Wednesday, July 17, 2013

Hujan lebat, hidangan berbuka dan kuih raya

Jom tengok macam mana rupanya kalau hujan lebat di sini.. waktu saya ambil gambar ni, hanya hujan lebat dan angin belum begitu kencang. Fenomena seperti ni dah biasa bagi kita di Malaysia kan, tapi di sini biasanya musim sejuk saja boleh tengok hujan lebat dan berpanjangan macam ni.

Gambar-gambar kuih adalah hidangan kami sewaktu berbuka puasa. Biasanya kami makan kurma dan kuih muih dulu, serta minum air nescafe/horlicks suam. Tapi bila ada ulam atau nasi kerabu, mesti nak makan nasi terus! Ops.. lupa pulak nak tulis yang gambar kuih-muih ni diambil sejak hari pertama berpuasa. Satu hari beli 2-3 jenis kuih sahaja, tidaklah sampai makan semuanya dalam satu hari. Ada hari cuma goreng mi, atau buat mi bandung.. ;)

Kuih raya pun dah mula dijual sekarang di deli dan kedai daging. Satu bekas 50 biji berharga $15. Bila tengok kuih raya ni rasa cam semangat pulak nak buat kuih raya tahun ni. Kita tunggu dan lihatlah cemana jadi tak kuih raya nanti :)


Hujan lebat
Rumput dan pokok-pokok nampak segar selepas hujan

Tertunggu juga kalau ada hujan batu :p
Kuih buah melaka
Kuih cara

Chicken schnitzel and chips

Mi bandung 

Mi goreng

Pilihan kuih muih yang ada

Kuih raya

Serimuka kegemaran saya dan donut pilihan anak-anak

Nasi kerabu dengan fillet ikan goreng

Popia goreng segera

Sambal belacan

Ulam dan ikan kembung goreng rangup

18 comments:

  1. Alhamdulillah banyak jugak juadah berbuka kak umi. Terliur tgk, kalau orang tak baca habis mesti orang ingat kak umi kat mesia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye lah kan Wati, tengok kuih-muihnya sama macam yang kita beli kat Msia. Alhamdulillah murah rezeki tak susahlah nak berbuka di sini sama macam di tempat sendiri. Sangat bersyukur dengan apa yang ada, paling penting biar sederhana dan jangan membazir :)

      Apa menu kegemaran Wati semasa berbuka puasa?

      Delete
  2. As salam, ya umi...apa khabar..?? Ya umi...syoknya chek tengok kuih muih utk berbuka...x payah buat nooo..ya umi..kurma ajwa....tarakk ka??

    Paling chek suka...hujan waktu malam sampai pagi...hoiii tarik kain selimut kemaih2....bestnya..

    ikhlas nak bagi tau..chek selalu rindu utk singgah cini....blog....ya umi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Cik Mona.. khabar baik.. Alhamdulillah semuanya..
      haha tulah tak payah susah2 nak buat kuih bukak posa. masing2 boleh pilih nak kuih apa. nak masak kuih takdan sebenaqnya sbb bukak posa pukui 5.30ptg. Cuma dan masak lauk dengan nasik saja la..

      Kurma ajwa tak jumpa lak kat sini. yg ada kurma apa nama ntah dgn kurma medjool.
      Kalau hujan malam2 dan sejuk2 mmg sedap tidoq bungkuih dgn selimut tapi naik beku jugak kena pasang electric blanket la pulak.

      Kalau rindu, selalu2 la jenguk kat sini.. noo.. cik mona :)

      Delete
  3. Salam Umi..waa meriah jugak ramsdhan kat sana ye...mcm bazaar ramadhan mesia jugak...bagus jugak kan...senang nak bli mkanan kegemaran...Umi tak balik raya ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Nekcik,
      Boleh tahan meriah lah daripada takde langsung kan? Ni pun umi pegi satu tempat aje. Kalau kedai lain pun mungkin ada juga.. Seronok betul kalau dapat makanan kegemaran kan? umi minat kuih cara tu tapi tak bawa acuannya ke sini. :p

      Raya ni tak baliklah Nekcik. raya kat sini aje :)

      Delete
  4. masa akak amik gamabr ujan lebat tuh kul berapa ek? udah mlm ke msh petang lg?
    bestt gk ek kak ada mcm2 kuih utk berbuka, pastu siap ada biskut raya lg...best2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar hujan lebat tu diambil sekitar tengahari, Dana.. tengok gelap aje macam nak malam kan? Haah seronok tengok ada kuih yang kita suka. Kuih raya pun ada.. Dana cemana pulak tahun ni buat kuih raya sendiri? :)

      Delete
  5. sdapnya..macam kat malaysia lah plk..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Normi, cam kat Malaysia aje kan? hihi :)

      Delete
  6. uih lebat jugak. masa farah pergi mmg dah diberitahu awal2. may be hujan. so dah spare payung kecil. But lucky x hujan lebat masa jalan2. kalau tak, x best nak melawat tempat2 kat sana.Terbantut.

    Semoga berjaya dpt buat kuih raya nnti. Buatlah Tart ceri. sana kan senang dpt fresh hehe. alhamdulillah, senang kak dpt kuih2. mcm berpuasa di Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hujan kat sini jarang lebat kecuali kalau dia tulis heavy shower atau possible thunderstorm tu kena berjaga2 lah.. mmg lebat sungguh. :)

      Itulah tengah dok mencari acuan kuih ni tak jumpa2, ntah kat manalah K umi campak acuan tu hihi.. teringin nak buat kuih semperit. Paling rajin pun buat tat nenas. Biskut mazola pun teringin juga :p

      Delete
  7. kak umi nak resepi kuih cara...please..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Su, kuih cara ni k umi beli la hihihi.. kalau nak resepi kena call tokdin dulu ahakss.. biasanya k umi cari resepi sendiri kat internet sbb kalau dgr resepi tokdin pening kepala sikit.. kuikuikui

      Delete
  8. Yang, kat mana beli semua kuih muih tu. Biskut raya pun ada. Nak try tengok le. Malas nak buat biskut raya nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Spicy Mama's Bentley kak.. Boleh la pegi survey kan. Biasanya dekat2 pukul 2 petang dah ada kuih kat situ.

      Umi pulak tahun ni rasa cam semangat nak buat kuih raya, tapi jenuh mencari minyak mazola tak jumpa2! Akak tau ke kot2 kat mana ada jual? Ingat nak buat biskut mazola :)

      Delete
    2. Kat asian shop tak de ke? Akak tak pernah beli. Minyak mazola tu minyak jagung kan. Pakai normal corn oil tak boleh ke? You tinggal kat mana ni? Akak kat Thornlie.

      Delete
    3. Tadi dah cari kat market city dan Willeton.. tak ada. cari kat kedai vietnam dekat2 rumah ni pun takde. cari minyak jagung kat coles pun takde. Heran jugak, rasa cam pernah nampak je sebelum ni..kalau tak jumpa juga nampaknya kena pakai sunflower atau canola oil.. peanut oil pun ade tp tak dapat imagine kenapa biskut mazola pakai corn oil dan kenapa tidak peanut oil? LOL..

      Umi dok area Melville. Baru jumaat lepas pegi makan kat spencer village dan ke kedai oriental sebelah halal meat tu. Masa tu belum timbul idea nk buat biskut ni lg hihihi

      Delete