Ikan bilis masak asam pula ialah menu kegemaran bila tak ada idea nak masak apa. Paling penting, ini adalah menu yang sangat sedap waktu bersahur. Biasanya waktu sahur memang kurang selera untuk menelan nasi tapi kalau ada ikan bilis masak asam ni sekejap aje habis nasi sepinggan :)
Resepi Masak Asam Ikan Bilis
Bahan
Ikan bilis
Bawang Merah - hiris
Bawang Putih - hiris
Cili kering - potong nipis
minyak masak
Air asam jawa
garam
Cara
Panaskan minyak masak.
Goreng ikan bilis sehingga garing dan ketepikan.
Tumis bawang putih, bawang merah dan cili kering sehingga layu. (Boleh gunakan 2-3 sudu minyak gorengan ikan bilis untuk menumis bawang dll)
Masukkan air asam jawa.
Masukkan ikan bilis yang telah digoreng dan garam (masukkan cuma sedikit garam sahaja kerana ikan bilis sudah sedia masin)
Didihkan seketika dan padamkan api. Sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas.
Made in USA |
Coraknya yang cantik |
Harap dapat buat kek secantik ini :) |
Ikan bilis masak asam atau masak asam ikan bilis.. mana2 pun boleh ;) |
Oh samalah kita ye..suka masak gini..makan ngan nasi panas...sedap Umi
ReplyDeleteHaah kan Nekcik. Kalau tak ada ikan bilis, sekurang-kurangnya masak sardin.. fuhh silap2 boleh tambah nasi ni :)
Deletecantik bundt pan tu...entah bila nak angkap satu .... saya pun sama macam umi jugak, bersahur tu bercinta sungguh. tambah pulak sensorang. sejuk cameron ni kadang2 nak minum air pun terkejut...sejuk
ReplyDeleteAda rezeki kena tangkap satu nih.. hehehe
DeleteDapat bayangkan sejuknya di Cameron. Kalau sahur minum air panas2 mesti segar rasanya. Kat sini pun tengah musim sejuk. Sebab tu rasa liat je nak bangun sahur, rasa cam nak bungkus aje :p
msti cantik corak kek tu kalu jd kan kak... tp msti jd nyer...
ReplyDeletedana pun suke mkn ikan bls sambal tuh, dulu ada sorang kwn dr pangkor selalu msk mcmtu, dia kata itu jelah lauk yg dia pandai msk heheheh
Insyaa Allah mesti jadiknya kan Dana :)
DeleteOo kawan Dana pun pandai masak macam ni juga? Haa Pangkor kan terkenal dengan ikan kering dan ikan bilisnya? Tetiba rindu pulak dengan sotong keping pedas dan bergula tu. Semalam baru nampak kat kedai. Nanti nk kena beli jugaklah :p
cantik la bundt pan tu..:)
ReplyDeleteTerima kasih Normi, harap keknya pun secantik acuan nanti :)
DeleteMcm mana ya buat ikan bilis asam tu?
ReplyDeleteNanti umi letak resepi ya. :)
Delete