribut melanda lagi sampai bergoyang tingkap yang ada kat rumah ni. Maklumlah tingkap semuanya cermin sekeping-sekeping. Risau juga kita dibuatnya kan.. Tambahan pula dengar ada barang yang diterbangkan angin. Angin kencang mula reda awal pagi, waktu sahur pun ada lagi dan sehingga sekarang masih berangin. Bila keluar rumah tengok kerusi plastik dah tercampak ke tepi pagar dan pasu-pasu plastik pun dah tergolek sekali. Bila cuaca begini, Jabatan Meteorologi akan keluarkan amaran angin kencang yang boleh memusnahkan harta benda, terutama angin dengan kelajuan lebih 100km/j. Paling teruk bila pagar rumah roboh tahun lepas. Boleh tengok ceritanya kat SINI.

Ok jom sambung tengok gambar kat Fremantle Markets lagi...


Kedai cheese nama Mousetrap. hehehe

Aneka cheese.. 

Kedai bunga

Cupcakes lagi

Gerai jus buah

Kedai kasut

Kedai cenderamata.. haa kalau ada peluang belilah batu opal. 

Didgeridoo dan kedai cenderamata

Suasana di hujung minggu, waktu cuti persekolahan

Garden shoes yang comel untuk kanak-kanak

Macarons

Cantik-cantik

Kedai macarons.. untuk mengekalkan keaslian macaronnya, semua pekerja adalah orang Peranchis :)

Fremantle.. sejak tahun 1897

Di hadapan bangunan Fremantle Markets

Kedai barangan rumah

Nak buat potret?

Busker.. atau penghibur jalanan

Torch juggling sambil mengimbangi badan di atas papan

Jangan cuba aksi ini di rumah

Pekan Fremantle

Ali Baba & 40 Dishes Cafe

Satu lagi kedai kebab halal di sini

Kedai lollipop


16 comments:

  1. Replies
    1. Haah kan.. bukan tikus aje yg suka cheese hihihi

      Delete
  2. mau sehari tak cukup kalo sampai sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kak, satu hari mmg tak cukup ke sini.. macam2 nak tengok, nak beli hehehe

      Delete
  3. seronoknya tgk negara org kn... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok jugak..pengalaman yang tak dapat dilupakan seumur hidup :)

      Delete
  4. Dekat area barangan rumah tu farah jupa omputih tegur ckp melayu. tgh buat persembahan kot. may be dia nampak kami sah2 nampak org asia hehe. a'a kak byk farah snap. sama je ngan kak. cheese tuh. amboi menggoda. Sempat tgk ada org buat show kat bar. bangunan dia nampak history. ok nnti sabun tu dah abis bleh pesan kat kak umi. alahai mcm nak p lagi nih huhu. n kak umi take care ya. nampak teruk gak bila berangin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org putih yang jual wisel bunyi burung tu ke? Masa k umi pergi dia kata dia jawa.. hahaha.. kelakar betul. Mmg ada mat saleh sini pandai cakap melayu, kebanyakannya ckp bahasa indon. Bangunan kat fremantle mmg bangunan lama, sbb asalnya bandar pelabuhan dan dah wujud sejak dulu.

      Ada rezeki datanglah lg jalan2 sini. cover mana yg belum pegi atau revisit tempat best2.. skrg makin sejuk, nasib baik harini cuaca dah elok :)

      Delete
  5. ya2 betul. wisel dia la lagi meriah kat area tu. jawa? hahaha mcm2. ya la mmg unik bangunan fremantle. hari tu pun sejuk. x pakai sarung tgn mmg kebas ler. tp ptg ok je.

    oooh kalo revisit tumpang rumah kak ummi plak lah! hehe. satu lagi kalo bleh nak kak poskan ceri x puas lagi makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah bising aje wisel tu. tp budak2 ni berkenan juga terus beli wisel tu, sambung buat bising kat rumah. skrg makin sejuk, suhu turun serendah 2C waktu awal pagi.

      Hoho rumah k umi xde bilik kosong, tp setakat nk tumpang solat/mkn bolehlah. Ceri nak pos pulak sampai dah tinggal biji atau dah jd ceri kering :p

      Delete
  6. betul ke fremantle market ni open weekend je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fremantle market dibuka Jumaat hingga Ahad. Boleh rujuk website ini untuk maklumat lanjut http://fremantlemarkets.com.au/

      Delete
    2. thanks sis..semakin tak sabar rasanya nk ke perth..:)

      Delete
    3. Ur welcome. Enjoy your holiday nanti. Perth ni mmg best :)

      Delete
  7. salam kak...cup cakes & macaroon tu kite boleh makan ke? Geram tengok...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..cup cakes tu tak berani nak makan. tp kalau teringin boleh Tanya bahan2nya, takut letak alcohol atau gelatin je. Macarons tu ikutkan bahannya ok sbb buat dgn almond meal dan putih telur, tp Tanya juga kalau letak apa2 dalam fillingnya :)

      Delete