Monday, July 22, 2013

Satay jadi BBQ

Aktiviti membuat satay ni dibuat sebelum puasa lagi, tapi baru dapat ceritakan di sini kerana konon-konon nak kurangkan cerita pasal makanan.. tapi tak dapat elak juga kan :p

Satay ni dibuat atas permintaan anak saya yang nak makan semasa hari raya. Kerana kesiankan dia, kami terus berusaha membuatnya. Apa yang kelakarnya ialah satay yang dibakar lebih menjadi bbq kerana kami menggunakan dapur bbq yang tidak panas sekata dan kerja membakar dibuat tergesa-gesa disebabkan bimbang asap masuk ke rumah jiran. Harapnya selepas ini dapat buat satay yang sebenar kerana dah dapatkan dapur sesuai untuk membakar satay. Kalau tak jadi jugak, nampak gaya kena pegi cari kat kedai atau tunggu balik kampung baru makan satay! :p
Kepak ayam pun perap dengan rempah satay

Homemade Kuah kacang

Portion daging pun buat besar-besar, tak rupa satay langsung!

Makan sepiring ni pun dah kenyang.. sayang sekali tak sempat sedia nasi impit

10 comments:

  1. saya masa kat tassie, pernah sekali buat, jenuh nak peram dan cucuk2, esok paginya, terus ke city park, bakar je dekat situ, dah lah time winter masa tu, bijak punya strategy, haha, tapi kurang ump! something missing, but asal hilangkan craving tu, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Zul, biarlah setakat dapat hilangkan craving tu hehe.. wah bakar time winter kat park mmglah mencabar.. sejukkk.. tapi mesti seronok pengalaman makan ramai2 dgn kawan2 :)

      Delete
  2. dh ruba cam kebab lak yg daging tuh kak, tp kan jnji ada rasa rempah sate manis2 tuh pastu cicah kuah kacang msti jd nyer... tak kisah lah besar mana rupe sate tu kan kak... heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah dah rupa kebab kan Dana? Sebelum ni potong kecik2 jadi kecik sangat, ni dah terbesar sangat.. tapi mmg bestlah cicah kuah kacang hehehe

      Delete
  3. dah lah gumuk2 satay ni...mmg sedap lah makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg sedap emy, makan secucuk pun kenyang :)

      Delete
  4. Replies
    1. Terima kasih normi. simple aje ni, tak sesedap kat sana :)

      Delete
  5. bbq pun jadi lah.. sedap nampak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehla kan...BBQ pun sedap, boleh cicah dengan sos :)

      Delete